Rate

Episod 2

Short Story Series 2467

Qila Natasha rimas dengan soalan yang bertalu-talu ditujukan kepadanya oleh pembantu peribadinya.
"Cik Qila, kenapa balik basah-basah ni?"
"Cik Qila ke mana tadi?"
"Pengarah tangguhkan semua 'scene' harini sebab cik Qila takda"
Entah apa perlu dia katakan lalu terus sahaja dia masuk ke bilik. Badanya sudah terasa melekit-lekit terus sahaja dia menerjah masuk ke bilik mandi. Selesai mandi Qila Natasha masih teringat-ingat akan kejadian di tapak pengambaran tadi.

"Kamu perlu tingkatkan kemahiran kamu, syarikat ini bukannya kecil bukan senang dapat kontrak bekerjasama dengan Indah Holding ni. Kamu sepatutnya bertuah kerana dapat menjadi pelakon tajaan sepenuhnya syarikat ini. Kalau pasaran meningkat kamu juga yang terkenal. Jangan anggap perkara ini sambil lewa, CEO syarikat Indah Holding sangat tegas orangnya. Jika kamu tidak tonjolkan bakat kamu CEO iaitu Datin Rebecca senang sahaja cari pengganti! "
Tergiang-giang di teliga Qila Natasha akan kata-kata pengarahnya. Selama dia menjadi pelakon bermacam jenis syarikat tidak pernah dia menerima tamparan yang negatif begini.
'Huh! Tidak apa, ini baru permulaan dan saya akan buktikan kepada warga Malaysia'

Qila Natasha seorang anak tunggal daripada sepasang suami isteri di Singapura. Ibunya menjahit pakaian yang ditempah, biasa-biasa sahaja. Ayahnya pula, Pemandu Bas Sekolah . Kedua-dua ibu bapanya tiada pendapatan tetap. Sejak kecil lagi ibunya akan menjahitkan baju untuknya ke majlis sekolah rendah sehingga sekolah menegah. Qila juga tidak pernah menghadiri majlis hari jadi rakan-rakannya. Bermula dari situ tekad Qila untuk membuka Butik Kecantikkan membara, Qila akan berusaha bersungguh-sungguh demi ibu dan ayahnya.

Aira Nissa yang sedang asyik menyemak kertas lantas bangun meluru ke arah Qila Natasha apabila melihat majikannya itu, dia membaca semua jadual yang perlu Qila Natasha lakukan esok hari. Disebabkan beberapa jadual hari ini yang terlah tertangguh maka jadual keesokkan begitu padat sekali. Terlepas rasa lega Aira Nissa pembantu peribadi Qila Natasha setelah diberi arahan untuk mengkhabarkan kepada pengarahnya bahawa Qila memohon maaf.

"Aira bersiap sedia lah. Kita makan kat luar" kata Qila lalu masuk ke bilik semula.
"yess, macam tahu jee aku tengah lapar" sambil meluru masuk ke biliknya menukar pakaian dan mengenakan tudung.
Aira memerhati Qila asyik termenung, makanan di hapadan asyik di kuis-kuis. "Cik Qila okay ke?" apabila melihat Qila tidak memberi tindak balas "Cik Qila!". Terpandang-pandang Qila ke kiri dan kanan "Mana pekerja?" tanya Qila. Aira kehairanan tidak terjawab soalan Qila, "Kata nak bayar?" sambung Qila semula. Barulah Aira paham lalu mengekek ketawakan Qila "Saya tanya Cik Qila, okay tak saya tengok cik Qila asyik termenung jee, kesian nasi tu tak dijamah pun" lalu menghirup sirap limau ais yang dipesan seketika tadi, terasa segar tekak.
Qila masih berkira-kira sama ada mahu menceritakan kisah dia di kawasan air terjun tadi atau pun tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience