Rate

Episod 1

Short Story Series 2467

Suasana di sekitar air terjun sangat mendamaikan. Sesekali kedengaran gelak tawa sepasang suami isteri, sekumpulan kekawan dan juga sebuah keluarga yang seronok bermandi-manda. Kelihatan juga, beberapa pelancong yang mula menaik ke darat kerana kesejukkan air diwaktu senja begini. Ameer Afiq tidak mandi, dia hanya berduduk sambil memerhati sekeliling. Dia datang ke kawasan itu kerana ingin menenangkan fikiran dek kerana umurnya yang kian menghantui hidupnya.
"Papa mahu cucu Ameer, tapi macam mana kalau kamu belum berkahwin" - Datuk Arsyad Aqil
"Ameer tahu papa, bukan Ameer tak nak kenalkan dengan papa. Dalam masa setahun Ameer akan bawa jumpa papa dan mama" - Ameer Aqil
"Sebulan!" dengan segera Datuk Arsyad berlalu, pening kepalanya memikirkan satu-satunya pewaris dia yang sudah menjejak umur 35tahun itu.
Huhh! Terlepas lagi keluhan Ameer Aqil. Sedang dia mengimbas kembali kata-kata papanya baru dia tersedar hanya tinggal dia seorang yang masih berada di tepi air terjun itu. "Ahh patutlah, jam sudah menunjukkan pukul 7 petang, baik aku segera pulang". Dengan langkah yang diatur menuju ke kereta tiba-tiba dia terdengar seseorang menjerit, "Tolong, tolonggg, sesiapa tolong!" tengelam timbul suara wanita itu yang sedang berusaha meminta bantuan. Ameer Aqil yang sedar hanya dirinya masih berada di situ dengan segera terjun ke air lalu membawa wanita itu ke daratan. 'yaa allah, apa nak buat ni. Macam mana ni, selalu nampak kat tv senang pula' namun dalam keadaan begini hanya Ameer yang diharapkan. 'Buat ajelah, nak ke dia mati nanti aku juga yang salah' lalu Ameer menekan-nekan dada wanita itu sehingga tersembur air keluar dari mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience