Shooting stars

Humor Series 2886

Weh nampak tak ? SUFRIZEL comment dekat novel ni lahhh!!Gila...Siapa sangka ?

[BIG LOVE N SHOUTOUT 2
SUFRIZEL!]

_____

Alisya memandang Asyraf dan Andrian dari jauh.

Sedikit sebanyak,rasa bersyukur tetap tersisa di hati.

"Tapi pelik jugaklah..asal mereka nak tolong aku pulak?"Tanya Alisya kepada diri sendiri.

Sarung tangan yang sudah tersedia di kotak itu diambil dan dipasang di tangan.

"Okay murid-murid..Harini kita akan buat eksperimen bedah katak .."Belum sempat guru tersebut menyambungkan ayatnya, kedengaran beberapa keluhan dari beberapa pelajar.

"Diam,diam!"Tengking guru berbadan kecik molek itu.

Badan je kecik,suara macam gajah.
Tertelan speaker kot .

"Sekarang,saya nak kamu semua berkumpul di taman belakang sekolah dan ..."

Najma menutup mulut.

"Gila..takkanlah..-"Ayatnya tergantung.

"Saya nak KAMU SEMUA TANGKAP SORANG SATU KATAK!"Kata guru itu dengan tegas.

Semua pelajar pun ternganga luas.

////

"Aaarghhh!!"Jerit Najma histeria apabila katak yang ingin diambilnya terus melompat ke atas tudungnya.

"Eeii gelilahh!"Marah Najma sebelum dengan serabutnya menghalau katak tersebut.

Alisya hanya memandang dengan diam.

"Apela yang kau buat ni Najma...haih.."Gumamnya sendirian.

Tiba tiba,matanya tertangkap kepada wajah Andrian.
Lama dirinya memandang mamat tersebut sebelum mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Hensem jugak mamat tu.."
Gumam Alisya sendirian.

Tiba tiba,..

"Weh Alisya jaga jaga !!!"
Jerit Najma.

Alisya yang sedang leka itu tersedar.

"Ape kau ni main jerit jerit-"

Wajah Alisya bertukar pucat.

"Eeuuwww hanatlah kau katak !!!"Marah Alisya dengan geram.

Najma menampar dahi.

Mana taknya,senang senangnye katak tu joget atas tudung Alisya.

Nasib tak raver.kalau ya memang dah kiamat dunia.

"Weh Alisya hati hati!"Panggil Najma.

Alisya menutup matanya.
"Memang aku hati hatilah ni! Weh asal katak ni nak sangat melekat kat muka aku ?!" Tambah Alisya.

Muka tu memang dahla tak dapat nak cover.
Berkerut memanjang je.

Satu demi satu langkahnya diambil ke belakang.

Tidak lupa juga Alisya untuk menghalau katak tu dari kepalanya.

Dan akhirnya,berkat usahanya yang berterusan dan berdedikasi,katak tu pun terus blah.

Alisya menarik nafas lega.

Diurutnya sekejap dadanya yang berdebar.
"Nasib..."

"Ape yang nasib?"Tanya Andrian.

Alisya terkejut.Terus dirinya menoleh ke belakang, dan muncullah wajah Andrian yang hensem tu.

"Hm?Kau lagi?"Tanya Asyraf dari belakang.

Eh kacau.

"Er-er...hai.."Kata Alisya dengan janggal.

'Cakap thank you..cakap thank you..'Kata hatinya.

Andrian tersengih.

Satu idea jahat mula muncul di kepalanya.

"Btw thank you sebab semalam--"Alisya mula memulakan bicara..

Namun...

"Yesterday was fun~"
Kata Andrian tiba tiba dengan senyuman di bibir.

Asyraf di belakang terbatuk.
Katak yang berada di pegangannya terus berlari pergi.
Wajahnya terus menjadi pucat.

Hm?

Ha?

Alisya terdiam.

"Beg pardon?"

Matanya dikebilkan beberapa kali.

Kemudian,dia mengalihkan padangannya kepada pelajar yang lain.

Muka Alisya terus bertukar merah apabila dirinya bagaikan dipandang oleh semua pelajar di situ.

Alisya menutup mukanya yang sedang memerah.

'Mamat ni...GILA !'

//Ding dong..//
-Rehat-

"Aaaa Naaajj aku nak pindah sekolahlaa kalau camni~"
Rengek Alisya .

Najma di sebelah hanya terdiam.Lama dirinya memandang Alisya sebelum berdiri dan mengambil botol airnya pergi.

"Kau nak gi mana ?"Tanya Alisya lagi.

"Temanlah aku lagiii~~"
Pinta Alisya.

Najma mendiamkan diri.

"Aku nak gi tandas jap"
Najma berkata.

"Alahhh nanti je laa"
Pinta Alisya lagi.

"Macam mana....macam mana kau boleh rapat dengan mereka ?"Tanya Najma.Kepalanya kekal memandang ke bawah.

"Ha?Rapat?Ngan sapa pulak ni?"Balas Alisya berkerut.

Najma mengetap bibir.
Erat sahaja tangannya digenggam.

"Forget it..."Najma pun berlalu pergi.

Alisya mengeluh.

"Haihh die datang haid ke tu ?? Kalau ye pun,..-"
Tiba tiba sahaja tudung Alisya ditarik.

"Owch!"Jerit Alisya tidak sengaja.

Andrian tersengih.
"Kesiannye kau duduk sorang kat sini..mane kawan kau tu ?"Tanya Andrian sambil membuka tapau nasi lemaknya tadi.

Asyraf pula terus tanpa dijemput duduk di kerusi sebelah Andrian.

Alisya berkerut dahi.

"Asal korang-"

Alisya berpaling.

Kelihatan beratus ratus gadis, tidak kiralah kelas form 1 ke,form 2 ke,semua sedang memandang kearah mereka dengan tajam.

Terutamanya Alisya.

"Best do korang..banyak peminat.."Kata Alisya diam diam namun dapat didengari oleh Andrian.

"Hm?ape kau cakap?"Andrian bertanya.

Ayam goreng ranggup Mak Cik Sharepah itu pun terus diratah Andrian dengan berselera.

"Takde..."Kata Alisya.

Tiba tiba dia teringat sesuatu.

"Oh ya..aku lupa nak tanya, asal korang tolong aku ?"
Tanya Alisya ragu ragu.

Asyraf di tepi hanya mendengar sambil menghirup air sirapnya.

"Kau rasa ?"Tanya Andrian.

Alisya menjulingkan mata.

"Weh seriouslaa kenapee"
Tanya Alisya,hampir memegang bahu Andrian.

Sshuuuppp!!!!

Laju sahaja Andrian menepis tangan Alisya.

Nasi lemaknya yang di meja tadi habis bersepah.

Asyraf menampar dahi .

'Tak habis habiss budak ni...'
Fikirnya.

Andrian terbeliak.
Perlahan lahan,kepalanya dipandang ke bawah.

Alisya yang berada di depan, dengan baju dipenuhi sambal lemak,terus terdiam.

Andrian menghela nafas.

"Weh setan..."Kata Alisya .

Andrian mengangkat muka.

"APE MASALAH KAU HAH ?!"

Air yang berada di genggaman Asyraf terus dirampas dan dibaling ke muka Andrian.

Semua pelajar di situ terdiam.

Suasana kantin yang meriah tadi terus menjadi sunyi sepi.

"Mamat gila,poyo!"Jerit Alisya sebelum berlari pergi.

Andrian dan Asyraf ternganga.

"Ceh"Kata Andrian.

Asyraf menyerabutkan kepalanya.

"Weh..ni first time an.."
Asyraf bertanya.

Andrian tersenyum.

"Ya..."Katanya perlahan.

"Dia first pompuan yang berani lawan kita"

//TBC//

(Exam week)

Busy level immediately become lvl 10000+++

Sorry kalau pendek,x pat faham sangat sebab susah nak keeup dengan novel ni,
Sebab lovely takda experience pun dengan cinta.

Kalau ada idea senang senanglah comment yer!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience