Rate

BAB 2

Romance Series 2316

"KAU nak minum apa?" soal Hana sambil mencuit bahu Anis Razikin. Entah apa yang diperhatikan hingga panggilannya tidak diendahkan. Matanya turut sama mengikut ke arah yang sedang diperhatikan oleh Anis Razikin.
"Kau tanya apa?" balas Anis Razikin, tidak pasti apa yang ditanyakan oleh Hana kepadanya.
Norma dan Azilawati ketawa serentak. Berangan rupanya sahabat yang seorang itu.
"Aku tanya kau nak minum apa, makan apa?" ulang Hana.
Anis Razikin menoleh ke arah gadis berbaju putih berseluar hitam yang setia di sisi meja mereka sejak tadi. Masih dengan sebatang pen dan sebuah buku kecil.
"Bagi saya mi goreng dengan air sirap ya?" Anis Razikin segera membuat pesanan.
Si gadis bertubuh kecil molek itu menulis di atas buku kecilnya. "Ada apa-apa lagi kak?" soal si gadis itu sambil memandang wajah pelanggan di hadapannya.
"Itu saja," jawab Hana.
Si gadis terus berlalu.
"Kau tengok apa tadi sampai tak sedar apa aku tanya?" soal Hana sambil merenung wajah Anis Razikin. Apa yang pasti Anis Razikin begitu leka merenung sepasang kekasih... ya mungkin kekasih kerana kemesraan di antara mereka begitu jelas.
"Kau kenal dia orang ke?" Sekali lagi Hana menyoal.
"Perempuan tu student juga kan?" Memuncung mulut Anis Razikin ke arah pasangan itu.
Azilawati dan Norma terpaksa memusingkan tubuh mereka untuk melihat ke arah pasangan yang dimaksudkan oleh Anis Razikin.
"Budak law," ujar Azilawati sebaik sahaja melihat wajah gadis berbaju kuning itu.
"Kau kenal?" soal Hana.
"Kenal gitu-gitu aja. Itu pun pasal dia asyik berkepit dengan si Hakim tu. Hakim tu kan glamor... mana-mana budak perempuan yang dah melekat dengan dia walaupun sekejap, sure tumpang glamour," jawab Azilawati.
Anis Razikin menelan liur. Patutlah dia terasa seperti pernah melihat wajah itu. Itulah gadis yang dilihatnya membonceng motosikal Hakim beberapa minggu yang lalu.
"Handsome sangat ke si Hakim tu, sampai semua perempuan suka sangat kat dia?" soal Hana.
"Hey... betulkan sikit ayat kau tu erk, bukan semua," balas Azilawati. Kurang senang dengan ayat yang digunakan oleh Hana.
"Sorry... sorry... aku pun perempuan juga, tapi aku pun tak suka dengan buaya tembaga macam si Hakim tu. Tak pernah lekat dengan seorang perempuan, asyik bertukar ganti," komen Hana.
Anis Razikin hanya tersenyum. Di dalam fikirannya ketika itu cuma Hakim. Hakim yang mungkin sedang menunggu kedatangannya di perpustakaan. Hari ini, dia sudah membiarkan Hakim menanti kehadirannya, menanti seseorang yang tidak mungkin akan menjelma di hadapannya. Biar lelaki itu rasakan. Bukan sekali dua Hakim mempermainkan dirinya. Berjanji hendak bertemu, tapi sudahnya dia seorang yang terpacak di tempat yang dijanjikan.
Ikutkan hati mahu saja dia menerpa ke arah lelaki itu bila bertembung dia mana-mana. Hadiahkan penampar dan memaki hamun lelaki itu di khalayak ramai, tapi bila difikirkan balik itu kerja orang bodoh. Memalukan diri sendiri dan tidak mungkin sama sekali dia akan berbuat begitu.
"Kau ni kan, dari siang tadi asyik termenung." Norma menampar lembut bahu Anis Razikin.
"Apa yang kau menungkan?" Azilawati menyentuh lengan Anis Razikin yang direhatkan di atas meja.
Anis Razikin menggeleng. Masakan hendak diceritakan apa yang ada di dalam fikirannya ketika itu. Hakim... ya dia sedang memikirkan Hakim yang sedang menantinya di perpustakaan. Ah... tidak mungkin Hakim akan terus menanti untuk lebih dari sepulub minit. Lelaki itu pasti akan berlalu selapas bosan menunggu.
"Nothing," balas Anis Razikin. Menyebut nama Hakim hanya akan mengundang seribu soalan teman-temannya.
Gadis yang mengambil pesanan tadi menghampiri meja mereka. Menghantar minuman yang dipesan sebentar tadi. 20 minit kemudian, makanan yang dipesan pula sudah diletakkan di atas meja. Masing-masing tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyuap. Perut sudah menjerit minta diisi.
"Sedap juga mi hailam ni," komen Norma sebaik sahaja menghabiskan sepinggan mi hailam. Pinggan yang kosong ditolak ke tengah. Gelas berisi mangga susu ditarik pula ke hadapnnya.
"Licin... ingatkan aku aje yang kuat makan, dah ada geng rupanya," giat Azilawati sambil tertawa kecil. Jarang sekali Norma dapat menghabiskan makanannya dan dia juga yang selalu menjadi mangsa Norma... dipaksa menghabiskan makanan temannya itu.
"Kenapa Wati? Kau terkilan tak dapat merasa mi hailam Norma ke?" bals Hana sengaja hendak mengusik Azilawati. Azilawati memang tidak memilih makanan. Tidak kisah apabila diminta menghabiskan makanan yang tidak dapat dihabiskan oleh rakan-rakannya.
"Hisy... tak adalah. Macam aku tak pernah makan ni hailam kat sini. Norma tu agaknya yang tak pernah... itu yang licin pinggan tu," balas Azilawati.
Norma hanya tertawa kecil. Memang itulah kali pertama dia memesan mi hailam di restoran itu.
"Mi goreng ni pun sedap..." Anis Razikin mengangkat ibu jarinya. Itula makanan yang sering dipesannya setiap kali mereka berkunjung ke situ.
"Oit... baru aje kita sebut-sebut nama dia, dah muncul kat sini." Norma bersuara sebaik sahaja menyedari kelibat seorang lelaki melangkah masuk ke restoran itu.
Anis Razikin dan Hana segera menoleh apabila melihat Azilawati mengangkat keningnya, memandang sekilas ke arah pasangan yang baru saja melangkah masuk ke restoran.
"Tengok... dah perempuan lain pula yang diusungnya," omel Hana.
Anis Razikin segera menunduk. Taidak mahu kewujudannya disedari oleh Hakim. Sudah dijangka... Hakim tidak akan menanti kedatangannya di perpustakaan untuk satu tempoh yang lama. Entah-entah cuma lima minit sahaja lelaki itu mampu bertahan. Apabila dia tidak juga muncul, lelaki itu mencari mana-mana gadis yang sudi menerimanya.
Seketika kemudian, Anis Razikin melihat Azhar juga masuk ke dalam restoran itu bersama Aminuddin. Ledua-duanya terus melangkah ke arah meja yang baru saja diduduki oleh Hakim dan teman barunya. Ah apa alasan yang hendak diberikan pada kedua-dua lelaki itu kerana mereka bertiga berada di dalam restoran yang sama.
"Eh yang kau ni macam kura-kura hilang kepala kenapa?" Hana menyiku lengan Anis Razikin. Entah apa yang tidak kena dengan tamannya itu. Tiba-tiba sahaja seperti hendak menyorok daripada seseorang.
"Dah sudah ke belum? Jom kita balik." Anis Razikin sudah bersedia untuk bangun.
"Okay aku bayar dulu. Nak pecahkan duit." Azilawati sudah berdiri, bersedia untuk melangkah ke arah kaunter pembayaran dengan wang kertas lima puluh ringgit di tangan.
Tanpa berlengah lagi, Anis Razikin turut sama berdiri. Ada baiknya dia segera keluar dari restoran itu sebelum Azhar atau Hakim menyedari kewujudannya di situ.
"Ikin!" Ah belum pun sempat dia melangkah keluar namanya sudah dipanggil seseorang. Masakan dia tidak mengenali pemilik suara itu. Langkahnya termati di kaki lima restoran.
Norma yang melangkah rapat di belakangnya terpaksa berhenti mengejut.
"Ikin kat sini?" tanya Azhar.
Anis Razikin tersengih. Apa lagi yang hendak dikatakannya ketika itu. Apa lagi di hadapan Norma. Azilawati dan Hana masih di kaunter pembayaran.
"Aku tunggu kat kereta," ujar Norma sebaik sahaja mengedari ketidakselesaan di wajah Anis Razikin. Sudah beberapa kali dia melihat Azhar menyapa Anis Razikin. Entah apa yang dibualkam oleh kedua-duanya, dia sendiri tidak tahu. Kata Anis Razikin, mereka berdua teman sekampung.
"Kenapa tak datang tadi?" Azhar meneruskan soalannya.
"Datang ke mana?" soal Anis Razikin dengan wajah terkejut dibuat-buat.
"Hmm ini kes terlupa atau sengaja taknak datang?"
"Alamak" Anis Razikin menepuk dahinya.
"Ikin tak baca pun kertas tadi" bohong Anis Razikin. Itu saja alasan yang terlintas di dalam fikirannya.
Azhar hanya menggeleng. Hakim pasti tidak akan menerima alasan Anis Razikin kali ini. "Marah betul Hakim bila Ikin tak datang tadi. Balik ke bilik muka masam mencuka. Rupa-rupanya Ikin tak ada."
"Berapa minit dia tunggu Ikin? Entah-entah lima minit aje," ujar Anis Razikin.
"Lebih sikit.. sepuluh minit kot."
Anis Razikin mencebik. Sudah dijangka Hakim tidak sanggup menjadi penunggu seperti dia yang terpaksa menunggu kedatangan Hakim berjam-jam lamanya.
"Alah Ikin tak datang pun tak jadi kudis pada dia, bang. Dah ada orang lain sudi temankan." Memuncung mulut Anis Razikin ke arah restoran.
Azhar hanya tersenyum.
"Okeylah Ikin nak balik. Kawan-kawan Ikin dah tunggu tu. Kirim salam pada Hakim cakap sorry ya. Lain kali kalau dpat oesanan daripada dia, Ikin akan terus baca," ujar Anis Razikin sambil tersenyum-senyum. Hari ini dia sudah berjaya memberi sedikit rasa marah dan bosan di hati Hakim.
Azhar mengangguk.
Anis Razikin terus melangkah ke arah rakan-rakannya yang sudah berada di dalam kereta Kancil milik Hana.
"Kawan sekampung kau tu apa namanya erk?" soal Azilawati anak kelahiran Johor Baharu. Perkataan 'erk' masih kerap digunakan oleh gadis itu. Dia dan rakan-rakan pula suka mengusik Azilawati, mengajuk cara percakapan temannya itu.
"Azhar."
"Hmm boleh tahan jugakkan.. handsome" puji Hana.
Anis Razikin tertawa kecil. Teringat akan Umairah teman baiknya di kampung. Gadis yang sudah berjaya mencuri hati Azhar sejak lelaki itu di tingkatan lima lagi.
"Dah ada awek kat kampung. Tak ada peluanglah korang nampaknya,"
"Alah baru awek belum bertunang belum kahwin." Norma yang diam sahaja sejak tadi menyampuk.
"Ah jangan cari pasal. Awek dia tu kawan baik aku."
"Cantik tak?" soal Azilawati.
Anis Razikin tersenyum. Wajah Umairah yang berkulit kuning langsat dangan lesung pipit di pipi terbayang di mata. Lelaki mana yang tidak terpilat dengan gadis semanis itu.
"Cantik... nama dia Umairah. Orangnya memang cantik, secantik namanya," ukar Anis Razikin.
"Hmm memang takde peluanglah kau nak tackle dia Wati," giat Hana sambil tertawa kecil.
"Aku tanya aje takada niat nak tackle pun. Orang macam aku ni, siapalah yang nak," balas Azilawati merendah diri.
"Kau tu bukan tak cantik Wati, cuma berisi sikit. Kalau kau kurus sure ramai yang berkenan. Kau jalan sebelah Ikin pun orang tak nampak Ikin dah nampak kau aje." Hana masih terus mengusik.
"Kau nak padankan aku dengan Ikin... mana boleh. Aku kurus macam manapun kalah juga dengan Ikin ni," balas Azilawati. Anis Razikin itu manis orangnya, mana mungkin dia mampu menandingi teman baiknya itu.
Anis Razikin hanya tertawa mendengar kata-kata Azilawati. Hatinya rasa senang hari ini, bukan selalu dia dapat mempermainkan perasaan Hakim. Biar lelaki itu rasakan... langit bukan selalunya cerah.

Bersambung.... #readandkomen;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience