Completed
51211
Seminggu setelah pulang nya Cello ke negara asal nya, sya mulai membiasa kan diri dengan rutin harian nya yang seperti dulu, setiap hari mereka akan berhubung melalui wassap untuk saling bertukar kabar. Sya pula smakin sibuk engan persiapan ujian nya.
“Sya…depan tu ada tetamu.” Panggil mama nya, dan saat ini Sya berada di gazebo belakang rumah nya sambil mentelaah buku.
“Intan ke ma?
“Bukan Sya..budak lelaki”
“Budak lelaki?” Sya mengerut kan dahi nya, berfikir kira kira siapa yang datang ke rumah nya. Setau nya intan saja yang selalu datang ke rumah
“Sya, mama nak tanya.” Dania sudah melabuh kan punggung nya di samping anak gadis nya saat ini
“Tanya apa ma?”
“Sya..depan tu boyfriend Sya ke? “
“Astagfirullahaladzim….mama, Si Milo tu Sya nak buang gi mana kalau depan tu boyfriend Sya?. Mengucap panjang Sya dengan kenyataan yang keluar dari mulut mama nya
“Ck..Sya…nama dia Cello lah, bukan Milo. Apa lah Sya ni” Dania mencubit geram paha anak nya “Dah!..gi depan, selesai kan masalah Sya sendiri.” Dania mengusir anak nya untuk menyapa tetamu yang tak di undang di depan sana.
Sya tidak mau bermain teka teki, dengan langkah cepat gadis itu masuk melalui pintu dapur dan terus sahaja menuju ruang tamu
“Qayyum…awak macamana tahu alamat rumah saya?” Sapa Sya setelah melihat siapa yang datang
“Hai sya..sorry..saya tanya kat Intan alamat awak.” Jawab Qayyum automatik berdiri setelah melihat si gadis pujaan hati nya sudah berada di depan mata.
“Owh…sekarang awak ada kepentingan apa dengan saya?” biar pun terdengar sedikit kurang ajar, tapi itu lah perangai Sya
“Sya..saya nak ajak awak jalan jalan boleh?”
“Sorry Qayyum, saya tengah mentelaah buku. Minggu depan kan dah nak ujian. Saya nak buat persediaan untuk menhadapi ujian nanti.” Jawap Sya apa ada nya
“Sya..kejap je…”
“Tak boleh la Qayyum..saya saran kan awak balik rumah mentelaah buku lagi baik daripada merayau entah apa tujuan kat luar tu.”
“Sya..saya perasan, awak selalu menghindar dari saya. Kenapa Sya? Saya tak layak ke nak jadi kawan awak?” akhir nya Qayyum mengeluar kan segala tang tersimpan di benak nya
“Sebab aku dah ada laki la bodoh!” sayang nya jawapan itu Cuma mampu Sya jerit kan di dalam hati nya saat ini. “ Qayyum…listen..saya bukan tak nak berkawan dengan awak..dengan smua orang juga saya berkawan. Cuma sekarang saya betul betul sibuk dengan persiapan ujian. Awak paksa saya macam ni buat saya pening tau Qayyum” Ucap Sya
“Saya wassap awak pun awak tak balas. Apa lagi alasan awak sya?”
“Ya Allah Qayyum...bukan awak saja yang saya tak balas wasaap, kadang papa saya wassap pun saya tak balas. Kenapa nak di jadi kan isu pulak.” Suhu Sya sudah naik sedikit dengan perangai Qayyum yang seolah punya hak ke atas diri nya
“Assalamualaikum……” salam itu menyelamat kan Sya daripada harus melempar kan kata kata kurang ajar kepada Qayyum
“Waalaikumusalam…..”jawap sya dan Qayyum bersama
“papa…hari ni papa balik awal yer?” Sya terus mendapat kan papa nya dan mengambil beg kerja dari tangan lelaki pertengahan umur itu yang masih lagi terlihat segak
“awal…dah pukul lima setengah la sayang papa oi…buat apa Sya dari tadi sampai tak sedar masa ni?solat pun tertinggal ke?” tanya Qhusairy sambil membalas pelukan anak gadis nya itu seperti biasa. Memang Sya sangat di manja kan oleh papa nya tapi bukan bererti Sya tidak pernah kena marah kalau berbuat salah.
“Uncle..” Qayyum yang dari tadi mematung datang mendekati Qhusairy sambil menghulur kan tangan untuk bersalaman dengan lelaki itu
“Eh ada tetamu.lama ke dah sampai? “ Qhusairy menyambut huluran tangan Qayyum dan mengajak tetamu anak nya itu duduk kembali di ruang tamu “Sya…buat kan the untuk tetamu sayang” ucap Qhusairy
“Eh…tak perlu sya, uncle…saya datang sekejap je.” Qayyum menolak niat baik Qhusairy dengan halus.
“Jadi anak ni datang ke mari nak jumpa Sya ke?” teka Qhusairy
“Ya Uncle, dan mujur uncle dah ada kat sini. Saya minta izin nak bawa Sya keluar jalan sekejap boleh ke uncle?” Qayyum meminta izin dari lelaki di depan nya itu berharap Sya tiada alasan lag untuk menolak ajakan nya
“Maaf kan uncle nak…Sya tak boleh keluar rumah sebab uncle dan keluarga uncle malam ni berniat nak luang masa bersama makan kat luar. Kalau Sya tak ada, bukan jadi makan malam keluarga,malah jadi malam dating uncle dan aunty kamu nanti nya.”Qhusairy sangat faham perasaan anak muda di depan nya ini sebab dia sendiri juga pernah melalui zaman muda dan sekali lihat saja dah tahu kalau anak muda ini punya perasaan yang istimewa pada anak nya yang sayang nya sudah pun bersuami.
“Oh….maaf kalau macam tu uncle..tak apa lah, kalau macam tu saya minta diri dulu. Lagi pun saya dah agak lama di sini.”ada kilatan kecewa dari nada percakapan Qayyum
Tanpa menunggu lama lagi, Qayyum terus melangkah pergi setelah bersalaman dengan Qhusairy dan mengucap kan selamat tinggal buat Sya.
“Sya…mandi siap siap lepas magrib nanti kita makan kat luar. Papa ada sesuatu nak cakap dengan sya.” Qhusairy bersuara setelah memasti kan Qayyum benar benar telah pergi
“Baik pa.”
****
“Sya..jujur dengan papa, apa hubungan sya dengan budak lelaki yang datang rumah siang tadi?” kini keluarga kecil Qhusairy sedang menikmati makan malam di sebuah restoran Italy yang menjadi restoran feveret Dania dan Sya dari dulu kalau di suruh untuk memilih tempat dinner.
“Papa…Sya dengan Qayyum tak de hubungan apa apa pun…sumpah pa. dan tadi Sya juga terkejut saat dia dah terpacak dekat ruang tamu. Tadi mama yang terima dia dan bukan nya Sya.” Gadis itu cuba untuk menjelas kan keadaan yang sebenar nya.
“Betul bang…tadi memang bukan Sya yang mengundang budak tu masuk. Sebab dia kata dia kawan Sya lah saya minta Sya jumpa dengan dia.” Dania bukan cuba untuk menyebelahi anak nya tetapi itu lah yang sesungguh nya.
“Papa bukan apa. Papa Cuma tak nak nanti timbul salah faham. Sebelum salah faham besar wujud, papa nak Sya jauhi Qayyum. Jangan bagi harapan kat dia.” Nasihat Qhusairy
“Pa!..Sya dah berusaha dah jauhi Qayyum. Malah Sya tak pernah layan pun. Kenapa sekarang papa macam nak salah kan Sya.” Mood makan nya segera hilang melihat papa nya seolah tidak percaya dengan semua penjelasan nya “Qayyum bodoh! Kalau malam ni aku lapar ni semua berkat kebodohan Qayyum.” Umpat Sya di dalam hati nya.
Ting! (notification wassap)
Sya mengambil handphone nya yang tergolek molek di atas meja, ternyata chat dari Cello
Cello : Selamat malam Wife, udah makan belum?
Sya memfoto makanan yang ada di atas meja dan terus menghantar kepada Cello, juga foto kedua orang tuanya
Sya : Tengah dinner dengan papa dan mama kat luar. Awak dah makan ke?
Di seberang sana Cello juga melaku kan hal yang sama, mengirim foto kepada Sya tetapi foto mee segera yang di masak dengan telur dan pelbagai sayur
Cello : Gue makan mee instant aja, malas mau pulang ke rumah mummy
Sya : sekarang awak kat mana?
Cello : Apartment bareng Doni dan lain nya. Ya udah kamu lanjut aja makan nya ya.bye
Sya : bye….
Senyum terukir di bibir sya saat berbalas chat dengan seseorang yang jauh di seberang sana dan seketika sakit hati nya tadi terhadap papa nya sedikit memudar.
“Sya chat dengan siapa senyum senyum macam tu?” Qhusairy masih lagi mencurigai anak satu satu nya itu
Sya tak nak banyak cakap terus menghulur kan handphone kepada papa nya dan masuk ke chat room nya dengan Cello sebentar tadi.
“Sorry Sya…papa Cuma tak nak lalai menjaga amanah.” Ucap Qhusairy sambil tersenyum menatap anak nya yang sudah mulai menjamah makanan yang terhidang di depan nya.
Share this novel
i tunggu next bab tak sabar nak tahu apa perasaan qayyum bila tahu sya dah bersuami ni