BAB 2

Romance Completed 2249

Kini sudah seminggu, Malika tidak berjumpa dengan Ariel . Baguslah
sangat. Aku pun tak hingin nak tengok muka tak ada perasaan.

Ketika ini Malika sedang memandu keretanya. Tiba-tiba tayarnya
pancit.
“Ya Allah!” nasib baik Malika sempat memberhentikan keretanya di tepi
jalan. Kenapalah saat ni yang kau nak pancit. Dahlah malam. Bahaya
sungguh. Malam yang menakutkan. Macam-macam yang difikirkan oleh Malika
ketika ini.
Dia segera masuk ke dalam kereta dan menguncinya. Dia tidak tahu mahu
menghubungi siapa.
“Ariel , tolong saya.” Menangis-nangis Malika meminta tolong. Dia benar-benar
takut.
“Aku datang sekarang. Kau duduk dalam kereta. Jangan keluar. Kunci
kereta tu elok-elok. Kau letak. Biar aku yang call kau. Kita berbual
sampai aku tiba sana.” Pesan Ariel .
“Baiklah.” Panggilan ditamatkan.
Segera Ariel mencapai kunci keretanya dan menghubungi Malika kembali.
“Hello!”
“Hello.” Lemah sahaja suara Malika . Malika lebih rasa bersalah. Lina sudah
berjumpa dengannya 3 hari yang lalu. Perkara yang berlaku itu adalah
rancangannya. Dia yang memaksa Ariel supaya memeluknya. Malika menelan
air liurnya.
“Malika , jangan risau. Kejap lagi aku sampai. Kau jangan takut okey?”
Ariel terus berkata. Memanglah Malika tak risau tapi aku yang risaukan
dia. Minta-minta Malika selamat.
Mereka berbual walaupun dingin dan beku. Akhirnya Ariel sampai juga di
tempat tayar kereta Malika pancit.
“Malika ...” Ariel mengetuk pintu kereta milik Malika . Malika merenung ke
dalam mata Ariel . Mereka saling bertatapan.
Ariel tidak dapat menahan dirinya. Dia menarik Malika dalam pelukkannya.
Dia memeluk erat tubuh Malika yang sudah berdiri tegak itu.

Ariel mencium dahi Malika dan turun ke pipi. Apabila sampai ke bibir
Malika , tubuhnya di tolak kasar.
“Sampai hati awak buat saya macam ni? Awak ambil kesempatan atas
kelemahan saya.”
“Malika ...” Ariel meraup wajahnya. Dia rasa bersalah. Dia tidak dapat
mengawal dirinya.
“Awak... Awak tahu saya dalam ketakutan tapi awak...” kata-kata Malika
terhenti. Terasa hangat ciuman Ariel dipipinya.
“Maafkan aku, Malika .”
“Awak kena kahwin dengan saya. Awak dah cium saya!” kata Malika . Ariel
tersenyum. Memang itu hajatnya selama ini.
“Baiklah aku akan kahwin dengan kau.” Setuju Ariel . Ariel pun
menukar tayar kereta Malika dan mereka terus pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience