bab 1

Romance Completed 17878

"keluar pun aku dari neraka jahanam ni! bukan main teruk pompuan tua tu buat kat aku! mentang-mentang lah baba dah tak de, kau ingat suka hati kau je nak layan aku macam orang gaji? kau fikir kau siapa? 2 tahun dah aku tahan dengan perangai kau tu! nasib baik daniel ada! memang kebanyakan mak tiri ni kejam ke macam mana ha?! aku ni dah ibarat cinderella versi Melayu dah! "ngomel ku dalam hati

akupun keluar daripada rumah itu, masatu hujan, tak kena dengan time betul! kalau ye pun nak hujan, hujan lah esok ke, lusa ke, err! akupun berjalan, dalam setengah jam macam tu lah aku jalan, dah lah sekarang jam 9:00 malam, seram sejuk aku dibuatnya, tiba-tiba, aku ternampak kelibat seorang lelaki pergi ke arahku, kerana keletihan, akupun pingsan, bukak je mata, aku ada kat satu bilik ni, bila aku bukak pintu, riuh rendah semua, dengan lampu nya berkelip kelip, perempuannya pula semua seksi tahap gaban! sah itu kelab malam! tiba-tiba, baru aku perasan yang tiba-tiba baju aku lain, ni kes orang dah tukarkan ni! 40 minit aku berfikir, macam mana nak keluar ni? kena pulak sekarang ni dah jam 12:00 tengah malam! nasib badan....

tiba-tiba, aku ternampak sebuah tingkap yang terbuka luas, tanpa melengahkan masa lagi, akupun terjun ke bawah, nasib hidup lagi, akupun lari, nasib baik tak de orang yang perasan, setelah jauh aku berlari, aku ternampak sebuah kereta, akupun memberhentikan kereta itu ,nasib baik kereta tu sempat break, kalau tak memang nahas aku kat situ, tiba-tiba, aku pingsan lagi sekali, banyak kali aku pingsan malam ni, antibody tak kuat kot

keesokan paginya, akupun bangun, tiba-tiba, aku berada di sebuah bilik yang mewah, cantik, hiasannya pun menarik, akupun bangun lalu keluar dari bilik itu

"ada sesiapa ke kat sini? "tanyaku

"bangun dah ke? kenapa tak pingsan sampai esok je? "tanya seorang lelaki, siapa pulak Mamat kerek ni

"boleh saya tau encik ni siapa? "

"aku? hahaha! betul kau tak kenal aku? "

"tak"pendekku menjawab

"aku adalah seorang CEO di syarikat yang paling terkenal di malaysia, nama aku Aiman Syafiq ,just call me Syafiq"

"ouh, terima kasih eh encik Syafiq sebab bagi saya tidur rumah encik Syafiq yang cantik ni, saya berterima kasih sangat, saya pergi dulu ye? "

"kau nak pergi mana? aku belum siap dengan kau lagi"

"siap"tanyaku dalam hati

"apa lagi encik? "tanyaku sopan

"kau ingat, kau boleh lari macam tu je? aku nak kau jadi maid aku"katanya angkuh

"maid?! "

"ya, kau ingat, semua dalam dunia ni free ke? "

"tapi-

"tak de, aku nak kau kerja dengan aku mulai harini jugak! faham? "

"faham-faham, tapi, takkan saya nak pakai baju ni? "

"ouh ye, lupa nak tanya, kau ni memang pelacur ke macam mana ni? kenapa seksi sangat baju kau tu? "

"tak encik, sebenarnya, saya.... "akupun bercerita dari A-Z

"so kau ni sebatang kara lah? "

"ye"

"elok lah tu, sekarang, aku nak kau pergi tukar baju! kat bilik yang kau tidur tu, ada banyak baju-baju perempuan, aku nak kau pergi tukar baju SEKARANG!! "

"ye-ye, sabar lah encik, ingat saya ni robot ke nak buat laju-laju, tunggu lah kejap, ouh ye, cik ni CEO kan? tapi kenapa saya sorang je maid encik? tak cukup budget ke? "kataku menahan gelak

"kau tak payah nak sebok hal aku! pergi sekarang! "

"ok-ok, encik ni garang ler"

"don't call me ENCIK, call me mr.Syafiq okay"

"ye lah MR.SYAFIQ" kataku lalu terus naik ke atas, kenapalah Mamat ni rajin sangat letak baju kat tingkat 4,dah lah rumah sebesar flat! nasib baik ada lift, kalau tak, memang patah lah kaki aku ni naik turun tangga setiap hari, gaji aku sebulan dalam RM10000 macam tu, so aku tak hairanlah, dia ada buat account bank untuk aku, so duit gaji aku dia akan simpan dalam tu, hish, kat rumah mak tiri jadi maid, kat rumah Mamat kerek ni pun aku jadi maid, aku pun ada cita-cita, aku belajar sampai USA tau, tapi dapat kerja maid jugak, nasib baik gaji besar, tapi sebesar-besar gaji tu, besar lagi rumah ni, payah nak kemas ni hoi!!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience