bab 8

Romance Completed 17878

keesokannya, aku bangun dan membuat sarapan,masuk sahaja dapur,aku terkejut,aku ternampak syafiq sedang tidur,ngantuk sangat agaknya

"Mr kenapa tidur kat sini,bangun lah"

"airish"katanya lalu memelukku

"apa ni Mr"kataku lalu melepaskan pelukannya

"betul ke kau tak sayang aku?"

"eh,kenapa tanya macam tu?"

"sebab aku sayang kau"

aku terdiam lalu menolaknya ke dalam tandas

"pergi mandi dulu,busuk"

"ye lah"

3 bulan sudahpun berlalu, aku dan syafiq semakin rapat, 2 bulan lepas, syafiq telahpun mendapat tawaran sebagai seorang pelakon, mungkin kerana penampilan dan 'fans'nya yang ramai, tetapi, disamping berita gembira, ada jugak sedihnya iaitu, pada minggu yang lepas, aku telah dikhabarkan dengan pemergian ibu tiriku, sedih, memang sedih, walaupun aku tau dia pernah sakitkan aku, tapi dia jugak yang pernah jaga aku, kalau dia tak ada, mungkin aku dah mati sekarang

"syafiq, meh turun breakfast dulu"

"alah, tapi aku dah lambat lah ,nak shooting lagi ni"

"ke Mr nak makan kat sana? "

"aku nak makan kat sana je lah"

"ok"

akhirnya dia pergi, akupun mengemas biliknya, kini, aku ternampak album itu lagi sekali, aku bertekad untuk bertanya pada syafiq, siapa perempuan tu? akupun menunggunya sampailah malam, akhirnya dia balik

"Mr, lambatnya balik"sambutku mesra

"hmm"jawabnya malas, penat agaknya

"Mr, nak tanya ni, siapa perempuan dalam album ni? "tanyaku sambil menghulurkan album itu

"kalau kau nak tau, dia lah girlfriend aku"

"g.. girl.. girlfriend Mr? "tanyaku gugup, habistu aku ni siapa dalam hidup dia?

"ye, tapi malangnya dia curang, dia dah ada lelaki lain sekarang"

"so selama ni, Mr hanya gunakan saya untuk lupakan dia? "

"memangpun, kenapa? "

"habistu? 3 bulan lepas? yang Mr kata Mr -

"sayang kau? kau percaya ke apa yang aku cakap tu? "tanyanya sambil tersenyum sinis lalu naik ke biliknya

akupun berlari kebilik lalu menangis teresak esak

"selama ni kau mempermainkan perasaan aku? kenapa kau buat macam ni? apa salah aku kat kau? kenapa kau tak cakap dari awal? kenapa perlu sekarang? kau tau tak aku sayang kau gila! kau tau tak? kenapa perlu kau bagi aku harapan? salahkah aku suka kepada seorang lelaki? ataupun cinta memang tidak berpihak pada aku? "malam itu, akupun membuat keputusan untuk keluar dari rumah itu, hanya dengan bertangan kosong, aku lari dan terus pergi ke rumah arwah ibu tiriku iaitu rumah abang daniel

syafiq P.O.V

"kenapa aku cakap macam tu? aku memang dah sayangkan dia, kenapalah mulut aku ni degil sangat cakap macam tu? kejamkah aku? tak pe lah, esok aku boleh mintak maaf"

keesokannya,

"airish, oh airish, tidur lagi ke? kenapa tak buatkan aku breakfast ?"tanyaku, tapi malangnya tiada sahutan

"airish, airish ok ke tu? aku pegi naik bilik kau eh"kataku lagi, tapi malangnya tetap tiada sahutan

akupun membuka pintu biliknya, tidak terkunci, bila aku carik dia, dia tak ada, mana dia? adakah dia lari sebab semalam? betulkah dia memang dah sayangkan aku? aku kena carik dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience