Rate

BAB 1

Romance Completed 813

Riffah baru sahaja keluar dari tandas. Itulah rutinnya selepas loceng
rehat berbunyi. Dia tersenyum lebar.

“Riffah , lelaki kau suka tu lepak kat tempat biasa.” Siew Ling menghampiri
sahabatnya.

“Ye ke? Ini sudah bagus!” Riffah melebarkan senyumannya. Dia suka lelaki
itu.

Sonia hanya mencebik.

“Kenapa you begitu suka dengan lelaki bermasalah? You cari nahas aje.”
Kata sahabatnya yang berbangsa India itu.

“Sonia , I suka dia sebab dia selamatkan I masa I jatuh dulu.” Jelas
Riffah .

“Tapi kan tak mungkin sebab dia selamatkan you, you dah jatuh cinta
dengan dia. I tak percaya. I tak percayakan cinta.” Tegas Sonia .

Sonia memang tidak suka orang bercinta. Dia betul-betul tidak suka cinta.

“Sudahlah Sonia . I nak pergi skodeng dia. I kan gadis yang comel dan...”

“Gedik!” sambung Sui Mei.

“Sui Mei!!” marah Riffah .

Mereka bertiga sengaja lalu depan tempat lelaki misteri itu melepak. Di
mana? Mana lagi, di depan tandas lelaki. Inilah lelaki. Banyak-banyak
tempat depan tandas juga menjadi pilihan.

“Hai M!” sapa Riffah .

Dahi M berkerut. Dia kurang senang dengan perempuan ini. Tiada perempuan
yang berani bercakap dengan dia tetapi perempuan ini, macam tak takut aje.

“Nah!” tiba-tiba Riffah memberi sejambak bunga kertas yang dipetiknya.

Wajah M sudah merah.

Kawan-kawan M sudah menahan gelak. Apa kena dengan minah ni bagi aku
bunga? Bunga kertas pula tu.

“Ambiklah. Jangan malu-malu. Aku suka kau, boleh tak?” kata Riffah . Dia
memang berani kalau bab perasaan. Kalau dia suka, dia cakap suka. Kalau
tak suka, dia cakap juga tak suka. Tak payah nak pendam-pendam.

“Jom blah!” ajak M. Sakit jiwa dia tengok perempuan ni.

“Eh, tunggu la dulu!” panggil Riffah tetapi M terus berlalu.

Riffah termenung. Salahkah aku terlalu jujur dengan perasaan sendiri? Dah
aku suka dia. Aku luahkan la. Apa susahnya? Sakit jiwa. Aku ni nampak
macam huru hara sikit tapi aku belajar okey aje. Sokmo number one! So,
dia nak apa lagi. Cakaplah! Stress Riffah di buatnya.

“Entah-entah dia malu sama lu la, Han.” Kata Sui Mei.

“Kenapa malu?”

“Ya loh. You number one this school tapi si mamat tu last sekali dalam
tingkatan lima ni.” Jelas Sui Mei.

“I tak kisah pun, Sui.” Riffah tersenyum. Dia suka melihat wajah dingin M.

“Eh, dia lelaki ma. Mesti ambil kisah.” Kata Siew Ling lagi.

“Ye ke? I tak ambil kisah pun.” Balas Riffah . Siew Ling hanya mampu mengeluh.

“Nasib la I dapat kawan macam you ini. Tidak mahu mengerti.” Sui Mei
terus menggigit epal merah kesukaannya. Hanya itu yang dimakannya
apabila waktu rehat.

“Mana Sonia ?”

“Dia ada masalah dengan geng tak cukup sifat ma.”

“Geng minah-minah perasan bagus tu?” soal Riffah . Siew Ling hanya
mengangguk. “Jom kita pergi tengok. Kasihan kawan kita tu nanti.”

Riffah dan Siew Ling mula bergerak tetapi langkah mereka dihalang oleh M.

“M...” Mata Riffah bersinar. Dia suka M halang-halang dia macam tu.
Hatinya berdebar hebat.

“Aku nak warning kau. Jangan cuba-cuba nak cari pasal dengan aku.” jari
telunjuk M tepat di hidung manjung milik M.

“Aku cuba cari cinta dengan kau aje.” Terus terang Riffah .

“Kau sedar tak? Aku ni hodoh. Tak berapa nak putih. Gangster sekolah.
Cubalah cari lelaki yang baik sikit.” Nasihat M. Kalau perempuan ni suka
lelaki lain, aku takkan terganggu macam sekarang ni. Cepat-cepatlah kau
dapat jodoh. Doa M.

“Suka hati aku nak suka kau. Kalau kau tak suka aku, aku akan buat kau
suka aku.” Riffah tersenyum.

“Jom blah!” M tak sanggup nak dengar lagi apa yang dikatakan oleh Riffah .

“Jangan pergi dulu. Kita keluar date petang ni nak tak?” ajak Riffah .

“Tak nak!”

M terus berlalu pergi.

Ala M ni, aku baru nak gedik, dia dah blah. Nasib la.

M sedang melepak di tempat biasanya.

“Bos, kenapa bos tak suka minah gedik tu?” soal Samir .

“Kau sendiri panggil dia gedik, kau suka perempuan gedik?” Soal M. Dia
anti betul apabila perempuan itu dikaitkan dengannya.

“Bukan gedik tapi manja, bos.”

“Banyaklah kau.”

Tanpa sesiapa tahu, M adalah pelajar cemerlang. Dia sengaja malas
belajar di sekolah tetapi di rumah dia lebih banyak belajar dari
melepak. Itulah sikapnya yang pelik. Mama dan papanya begitu sibuk
mencari duit dan tinggalkan dia sendirian di Villa yang tiada siapa yang
tahu di mana sebab sekolah yang dibelajar itu berada di pedalaman dan
mempunyai asrama. M tinggal di asrama tersebut.

“Bos, MG datang.” Bisik Samir .

Mereka berdua kerana Riffah tidak ke sana. Malah berlari masuk ke tandas
perempuan.

“Di tak tahan nak berak kot.” Kata Samir . M hanya angguk kepala tetapi
kenapa dia menangis? M pula buntu.

“Riffah , sabar. Janganlah menangis.” Pujuk Sonia .

“Betul tu ma.”sokong Sui Mei.

“Mana aku tak sedih. Ayah aku nak pindah pula. Aku nak mohon asrama dia
tak bagi.” Luah Riffah .

“Sabar la.”

“Aku takkan dapat jumpa korang dan M lagi.” Riffah menangis. Sonia dan
Siew Ling memeluk Riffah . Mereka berdua juga turut bersedih.

“Tak apa, Riffah . You jangan lupa kami di sini tau.” Pesan Sonia .

“Takkan lupa selamanya.” Janji Riffah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience