Rate

BAB 3

Romance Series 2319

ANIS RAZIKIN dan Norma baru sahaja keluar dari dewan kuliah. Professor Khairul Adham tidak hadir hari ini. Entah apa pula halnya. Sudah beberapa kali juga lelaki yang berusia lewat 40-an itu tidak menghadirkan diri ke dewan kuliah. Khabar yang didengar, lelaki itu selalu sahaja tidak sibat. Kerap kali diserang pengakit asma.
"Kau dah siap assignment yang Puan Mariati bagi hari tu?" soal Norma sambil membetulkan tudungnya.
"Sikit lagi, ada masa lagikan?" Anis Razikin menoleh ke arah Norma, bimbang juga jika dia terlewat menyiapkan assignment tersebut.
Norma mengangguk.
"Aku nak terus ke library la. Nak cari bahan untuk assignment tu," ujar Anis Razikin.
"Hmm okey juga tu. aku pun takde plan harini," balas Norma. Ada baiknya dia menyertai Anis Razikin ke perpustakaan.
Kedua-duanya sudah melangkah ke arah perpustakaan. Tempat kegemaran Anis Razikin... itulah yang sering disebut oleh Azilawati dan Hana. Ulat buku seperti Anis Razikin kemana lagi langkahnya jika tidak ke perpustakaan.
Anis Razikin hanya tertawa mendengar komen teman-temannya. Memang sejak kecil lagi dia suka membaca. Abah yang selalu membeli bahan bacaan padanya.
Azilawati dan Hanum sedang membaca surat khabar di ruang yang disediakan. Norma terus menarik tangan Anis Razikin sebaik saja Azilawati melambai ke arah mereka berdua.
"Tak ada kuliah ke?" soal Azilawati sebaik sahaja Razikin dan Norma duduk dihadapannya.
"Prof. Khairul tak datang harini." Norma yang jawab bagi pihak mereka berdua.
"Tak datang lagi?" Ada kekejutan di wajah Hanum.
Norma mengangguk.
"Kuat ponteng juga Prof. Khairul ni ya?"
Anis Razikin hanya tersenyum. "Orang tua Wati.. selalu sakit-sakit. Kau nanti dah tua macam tula juga."
"Hisy... minta dijauhkan. Biarlah aku sihat walafiat bila dah tua nanti. Tak ada nak menyusahkna sesiapa," balas Azilawati sambil memanjatkan doa.
"Ada-ada aje kau ni Wati." Hanum menepuk bahu Azilawati lembut.
"Ada berita menarik Wati?" soal Anis Razikin sambil cuba membaca surat khabar di tangan Azilawati.
"Biasalah... aku dah naik bosan baca surat khabar sekarang ni. Tak ada cerita lain. Kat Malaysia mi... asyik jumpa orang mati aje. Kes rogol, sumbang mahram, semakin menjadi-jadi. Naik takit aku dibuatnya," komen Azilawati. Matanya masih melekat pada surat khabar di tangan.
"Itulah... cuti haritu. Mak aku cerita ada orang kat kampung sebelah kampung aku rogol anak tiri. Mengandung budak tu.. kesian betul. Tak pasal-pasal budak tu kena berhenfi sekolah." Tergeleng-geleng kepala Hanum bila mengingatkan cerita yang disampaikan oleh emaknya.
Anis Razikin hanya mampu mengeluh. Terselit rasa simpati di ruang hatinya. "Berapa umur budak tu?"
"Form five... antara pelajar terbaik pula tu," jawab Hanum sambil melipat surat khabar yang sudah dikhatamnya.
"Kesiannya..."
"Ikin!" Norma menyiku lengan Anis Razikin.
"Kenapa?" Anis Razikin menoleh ke arah Norma.
"Tu Azhar. Aku rasa dia nak jumpa kau kot. Asyik pandang sini dari tadi." Memuncung mulut Norma ke arah meja yang terletak tidak jauh dari meja yang sedang mereka duduki.
Anis Razikin mendongak. Melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Norma. Azhar dan Hakim. Kedua-dua lelaki itu sedang memandang ke arahnya. Azhar sudah mengangkat tangannya memberi isyarat supaya dia pergi ke arah mereka.
"Aku ke sana sekejap ya?" Anis Razikin meminta diri.
Mereka hanya mengangguk.

ANIS RAZIKIN menarik kerusi di hadapan Azhar.
"Kenapa tak datang semalam?" soal Hakim sebaik sahaja dia melanuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Sorry... Ikin tak baca pesanan tu. Lama ke Hakim tunggu Ikin?" Sengaja dia mengajukan soalan itu.
"Lain kali kalau dapat pesanan terus baca," pesan Hakim.
Anis Razikin hanya mengangguk.
Azhar pula hanya tersenyum-senyum sambil menatap buku di atas meja. Entah apa yang melucukan.
"Hari tu Hakim nampak Ikin keluar dengan kereta BMW," Hakim memulakan bicara.
Anis Razikin memasang telinga. Di dalam hati sudah tergelak kecil. Patutlah Hakim menghantar pesanan untuk bertemu dengannya. Tentunya hendak bertanya tentang perkara itu. Entah Hakim nampak atau tidak siapa pemandy kereta itu.
"Ikin keluar dengan siapa?" soal Hakim.
Anis Razikin merenung kedua-dua belah jarinya yang sudah ditemukan. Seronok juga kalau dapat mempermainkan Hakim. Masakan dia sahaja yang selalu terkena. Sesekali biar Hakim pula yang merasa panas hati dan telinga mendengar jawapannya.
"Kenapa Hakim nak tahu? Ikin tak pernah ambil tahu pun dengan siapa Hakim nak keluar," jawab Anis Razikin.
Azhar mengangkat kepala. Merenung wajah Anis Razikin, sempat juga dia menjeling ke arah Hakim disisinya. Itulah kali pertama dia mendengar Anis Razikin berkata begitu di hadapan Hakim. Kata-kata yang sering diluahkan kepadanya.
"Apa yang tak kena dengan Ikin? Susah sangat ke nak jawab soalan Hakim tu, yang nak disebut pasal Hakim pula kenapa?" Ada ketidakpuasan di dalam nada suara Hakim apabila Anis Razikin membangkitkan tentang dirinya.
"Yalah Hakim sibuk nak tahu pasal Ikin. Pernah ke Ikin ambil tahu pasal Hakim? Dengan siapa Hakim berkepit?" Anis Razikin masih tidak memandang ke arah Hakim. Biar lelaki itu terbakar hatinya.
"Ikin... Ikin kena ingat Ikin tu siapa..." Hakim merenung tepat ke wajah Anis Razikin.
"Ikin aje yang kena ingat... Hakim tak payah ingat!" balas Anis Razikin sambil menjeling tajam ke arah Hakim yang sedang merenung wajahnya.
"Hey, Hakim!" Tiba-tiba sahaja seorang gadis menghampiri meja mereka.
Anis Razikin mendongak, memandang sekilas ke arah gadis yang sudah menarik kerusi disisi Hakim. Itulah gadis yang dilihatnya bersama Hakim malam tadi. Mungkin teman baru Hakim, tidak pernah dia melihat gadis itu bersama Hakim sebelum semalam.
"Tiara!"
Anis Razikin mendengus kecil. Kalau sudah ada orang lain bersama mereka, Hakim pasti tidak akan bercakap dengannya. Apa lagi gadis yang baru hendak dijinakkan. Tentunya gadis itu menyangka dia berada disitu kerana Azhar dan bukannya Hakim.
"Ikin pergi dulu." Anis Razikin menolak kerusi ke belakang. Hanya senyuman diberikan pada Azhar, kemudian dia terus bangun dan beredar dari situ tanpa menoleh lagi.

Bersambung... #readandkomen;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience