BAB 1

Romance Completed 2249

“Sengal memang sengal. Kenapa mesti wujud lelaki macam tu? Aku harap memang aku tak kan berjumpa dengan lelaki spesies tak pandai nak bersyukur.” Malika membebel sendirian.

“Far Malika ! Tunggu aku!” Ariel memanggil gadis yang pantas
berjalan itu. ‘Alamak. mamat ni lagi. Sengal memang sengal.’ Malika
mencepatkan langkahnya. Rasanya mahu buat larian pecut di sini juga.

‘Awatlah laju sangat minah ni lari. Aku ni nama aje jejaka
kacak, nak berlari pun rasa malas tapi demi kau aku gagahi juga.’
Ariel berlari pantas. Dia akan terus mengejar Malika selagi dia mampu.
Gadis ini benar-benar mencuri hatinya.

“Malika .” Beg galas Malika dipegangnya membuat langkah gadis itu
terhenti. ‘Kalau pegang lengan, penampar juga yang aku dapat. Baik
berhati-hati.’

“Lepaslah lelaki Kasanova! Lepas!” jerit Malika . Rasa mahu
muntah bila dekat dengan lelaki ini.

“Aku tak bermaksud nak lukakan hati kau, Malika tapi aku
benar-benar ikhlas dengan kau. Percaya la!” jelas Ariel .

“Tipu! Kalau betul-betul ikhlas, awak takkan bersama
perempuan tu.” Malika mula meninggikan suara.

“Tapi perempuan tu yang mengada-ngada. Nak juga aku sepak!”
geram Ariel .

“Berani sepak perempuan? Awak memang tak layak jadi suami
orang. Lepaskan saya!” Malika benar-benar marah. Lelaki macam ni memang
tak pernah nak hargai seorang perempuan.

“Tak Malika . Aku minta maaf. Tak bermaksud pun nak sepak. Aku
gurau.”

“Apa gurau? Awak buat perkara macam ni gurau?”

“Malika ...”

“Sudah! Saya tak mahu tahu apa-apa pasal awak lagi.
Kasanova!” Mereka melalui sebuah kedai. Kebetulan kedai tersebut ada
memasang lagu yang dinyanyikan oleh Stacy yang bertajuk Kasanova.

“Kasanova....” suara stacy.

“Memang sesuai lagu ni dituju khas untuk awak.” Marah Malika .
Dia masih terbayang adengan yang tak berapa senonoh itu.

“Kau ni sabar la. Okey. Kau asyik panggil aku kasanova
sahaja. Kau tahu ke kasanova tu maksudnya apa?” tanya Ariel dengan
perasaan geram.

“Kasanova tu seorang lelaki yang suka menggoda perempuan
untuk mendapatkan sesuatu atau untuk suka-suka.” Jelas Malika .

“Baiklah. Aku akan jadi lelaki kasanova yang kau katakan
tadi tapi aku hanya akan menggoda perempuan yang bernama Far Malika aje
dan perempuan tu adalah kau!” kata Ariel . Tersentap Malika . Matanya
terbeliak. Betapa buruknya riak terkejut Malika .

“Gila!” kini tangan Malika pula yang dipegangnya. Ariel
merenung ke dalam mata Malika . Terkebil-kebil mata Malika memandang lelaki
yang kurang siuman di hadapannya ini.

Ariel tersenyum. Dia tahu Malika tak suka diperlakukan
seperti itu tapi dia terpaksa. Malika menarik tangannya dari terus dipegang.

Pang!

Malika menampar pipi Ariel dan berlari meninggalkan lelaki itu.

Terasa perit dengan tamparan yang cukup berbisa itu. Malika ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience