Rate

Episod 3

Short Story Series 2467

Awal pagi lagi Ameer Afiq sudah terpacak di office. Ameer sengaja pergi kerja awal kerana mahu mengelak bertembung dengan Datuk Arsyad Aqil sehinggakan sarapan yang dibuat makcik Leha tidak dijamah sedikit pun.
Ameer menekan terkom ke bilik Farhan namun tiada jawapan lalu terus ke kaunter, "Shila, mana Farhan?" tanya Ameer Afiq "Farhan belum sampai Encik" lalu Ameer memutuskan talian terkom selepas mengucap terimah kasih pada Shila. 'Takkan aku nak bawa Shila breakfast, alah! pergi sorang jee laa' Ameer bingkas bangun kerana perutnya suda mendendangkan lagu penuh beremosi.

Qila mengambil secedok mee dan telur mata kerbau serta memesan milo ais pagi itu. Selera laparnya meninggi gunung dek kerana malam semalam dia hanya makan sedikit sahaja. Setelah melabuhkan punggung di sebuah meja yang berada di hujung sekali dia menunggu kelibat Aira Nissa terlebih dahulu.
"Eh cik Qila, makan je dulu. Ala saya nampak cik Qila lapar betul, sebab tu saya ambil makanan sambil lewa je, maaf ye"
Setelah selesai membaca doa Qila makan dengan hati yang riang kerana terlalu lapar dia tidak perasankan lelaki yang asyik merenungnya sedari tadi.

Ameer Afiq yang baru sahaja selesai makan tidak jadi untuk balik ke office setelah melihat wanita yang diselamatkan tanpa ucap terima kasih itu.

Kau siapa?! Berani kau sentuh aku. Ameer tergaman melihat gadis depannya, bukannya dia mengambil kesempatan dia hanya ingin menolong. Tanpa berlengah Qila berlalu dari situ. Ya! Qila gadis sombong yang dia selamatkan itu.

Dengan langkah diatur Ameer Afiq segera berlalu dari situ 'huh! Tiada masa nak berkenalan bagai'
Shila yang menyedari kehadiran majikannya segera memaklumkan kepada Farhan yang baru sebentar tadi sampai.

Farhan mengetuk pintu bilik Ameer Afiq sebelum melangkah masuk setelah menerima kebenaran.
"Meer kau ada meeting dengan produksi dari Singapura lepas lunch" Farhan mengingatkan. Farhan sebaya Ameer cuma Ameer tua bulan darinya. Tidak seperti seorang majikan dengan pekerjanya mereka berkawan karib sejak dibangku sekolah. Oleh kerana, kesempitan wang Farhan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading. Mujur dia bertemu semula dengan Ameer, ah! Dunia ini kecil sahaja. "Okey" balas Ameer.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience