bab 7

Romance Completed 17878

dalam 2 jam macam tu lah aku berkurung dalam bilik tiba-tiba syafiq mengetuk pintu bilikku

"nak apa? "tanyaku sambil membuka pintu

"ambik paper bag ni"katanya lalu melemparkannya padaku

"mak aih, banyak nya, apa ni? "

"aku suruh Farid tolong belikan baju-baju tu untuk kau tadi, pilihlah mana yang kau nak pakai malam ni, yang lain-lain tu kau simpan"

"ouh, tapi ni bukan baju je, siap ada jam, kasut, MAKE UP pun ada jugak? "

"ye, tu semua barang-barang yang kau perlukan untuk malam ni, kau jangan nak hampakan aku eh, pakai cantik-cantik "

"hek eleh, saya pakai apa pun cantik lah, tengok muka lah"

"tak payah nak perasan cantik sangat, pegi kemas baju-baju kau tu"

"tau lah"

malam kian larut, akupun bersiap-siap, aku memakai gaun paras lutut yang berwarna hitam, akupun memadankannya dengan kasut dan beg tangan yang berwarna hitam berkilat, make up tak lah tebal sangat, sikit-sikit je, asalkan lawooo, aku pun keluar dari bilik, lalu turun ke tingkat bawah, kulihat Mr syafiq yang sedang menunggu ku di dalam kereta mewahnya, faridpun membuka pintu kereta untukku, akupun naik lalu duduk dengan selesa

"Mr, ok kan baju ni? "tanyaku

"ok, cantik sangat, sesuai dengan kau"

"of course, eh, baru perasan yang kita sedondon kan? colour hitam" kataku lagi, handsome jugak dia ni, dia memakai t-shirt berwarna putih dan dibaluti dengan coat yang berwarna hitam

kami diam sahaja sepanjang perjalanan, tiada apa pun yang harus dibincangkan, akhirnya, kamipun sampai di sana, mewah betul restoran tu, maklumlah, kaya kan, mana nak makan kat gerai mamak, kamipun masuk ke dalam dan memilih tempat duduk, vvip kau!

makanan pun sampai, akupun apa lagi, makan ler, akupun meninjau-ninjau kawasan sekeliling, cantik

"kau tengok apa? "tanya syafiq

"tengok apa? "tanyaku pelik

"tak lah, dari tadi aku tengok kau pandang sana,pandang sini"

"ouh, saya tengok ni ha, suasana malam ni, indah kan? "

"muka aku ni pun indah jugak, tak nak tengok ke? "tanyanya sambil tersenyum

"tak nak lah, saya pun dah meluat tengok muka Mr hari-hari, boring"

"Amboi, aku hantar kau balik rumah mak tiri kau eh? "

"okay, saya pun dah rindu dengan abang daniel walaupun baru je tadi siang dia datang"

"kau ni asyik abang daniel kau je, jom lah balik"

"kenapa pulak dah Mamat ni"kataku dalam hati, akupun mengekorinya dari belakang lalu masuk ke dalam kereta semula, makanan aku tak habis lagi kot, kau dah suruh aku balik! errrr

sesampainya aku dirumah, aku terus menukar baju , syafiq macam biasa lah, berkurung dalam bilik! tak de kerja lain teruna tu, aku pun membiarkannya lalu pergi ke dapur untuk makan, mana tak nya, aku lapar kot

tengah berselera aku makan kat dapur, tiba-tiba syafiq datang sambil membawa sekeping pinggan,entah macam mana dia boleh tak nampak aku kat sini, aku pun sound lah

"woi, lapar ke? "tanyaku

"eh, macam mana kau boleh ada kat sini"tanyanya pelik

"saya dari tadi kat sini, Mr je yang tak perasan, harap mata je besar"kataku lalu pergi ke sinki untuk mencuci pinggan

"lah ye ke"

"ye, bye, nak tidur"kataku

"tak nak temankan aku ke? "tanyanya, manja betul lah laki ni

"tak nak, kalau abang daniel tak pe jugak"

"kau ni asyik abang daniel kau tu je! tak de orang lain ke? "

"eleh, Mr kenapa ni? takkan jeles kut"

"memang aku jeles pon! "

"kenapa pulak? "

"kau kan girlfriend aku"

"pembetulan, 'fake girlfriend' okay? "kataku lalu terus masuk ke bilik, entah lah kenapa tiba-tiba aku tersenyum-senyum, takkan aku dah sayang dia kot, tapi aku rasa ya, aku dah sayang dia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience