Completed
51211
Setiba nya mereka di kuala lumpur terus di bawa menuju hospital tempat Qhusairy di rawat dan di bawa langsung menuju ke ruangan Qhusairy. Terlihat Dania sedang duduk di satu sudut sambil di temani Intan
“mama..” pekik Sya dan gadis itu terus berhambur memeluk mama nya. “kenapa mama tak bagi tau Sya?” tanya gadis itu setelah merungkai pelukan.
“mama tak nak Sya risau dan kelam kabut macam ni.” Dania menenang kan anak satu nya yang sudah menangis teresak esak.
Tania datang mendekati besan nya meninggal kan kedua anak lelaki nya bersama suami nya yang masih berdiri agak jauh dari mereka.
“Sabar ya jeng..kita doa aja semoga gak kenapa napa” Tania kini mengambil alih duduk di sebelah Dania. Sementara itu Intan sudah menarik tangan Sya agak jauh ke samping
“Sya..aku tau kau tengah sedih. Tapi aku nak juga tanya kau” ucap Intan
“Kau nak tanya apa Intan?” kini sya sudah sedikit tenang
“Kau dah kawin ke beb?” to the point soalan intan
“Betul Intan, aku dah kawin sebelum kita duduk STP lagi.” Jawap Sya tanpa selindung lagi
Intan terlopong mendengar jawapan sya yang sangat luar biasa jujur.” Jadi kau dah kawin sebelum kenal Qayyum sya?” tanya Intan lagi
Sya hanya mengangguk menjawap pertanyaan Intan. “Tu suami aku. Nama dia Marcello” jari nya lurus ke arah suami nya yang terlibat perbincangan serius dengan abang dan daddy nya.
“Sya…ni kan yang jemput kau dulu pernah sekali kan?”
“ya…”
“Sya..aku minta maaf. Kalau kau cakap awal kau dah kawin. Aku tak kan bagi nombor telefon dan alamat rumah kau pada si Qayyum tu” Intan merasa serba salah
“Tak apa beb. Benda dah jadi kan. Terima kasih beb kau dah teman mama aku kat sini” Sya kembali memeluk Intan
“Tak masalah beb. Lagi pun papa kau kan majikan baba. Wajar kot aku temani mama kau.sekarang ni kita doa jer minta papa kau cepat sedar.”ucap Intan
“Amin…thanks beb.”
“Sya…by the way…patut la kau tak pandang si Qayyum tu. Laki kau lima puluh kali lebih hensem dari Qayyum..” Intan tertawa dengan ucapan nya sendiri.
“Ck!. Kau jangan gatal tengok laki aku tau.” Sya mencubit lengan Intan sebagai amaran
“Aku tak sejahat tu la beb…aku Cuma memuji je.tak de niat nak rampas laki orang..HARAM!!!!” ujar Intan.
Dari jauh terlihat Cello sedang berjalan menuju ke arah Sya tanpa menoleh sedikit pun pada intan
“Sayang…gue sama daddy dan kak Rafa ada keperluan di luar sebentar. Sayang tinggal aja di mari ya. kabarin kalo ada apa.” Ucap Cello
“Awak nak pergi mana?”
“Daddy bilang kecelakaan nya agak luar biasa kejadian nya. Maka nya kita mau nyari tau apa yang sebenar nya terjadi.”
“kalau macam tu awak hati hati nya.”
Cello hanya mengangguk kan kepala nya mengiya kan” titip bini gue ya.” pandangan nya ter arah pada Intan dan kemudia tanpa segan silu nya Cello mendarat kan satu ciuman di kening Sya sehingga membuat Intan menutup mata nya mengguna kan tangan.
****
Sejam setelah kepergian Cello bersama daddy dan abang nya, Sya dan lain nya yang tinggal di hospital mendapat kabar Qhusairy sudah sedar kan diri tetapi masih perlu melaku kan ct scan terlebih dahulu takut ada kecederaan dalaman.
“Sya…boleh tolong balik rumah kejap nak. Tolong mama ambik baju ganti” pinta dania pada anak gadis nya
“Mama balik dulu. Biar sya jaga sini. Mama balik mandi ya..bawa mummy sekali”
“Tapi Sya…”
“Ma…sya okey jer..nanti biar Intan yang bawa keta yer…mummy balik rumah dengan mama dulu ya,” kali ini Sya memohon pada mertua nya
“Ya udah sayang, kita pulang bentar ya. habis ganti baju sama bersih bersih kita kembali lagi.” Tania akhir nya bersetuju dengan usul menantu nya
“Beb..kau tolong antar mama dan mummy aku pulang kejap yer” Sya Cuma mampu meminta tolong dari Intan
“Boleh Sya.. kau sendiri elok elok tinggal sini. Kalau ada apa apa kau cepat telefon aku atau mama kau.”pesan Intan
Kini tinggal lah Sya seorang diri menanti di luar makmal scan menunggu papa nya yang masih di dalam.
“Sya..” panggil satu suara
Saat sya berpaling “Qayyum..macamana awak tahu saya ada kat sini?”
“aku dah sampai dari tadi Sya, Cuma aku tunggu kau sorang baru aku berani sapa kau” ucap lelaki itu
“Qayyum…kau pergi lah. Aku tak ada apa nak cakap dengan kau.”
“Tapi Sya..aku ada benda nak cakap dengan kau”
“kau nak cakap apa Qayyum? Cepat cakap dan pergi selepas itu” Sya memicit pelipis nya yang berdenyut tiba tiba.
“Sya..aku sayang kat kau.”
“Tapi aku tak sayang kat kau Qayyum. Aku juga dah kawin.kalau kau sekadar nak cakap benda ni. Sekarang kau balik lah. Aku sibuk.” Usir Sya
“Sya..kaua cerai je suami kau tu. Aku tal kisah kau janda. Aku Cuma nak kau kawin dengan aku Sya.” Qayyum sudah meninggi kan suara nya satu oktaf
Plak!
Satu tamparan singgah di pipi kiri Qayyum.”Aku dah cukup sabar layan kau Qayyum..aku dah cukup pening dengan papa aku yang tiba tiba accident depan pejabat papa kau dan sekarang kau nak tambah pening aku?” marah Sya yang masih lagi dapat mengawal nada suaranya.
“Apa yang hebat sangat dengan lelaki tu Sya? Aku lebih sayang kau lah dari jantan tu. Kau jangan lupa aku anak Dato.” Qayyum mencengkam kuat plengan Sya
“Sebab kau anak Dato jadi kau boleh berbuat sesuka hati.? Cello lebih baik dari awak la Qayyum, dia tak pernah layan aku kasar macamana kau layan aku sekarang ni” ucap Sya sambil berusaha melepas kan tangan nya dari cengkaman Qayyum
“Woi! Lepasin bini gue. Jangan berani nya sama cewek lo bacot!” seru satu suara dari arah belakang
“Cello…” panggil Sya dan kini suami nya itu sudah berada tepat di sebelah nya. Melihat kedatangan Cello akhir nya Qayyum melepas kan tangan Sya.
“Sakit?” tanya Cello sambil melihat pergelangan tangan isteri nya sudah memerah.
“Sikit je” jawab Sya dan detik kemudian memeluk tubuh Cello. Bukan untuk menunjuk di depan Qayyum tetapi Sya betul betul memerlu kan dada Cello untuk menumpah kan segala beban di hati nya
“Sayang…..” panggil Cello dan hanya mendapat gelengan kepala dari Sya “ Lo kapan mau pergi dari sini?” usir Cello setelah melihat Qayyum masih tercegat di sana
“Aku akan pergi setelah kau talak kan calon isteri aku” ucap Qayyum dengan sombong nya
“Lo bener bener ya mau minta di hajar.” Cello benar benar meradang dan ingin sekali rasa nya Cello mengahadiah kan baku hantam di muka tempe qayyum saat ini., memikir kan diri nya berada di tempat umum jadi niat Cello terpaksa di urung kan.
“Cakap je lebih, tak lebih dari pengecut.” Qayyum kembali menguji kesabaran Cello
“Awak..jom kita pindah tempat duduk” ajak Sya takut suami nya itu akan terpancing dengan ucapan provokasi dari Qayyum
Sya tahu Cello kini sedang menahan marah. Sepanjang tinggal di Jakarta, Sya sendiri melihat beberapa piala dan gambar gambar Cello yang memenangi pertarungan MMA dalam pelbagai kejuaraan.Sya yakin andai nya sekarang bukan berada di hospital mungkin saja si Qayyum sudah babak belur di kerja kan Cello
“Dasar pengecut! Lari dari masalah!” jerit Qayyum
Share this novel
bila nak update true love