Rate

BAB 2

Romance Completed 813

Riffah gembira dengan kehidupannya sebagai seorang penjual insurans
yang disegani. Memang susah nak cari pelanggan tapi aku suka aje tengok muka
orang berkerut apabila aku bercakap. Lagi sekali Riffah tersenyum.

“Riffah , aku dah tolong kau cari seorang pelanggan. Dia ahli perniagaan
yang berjaya.” Kata Maya.

“Berjaya tapi baru nak beli insurans? Macam tak logik aje.”

“Kau layan aje la dia. Tengah hari ni kau pergi kedai ni. Dia nak
belanja kau makan.”

“Biar betik kau? Entah-entah pak cik tua mana entah.” Riffah cuba mengelak.

“Hmmm, pergi aje la. Banyak bebel pula.”

“Yes boss!!”

Riffah pergi ke tempat yang dikatakan oleh Maya. Ini yang aku lemah ni.
Aku mana makan benda alah ni. Aku manusia biasa aje.

“Jemput masuk. Cik Riffah .” Kata seorang lelaki. Ya Allah! Aku memang tak
perasan ada orang kat situ. Muda lagi mamat ni. Macam sebaya aku aje.

“Saya Muhaimin Ilyass .” Lelaki itu memperkenalkan diri.

“Ya, terima kasih.” Ucap Riffah kerana Muhaimin menjemputnya masuk.

“Duduk la.” Ramah sekali Muhaimin .

“Ya.” Gagap Riffah di buatnya. Sejak bila aku berperangai macam ni. Mula
nak mengedik ni. Perasaan ini bila aku dengan M aje tapi dia bukan M.
Serius bukan. Entah-entah M ada kembar? Tak mungkin la.

“Cik Riffah .” Tegur Muhaimin apabila melihat Riffah termenung.

“Alamak!”

“Apa yang alamak?!”

Riffah sudah mula menggelabah.

“Eh, tak ada apa-apa!” Riffah melabuhkan punggungnya di lantai. Dah orang
jepun makan memang dalam keadaan begini. Alamak, banyak gila makan
masakan jepun yang encik MI ni order. Macam sepuluh orang nak makan.

“Okey. Sebelum kita berbincang lebih lanjut, kita makan dulu ye?” kata
Muhaimin . Dia sudah mengambil pengepit makanan.

“Kejap!” tiba-tiba Riffah menghalang. Dia ada sesuatu yang mahu di kata.
Tapi hakikatnya dia sedang mencari alasan supaya dia tidak perlu makan
semua ini. apa ye?

“Ada apa cik Riffah ?” Muhaimin memandang Riffah . Pelik juga.

“Hmm sebenarnya saya puasa hari ni. Puasa hari isnin.” Jelas Riffah .
Jelas-jelas aku dapat dosa. Puasa ganti pun tak habis lagi aku ganti,
ada hati nak buat puasa sunat.

“Maaf! Saya tak tahu yang Cik Riffah puasa. Kenapa cik tak bagitau
awal-awal?” tanyanya.

Riffah hanya mampu tersengih.

“Tak apa. Encik Muhaimin makan dan saya cakap pasal insurans saya ya?”
cadang Riffah . Tiba-tiba rasa diri ini tidak profesional. Kenapa ya?

“Kalau macam tu, kita bincang lain kali la.” Lelaki itu berdiri.

Eh, nak ke mana tu? Makanan ni tak nak makan ke? Ini satu pembaziran.
Aku ni pantang orang membazir.

“Encik Muhaimin Ilyass .” Panggil Riffah .

Muhaimin yang sudah memakai kasutnya kembali berpaling. Dia memandang
wajah Riffah .

“Ada apa?”

“Makanan tu?” Riffah menunjukkan makanan yang banyak atas meja berkaki
pendek itu.

“Tak apa. Biarkan sahaja.” Muhaimin membelakangi Riffah semula.

“Encik Muhaimin Ilyass . Ini satu pembaziran dalam agama Ilyass . Baik encik
pergi makan.” Nasihat Riffah .

Muhaimin rasa terpukul dengan kata-kata Riffah . Dia memanggil pelayan dan
meminta semua makanan di bungkus.

“Untuk awak. So, tak membazirkan? Nanti kita jumpa lagi. Selamat
berbuka.” Muhaimin terus berlalu pergi.

“Apa kena la mamat ni? Kan aku jadi perempuan gedik baru kau tahu betapa
buruknya aku bila begitu penat aku datang.” Geram Riffah . Dia ambil juga
bungkusan itu. Sampai sahaja di pejabat, dia bagi kawan-kawan sekerja
makan. Memang tak membazir.

Penatnya seharian bekerja. Rindunya pada kau orang berdua. Riffah melihat
gambar sahabatnya Sonia dan Sui Wei.

Usai mandi, Riffah terus membuka akaun fac. Sekarang ni ramai
suka buka fac. Aku suka buka fac sebab dia, M. Walaupun
fac dia tidak aktif lagi dan hanya ada 10 rakan dalamnya tetapi aku
gembira. Setiap hari mesti ada aje komen aku di ruang wall dia. Walaupun
aku tahu dia tak akan memberi respon tetapi aku tetap nak tulis.

Hanya seorang yang rajin membalas komennya, Samir . Riffah tersenyum hari
ini dia meluahkan perasaanya.

-Hari ni aku berperasaan gedik macam kau ada dengan aku, Mr.Gangster-

Nama fac M ialah Mr.Gangster. Gangster la yang buat aku jatuh cinta
dengan kau M.

Hari ini pun ada – Samir Macho

Mamat ni dah muncul. Suka hati akulah nak tulis apa.

Ada apanya? – Riffah Panini

Padan muka kau. Sibuk aje. Riffah tersenyum. Dia menanti jawapan daripada
Samir .

u gedik hari ni? –Cik Sonia

Mak ai, kawan aku! Aku nak gila ni. Gembira punya pasal. Dia ada
rupanya. Makin lebar senyuman Riffah .

Sonia , I tak tahu naper I gedik macam tu. Nasib baik masih terkawal-
Riffah Panini

Rindu betul dengan kawan-kawan. Samir muncul.

Buat-buat tanya pula. Kau nak aku berpantun ke? Kan aku dah bagitau
rahsia kau yang FB buah hati kau ni tak berfungsi dah. Dia tak guna FB –
Samir Macho

Ada aku kisah – Riffah Panini

Ambik kau! Geram Riffah . Aku memang dah mengamuk ni. Suka hati aku la.
Lagi pun aku tahu dia berpura-pura. Aku pernah nampak dia komen tetapi
lepas tu dia delete. Aku yakin dia baca apa yang aku tulis ni.

Riffah sudah malas melayan Fac zaman sekolah ni. Dia segera buka
fac kerja pula.

“Nak tulis status apa yer?” Riffah berfikir seketika.

Sedap tak makan sushi hari ni? Orang belanja mesti sedap kan?-Penjual
insurans

Riffah tersenyum. Memang sedap juga sushi ni tapi aku masih tak suka nak
makan. Ada orang komen la. Riffah segera klik.

Ada orang tu kata tak makan sushi tapi makan banyak aje tadi– Maya Asli

Apa pula ni? Jangan la heboh-heboh Maya. Riffah sudah tidak sedap hati.
Ada lagi orang yang komen. Riffah memang bagi open facnya. Sesiapa
pun boleh komen. Senang dia mahu buat promosi tentang insuransnya kepada
orang ramai.

Kata puasa... – Muhaimin Ilyass

Ketika itu Riffah ingin minum air tetapi tersentap hatinya ketika dia
melihat nama itu. Muhaimin Ilyass .

“Patutlah aku rasa tak sedap hati. Mamat ni rupanya. Apa aku nak balas?
Dah terkantoi ni. Ini mesti Maya yang bagitau dia yang ini fac
aku.” Riffah tidak tahu mahu balas apa tapi dia cuba juga.

Memang puasa tapi bila sampai pejabat ABC pula – penjual Insurans

Hhihihihihihi – Maya Asli

ABC? Kenapa gelak, Maya – Muhaimin Ilyass

Abang Ilyass kelakar... – Maya Asli

Abang tak buat lawak ok – Muhaimin Ilyass

“Kenapa dua orang ni macam berkasih sayang aje?” Riffah sedikit keliru.
Dia menaip sesuatu.

Korang berdua ni kapel ke? – Penjual Insurans

Wei Riffah , ni abang sepupu aku la – Maya Asli

Hihihhi Hai Riffah – Muhaimin Ilyass

“Oh, tidak! Aku terkena. Boleh pula mamat ni main hai hai pula.” Geram
Riffah . Dia geram dengan Maya sebab gadis itu seperti tidak mengenali
Muhaimin Ilyass .

Hai hai bye bye – Penjual Insurans

Itu untuk balasan orang yang buat aku geram. Aku terus log out. Riffah
menarik selimut dan tidur. Lagi bagus!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience