Rate

BAB 3

Romance Completed 813

Muhaimin Ilyass termenung. Kata puasa, dia tipu aku ya? Tak berubah
langsung minah ni. Tak kan dia tak tahu nama aku. Aku ni lelaki yang dia
suka dulu. Tapi dia macam tak kenal aje. Dah banyak kali aku sebut nama
tapi buat donno aje.

Muhaimin masih menanti balasan Riffah dalam facebok tetapi gadis itu hanya
mendiamkan diri sahaja. Dah tidur ke? Teka Muhaimin .

Akhirnya, Muhaimin juga tertidur.

Awal pagi esok, Muhaimin menghubungi Riffah .

Muhaimin menanti dengan sabar panggilannya dijawab oleh Riffah .

“Ada pun, Assalamualaikum.” Muhaimin mengukir senyuman.

“Waalaikumusalam. Kejap! Kejap!” Riffah berkata.

Eh, kenapa dengan minah ni? Muhaimin pula yang terasa pelik.

Bukk!

Satu bunyi kedengaran.

“Riffah , kau okey?” risau Muhaimin . Gangsternya muncul. Dia tiada kesabaran
lagi.

“Aduh! Maaf kita terjatuh katil masa lipat selimut.” Kata Riffah .

“Lipat selimut?” Muhaimin mula keliru. Minah ni lipat selimut sambil
berdiri atas katil ke? Macam pelik aje. Macam-macam Muhaimin bayangkan.

“Ya, encik? Nak beli insurans ke?” soal Riffah

“Ya. Saya Muhaimin Ilyass .” Muhaimin memperkenalkan diri.

Hampir terlepas telefon bimbit Riffah apabila nama tersebut disebut.
Kenapa dia telefon aku di pagi ahad. Kan cuti. Kalau nak beli insurans
pun, hari isnin kan ada.

“Cik Riffah .” Panggil Muhaimin . Dia cuba mengawal suaranya. Sebenarnya dia
sudah lama sukakan Riffah tapi sikap gedik dan manja yang dikatakan oleh
Samir itu membuat dirinya segan untuk mengakui perasaan itu.

Muhaimin dapat tahu mengenai Riffah apabila adik sepupunya menyebut nama
Riffah .

“Riffah !” tiba-tiba suara Muhaimin tinggi.

“Kenapa dengan abang Muhaimin ni?” Maya sedikit terkejut.

“Ya, kawan kamu tu nama apa? Riffah apa?”

“Riffah Hashim. Kenapa?”

“Oh! Dia jual insurans juga ke?” soal Muhaimin lagi.

“Ya.”

“Abang nak beli insurans dengan dia. Boleh tak?” pinta Muhaimin .

“Boleh aje.” Kata Maya. Dengan aku tak nak beli ke?

“Encik Muhaimin Ilyass .” Panggil Riffah .

Muhaimin tersedar. Dia sempat teringat perbualannya dengan Maya mengenai
Riffah .

“Ya! Kita jumpa hari ni. Waktu tengah hari.” Rasanya perasaan ini tidak
dapat ditahan. Aku nak jadi gedik juga ke? Soalnya sendiri dalam hati.

“Di mana?”

“Di...” belum sempat Muhaimin katakan pantas Riffah yang menjawab.

“Di Carls Junior Mayvelly ye?” ajak Riffah . Setujulah wahai pelangganku. Setuju
please!!!! Hatinya meraung.

“Baiklah. Kat situ kita jumpa.”

“Alhamdulillah.” Ucap Riffah .

Talian di tamatkan.

Aku mesti buat ikat dia hari ini juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience