BAB 3

Romance Completed 2249

Ria menanti dengan sabar. Dia sedang menunggu adik angkatnya tiba.
Memang nak kena budak nakal ni.
“Wei, apasal lambat?” Ria menarik muncung apabila melihat kelibat Malika .
“Maaf kak Ria, jalan jem tadi.” Ucap Malika . Dia bersalaman dengan Ria.
“Banyaklah jalan jem. Jem sepatutnya dengan roti bukannya jalan.” Ria
membuat lawak. Malika tersengih.
“Maaf kak.” Ariel memohon maaf.
“Siapa kakak kau?” marah Ria. Ariel tersengih pula.
“Sabarlah cik adik. Kan terkejut yang kat dalam tu.” Ruff muncul dengan
tiba-tiba bersama beberapa helai baju pengantin lelaki.
“Ruff , saya tengah sabar ni.kalau tak sabar dah lama budak-budak ni saya
kerjakan.”
“Ada kerja kosong ke kak?” Malika menyampuk.
“Mulalah nak kenakan akak.” Marah Ria lagi.
“Hey minah sorang ni. Cuba bawak bertenang. Nah! Korang pergi try
baju-baju ni.”
“Baiklah abang Ruff ,” kata Malika .
Ruff memujuk Ria untuk duduk. Muncungnya sudah panjang sedepa. Ruff pula
yang tersengih melihat sikap isterinya yang kuat merajuk sejak mengandung.
“Cantik tak kak?” Malika kelar bersama baju akad nikah berwarna putih.
Sangat padan dengan Malika .
“Cantik. Bolehlah akak jadi pengapit kamu, Malika ?” pinta Ria sambil
tersenyum.
“Eh, awak tu mengandung. Ada hati nak jadi pengapit.”
“Nak juga jadi.”
Malika mula pening.
“Tak boleh!”
“Kenapa?”
“Awak mengandung kan?” Ruff berkata agak keras.
“Saya gugurkan.” Selambar Ria berkata. Dalam hatinya dia hanya bergurau.
Ruff membuat muka. Dia terus keluar dari butik pengantin itu.
“Akak, kenapa akak cakap macam tu? Tak baik tau.” Malika berkata.
“Akak gurau aje. Betul tak baby mama? Kita gurau dengan ayah aje kan?”
Ria membelai perutnya.
“Okeylah. Akak nak gi pujuk abang Ruff kau kejap.” Ria terus keluar.
Malika tersenyum.
“Malika , macam mana?” Ariel sudah keluar. Dia kelihatan kacak berbaju
melayu.
“Okey aje.”
“Kau nampak cantik.”
“Terima kasih!”
Mereka berdua terdiam. Tidka tahu mahu berkata apa. Saling tunduk menunduk.
Bukankah dulu aku ni kasanova. Mana pergi sikap tu. Yang banyak
bercakap, dan ada sahaja nak dibualkan. Kenapa pula aku jadi pendiam ni.
Ariel teringat perangainya dulu. Pantang nampak perempuan cantik dan
seksi. Mesti di buat macam miliknya. Tapi hati ni berdebar saat pertama
kali melihat Malika . Senyumannya nampak ikhlas. Saat dia bermain dengan
seorang kanak-kanak di shopping complex.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience