Pertemuan pertama

Humor Series 2886

"Mempersilakan...adik Alisya dari kelas 5s1!"Kata mc kepada majlis tersebut.

Suasana dewan menjadi sunyi sepi.

Mc dan para guru mula terkerut kerut dahi.

"Adik Alisya..? Dipersilakan naik ke pentas untuk menerima hadiah.."
Sambung mc itu lagi.

Para pelajar yang sedang elok duduk di kerusi itu mula memandang antara satu sama lain.

Mc itu tergaru kepala kehairanan.

//Di satu sudut//

"Beep!"Henfon Andrian berbunyi.

Dengan perlahan lahan,Andrian mengambil henfonnya dari kocek seluar.

Asyraf di sebelah yang sedang syok main ml terhenti.
Dipandangnya sebentar wajah Andrian sebelum menyambung semula permainannya.

"Minah tu lagi ke bro?"Asyraf bertanya sambil mata menumpu kearah henfonnya.

Andrian tersengih.
"Sibukla kau.."Katanya sebelum menolak kepala asyraf yang sedang elok terbaring di alas kerusi.

"Weh!Janganla kacau aku main!Rank ni kot!"Asyraf mula menengking.
Mana taknya..berapa kali dia kalah harini.Naik muak dah dengar ayat Layla yang tak berisi tu.

Ayat je "we can do it",last last kalah juga..
Pastu,enemy maniac.sape la tak stress kan ?

#Mlplayerwhereru
Andrian menjulingkan matanya ke atas.Namun sengihannya masih kekal di hujung bibir.
"Weh..aku nak jumpe dengan aida jap..aku nak buat suprise.."Kata Andrian sebelum berdiri dan mengambil begnya.

Asyraf yang terdengar pun terus membaling henfonnya ke lantai dan mengambil begnya sebelum berdiri juga.

"Nak ikut."Katanya malas.

"Asal?"Tanya Andrian balik.

Pelik..tadi bukan main cakap main rank la,nak fokus lah..sekali dibuang gitu je ke lantai?

Sepak kang.

"Bosan aku do..takde bende nak buat"Balas Asyraf dengan malas.

Sekali kala dia menggaru belakang badannya yang terasa gatal.Kurap ke ni?

Andrian menaikkan keningnya sebelah.
"Ish,pape je la--"
Katanya sebelum berlalu pergi .

Selamba badak je dia pergi padahal cikgu kat depan tu je.

Mc itu mula cemas.

"Maaf,perkara begini tidak akan berulang lagi.Marilah kita meneruskan majlis kita ke--

//Tidak berapa jauh dari situ..//

Basikal merah jambu kepunyaan Alisya itu dihempas dengan kuat keatas lantai.

Wajah ayahnya dipandang tajam,air mata di hujung mata hanya mampu ditahan tahan.

"ANAK TAK BERGUNA..TADI KAN BAPAK CAKAP PERGI SEKOLAH,BELAJAR!NI KENAPA PULAK PULANG SEKOLAH?!"Jerit ayahnya dengan lantang dan nyaring.

Alisya yang sedang kaku berdiri itu terdiam.Helmet pinknya itu masih lekat di kepalanya.
Bagaikan mulutnya digam,Alisya hanya mampu terdiam.

Air matanya juga hampir terkeluar namun tidak.Tidak akan sesekali dia menumpahkan air matanya demi lelaki tua ni!Tidak!

"LISYA TAU TAK BETAPA TERUKNYA HIDUP KITA NI?!LISYA NAK KE HIDUP DEKAT RUMAH USANG NI SAMPAI BILA BILA?! TAK PERNAH TERPIKIRKAN MASA DEPAN SENDIRI KE?!" Tambahnya lagi.

Ayahnya menyerabutkan rambutnya.

"Pergi."

Alisya mengangkat muka.

"PERGILA KE SEKOLAH SEKARANG ANAK BUANGAN!"Marah ayahnya sebelum mencapai tongkat kayunya dan dengan segala kudrat yang ada,dia pun mula memukul anak tunggalnya itu tanpa belas kasihan.

"Bapak!!Sakitlahh!!"Jerit Alisya kesakitan.

Namun itu tidak memberhentikan kelakuan ayahnya.

Malah,semakin pedas rasanya libasan tongkat kayu itu.

"ANAK TAKTAU BERSYUKUR,BAGUS KAU MATI JE!PERGI MATILAH SETAN!"Marah ayahnya.
Ppapp!

Sekali libasan.

Ppapp!!

Dua kali .

Ppapp!!!

Tiga kali.

Alisya yang sudah terbaring lemah itu hanya mampu menyaksikan darahnya mula keluar dari kaki dan badannya.

Kuyu sahaja matanya memandang sekeliling.

"Apa salah saya.. untuk dapat hidup ni..?"Alisya bermonolog sendirian.

Tiba tiba...

Ppaaakk!!

/////////////

"Weh"Panggil Asyraf.

"Apeeeee???"
Balas Andrian sambil mata lekat di henfonnya.
Ape je la dia tengok tu.Asal je bukan mv bts.

Eh pulak?

"Manee awek kau ni..tak sampai sampai??"Tanya Asyraf kebosanan.

Andrian tersenyum.
"Aku nak buat suprise weh.."
Katanya sebelum menyimpan henfonnya kembali ke dalam koceknya.

"Suprise ape ni..cringe laa eii.."Balas Asyraf sebelum menyandarkan badannya di dinding tu.

Dari pukul 9 tadi dah tunggu..tak jugak nampak batang hidung..

"Kan harini aida pulang dari amerika..habis shooting untuk agensi model dia tu..aku rindu do nak jumpe dengan dia.."Kata Andrian teruja.

Masih segar ingatannya tentang memori dia dan aweknya itu yang sudah terbina selama 4 tahun itu.

Macam magnet,mereka dua ni selalu berkepit.

Mane mane pun nak bersama.Dahla sweet tak bertempat.

Kesian pulak dengan si Asyraf ni.
Single forever nampaknye..

Asyraf roll eye."pape je la nopal..haih aku pergi setabak jap..kau nak order pape tak?"Tanya Asyraf.

Andrian menggeleng.
"Kau pergi la"
Katanya.

Dengan itu,Asyraf pun berlalu meninggalkan Andrian keseorangan.

Selepas Asyraf berlalu,Andrian kerap membuka henfonnya..mana tau kalau ade orang chat ke..

Namun hambar,takde satu pun orang online sekarang ni.

Andrian mengeluh.
Dia menjeling sekilas jamnya.
"Gile..dah hampir sejam aku tunggu..patut ke aku pulang je ?"

Andrian berpaling.

Tiba tiba matanya ternampak sesuatu.

Ya,sesuatu...

Iaitu...

"Aida.."Kata Andrian teruja.

Dengan langkah yang yakin,Andrian mula melangkah kearah Aida.Tidak lupa juga dirinya untuk melihat sebentar refleksi dirinya di dalam cermin.

Mata Andrian bagaikan bersinar.

"Ehem ehem check suara 1 2 3.."Kata andrian.

Ok,dah yakin..getus hatinya.

"Aida---"Belum sempat dirinya mencapai bahu gadis itu,tiba tiba sahaja badannya diraih oleh seorang lelaki.

Langkah Andrian terhenti.

"Eh?Baby..??Buat ape sini..?"Tanya gadis itu kehairanan.Namun jelas sekali terdapat senyuman di bibirnya.

Lelaki itu tersengih.

"Saje..I rindu u..like so so much.."
Kata lelaki itu.

Andrian terdiam.

Tangannya perlahan lahan jatuh ke bawah.

Hatinya sakit.Sakit dirinya dipermain sebegini.

"Eh u ni..gedik nye...."Aida menjawab sebelum membalas pelukan lelaki itu.

Maka,Andrian pun menyaksikan perkara yang mustahil author nak tulis kat sini.

"No way.."Andrian mula meyakinkan diri sendiri.Henfonnya diambil dan ditekan tekan sebelum diletakkan di telinga.

Beep beep...

Riak wajah Aida mula berubah apabila melihat nama pemanggil itu.

"Jap..baby..I gotta answer this"kata Aida sebelum mengangkat panggilan.

Andrian hanya mampu memandang dengan tajam.

"Babe?Asal call ni..?"Tanya Aida.

Andrian mengenggam tangannya dengan erat.

"Aida..u kat mane sekarang ni..?"Tanya andrian.

Aida terdiam sebentar.

"Er....alah u ni..takkanla taktau
..I dekat rumahlah.. I tengah layan drama korea ni.."
Kata Aida.

Andrian tersengih.

"Oh?Yeke?Ok sorry ganggu"Balas Andrian sebelum memutuskan panggilan.

Berkerut kerut dahi Aida mendengar suara Andrian.

"Excuse me ?Ape masalah mamat ni?!"Geram Aida.

Mamat yang berdiri di sebelahnya tadi hanya mengangkat kening.

"Why?Ade masalah ke ?"Tanyanya.

"U tau tak..mamat ni kan..dekat mana mana pun I , tentu die nak tau do!Die ingat die tu ape?Kalau tak sebabkan duit dah lame aku lesap!"
Tambah aida.

Lelaki itu tersengih.
"Boleh tahan jahat juga u ni.."Kata mamat itu lagi.

"Alah lupakan je la..so u nak bawa I pergi mana ni ?"
Kata Aida.

Andrian yang berada dibelakang mereka terdiam.

'What?Me?Kene main dengan minah cam tu?'Andrian menggigit bibirnya dengan kuat.

'Dont u know who I am?Im andrian bich'Desis hatinya.

Andrian terpandang seorang gadis yang baru sahaja keluar dari tandas awam.

Lidahnya ditolak ke tepi dan atas.

'u know what aida?'Andrian tersenyum sendirian.

'Im not stupid'

well..

'Atleast better than u are'

Dan Andrian pula melangkah ke hadapan dengan yakin.

Asyraf yang memandang dari jauh sambil meminum air setabaknya itu tersenyum.

"Matang jugak budak ni"Monolognya sendirian.

Dengan sengaja,Andrian melanggar bahu mamat yang berada di tepi Aida itu.

"Weh bro ape main tolak tolak nih?!"Marah mamat itu.

Aida yang di sebelah pun mula berkerut.

"Sorry but..."
Andrian menoleh.

Satu senyuman terukir.

"Bukan kau ke yang syok sangat layan awek kau sampai tak nampak jalan??"Tanya Andrian .

Ddup!

Terjatuh beg Aida ketika melihat muka Andrian.

Terbeliak sahaja matanya.

"A-andrian..macam-macam mana u.."Aida tergagap gagap sendirian.

Andrian tersengih.

"Sorry bitch,but you.."Andrian terhenti.

"Are uglier than my grandmother"Tambahnya .

Aida terhenti."what...?"

Andrian berpaling.
Dipandangnya gadis yang baru sahaja keluar dari tandas tadi.

"Hey babe!Tunggu I!"Panggil Andrian sebelum berlari kearah gadis yang tidak dikenalinya itu dan sewenang wenangnya dia meraih bahu gadis itu.

Aida dan mamat itu berpandangan.

"The hell just happened..?"Kata aida sendirian .

////////////

Andrian memandang ke depan dengan yakin.Kepalanya seperti sibuk memikirkan sesuatu.

"Macam manela aku boleh tertipu dengan--eh-"
Terus Andrian tersedar dari realiti.

"Maaf saya pegang bahu cik tanpa sengaja--"Andrian melepaskan pegangannya secaea tergesa gesa namun disebabkan itu,dia tertolak tubuh gadis itu tanpa sengaja.

Bbup!

Badan gadis itu terus jatuh menyembah tanah.

Andrian terbeliak.

Gadis yang baru sahaja pengsan itu dipandang.

Andrian ternganga sendirian.

///TBC///

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience