Completed
51211
Sebelum menjelang nya peperiksaan, Sya sempat berterus terang dengan Qayyum berharap lelaki itu akan menjauhi nya selepas ini
Sebelum keluar berdua dengan Qayyum, sya minta izin dulu dengan Cello untuk melurus kan semua masalah nya dengan Qayyum biar ke depan nya tidak timbul salah faham. Dan di sini lah mereka sekarang di sebuah café yang sering di kunjungi nya bersama Cello dulu sebelum suami nya itu pulang ke Jakarta.
“Thanks Sya dah sudi keluar dengan I” ucap Qayyum setelah mereka memesan minuman masing masing.
“Qayyum…saya keluar dengan awak ni Cuma untuk melurus kan sesuatu je.” Ucap Sya yang terjeda kerana pelayan Café datang menghantar minuman
“Maksud awak?” Qayyum kembali bertanya
“Qayyum…saya ni masih lagi waras dan saya juga tak buta, malah saya melihat semua usaha awak untuk mendekati saya. Saya tahu awak suka kat saya. Tapi saya tak boleh balas perasaan awak sebab saya dah ada calon sendiri dan saya harap awak faham maksud saya.
“Sya….”
“Qayyum please…ramai lagi perempuan yang baik baik yang comel comel awak tinggal pilih je tapi bukan saya.” Sya memotong ucapan Qayyum dan berharap lelaki itu faham “kalau awak menghormati kehendak saya maka kita masih boleh berkawan tapi kalau awak berkeras nak saya terima awak. Maaf saya akan menghindari awak setiap kali kita berjumpa kelak.” Sya mengucap kan nya dengan Bahasa yang mudah agar Qaiyyum berhenti berharap
Tetapi Qayyum berjanji di dalam hati nya tidak akan berputus asa untuk mengejar dan mendapat kan cinta Sya.
Pertemuan mereka cukup singkat kerana Sya memilih untuk pergi setelah selesai dengan tujuan nya, seperti pesan mama tadi takut ada kesalah fahaman yang terjadi.
****
Setelah pertemuan terakhir mereka di café, Qayyum seolah menjauhi Sya dan berhenti mengirim pesanan singkat buat Sya membuat kan gadis itu menjalani ujian nya dengan tenang tanpa terbeban dengan apa pun.
Setelah paper terakhir pagi tadi, Sya sudah boleh menarik nafas lega seolah satu beban berat telah Berjaya di alih kan nya dari bahu.
****
“Sya…lepas ni Sya nak buat apa?” tanya mama nya saat mereka berdua sedang menikmati sarapan pagi sementara menunggu papa nya selesai melaku kan senaman treadmill di bilik Gym yang dibuat bersambung dengan dapur Cuma terbatas dengan cermin.
“Puan…ikan ni jadi ke nak rendam” tanya Ayu, pembantu yang baru seminggu bekerja di rumah mereka. Sebelum nya Dania tak mahu mengambil pembantu kerana semua kerja dia boleh buat sendiri. Tetapi setelah di paksa oleh suami nya, akhir nya Dania mengalah dan mempekerja kan Ayu, wanita paruh baya itu sebagai pembantu rumah.
“Erm….kak rendam je la dulu, nanti tolong saya siang ye sebab saya nak masak stim ikan ni nanti.” Arah Dania.
“Sya ingat nak fly ke Jakarta esok ma.” Jawap Sya setelah Ayu balik semula ke bahagian dapur basah.
“Wuish,,,,esok juga dia nak fly” papa nya tiba tiba menyampuk dari arah belakang sehingga membuat Sya berdecak halus
“Abang macam lah tak pernah muda…faham faham je lah.” Kali ini Dania menyampuk dan sekaligus memperli anak gadis nya
“Eh hello….tuan dan puan…Sya dan Cello Cuma teman okey tak lebih, Sya pergi sana pun sebab nak tunai kan janji Sya pada dia dulu.” Wajah Sya sudah memerah menahan malu yang teramat sangat.
“Eh hello…cik adik…teman pun dah kawin tau. Teman tapi mesra…tak ape Sya…papa faham, anggap je lah papa percaya dengan semua yang Sya ucap yer…hahhaha”Qhusairy dengan galak nya mengusik anak gadis kesayangan nya yang masih belum sedar bahawa cinta itu mungkin sudah ada di dalam hati nya.
Seketika riuh di dapur dengan suara tawa Qhusairy dan isteri nya dan Ayu juga turut tersengih dengan ucapan tuan nya yang bermaksud mengusik anak nya.
Tawa mereka terhenti tiba tiba saat mendengar suara riuh dari luar. Terdengar paluan kompang juga sangat dekat.
“mungkin anak jiran kita sedang di pinang orang.” Ucap Qhusairy bersahaja.
“Tapi macam kat luar pagar rumah kita la abang” ujar Dania “ Kak Ayu tolong lihat dulu ke depan boleh?” Dania meminta Ayu untuk meihat keluar.
Tidak sampai sepuluh minit kini Ayu telah kembali dengan wajah cemas “ Puan, Tuan…pasukan kompang tu ada kat depan pagar rumah ni.” Ucap Ayu dengan cemas nya
“APA!!!” Qhusairy dan Dania berdiri serta merta dan ingin mengetahui siapa kah gerangan orang yang datang ke rumah mereka dengan pasukan kompang sekali. Langkah mereka semakin di laju kan dan Qhusairy sendiri tidak tidak sedar kalau sekarang dri nya masih memakai singlet dan seluar pendek olahraga yang di kena kan nya tadi semasa melaku kan larian di treadmill
“Maaf yer…ini apa maksud semua ni?” Qhusairy terus menyapa para tetamu nya yang sudah siap berbaju melayu dan terasa sedang dalam mood hari raya melihat nya.
“Kami datang ni dengan niat tuan, niat kami nak sunting bunga di taman” jawab salah satu dari orang yang menyertai rombongan.
“kami tak jual bunga lah.” Dan kali ini Qhusairy yang pintar terus tiba tiba jadi bodoh tidak faham dengan maksud lelaki tua tadi. Dania hanya mampu menepuk dahi nya sendiri.
“Taka pa lah…awak semua henti kan dulu paluan kompang ni, sebab kami takut jran jiran akan terganggu. Sekarang masuk lah kita bincang baik baik.” Dania tampil menyelamat kan keadaan dan sekaligus membuka pintu pagar buat tetamu yang entah datang dari mana.
“Jadi maksud kedatangan kami ni nak melamar cik Aisya Iman buat Qayyum anak Dato Badli “ ucap salah satu dari wanita yang turut sama dalam rombongan itu. Dan kini mereka sudah duduk di ruang tamu untuk membincang kan maksud kedatangan rombongan itu “ Maaf..Dato dan Datin tak dapat ikut sebab hari ni terpaksa fly ke Singapore atas urusan perniagaan.” Ucap wanita itu lagi dengan nada sedikit sombong
“Owh…jadi si budak Qayyum tu anak dato Badli? “ gumam Qhusairy. “ tapi anda ini siapa kepada Dato Badli?” tanya Qhusairy balik kepada wanita tadi
“Saya ni adik perempuan kepada Datin Faridah.” Masih lagi dengan nada bongkak
“Macam ni lah yer…kami sangat berbesar hati mendapat kunjungan seperti ini, tapi Nampak nya anak kami tak bertuah nak jadi menantu Dato Badli.” Ucap Qhusairy sedikit berkias
“Jadi maksud nya?”
“Lamaran ni kami terpaksa tolak sebab bunga di taman dah ada kumbang yang jaga.” Kias Dania lagi, bagi menjawab pertanyaan wanita angkuh itu
“Hah!..awak berdua patut bersyukur Dato Badli sudi nak jadi kan anak awak berdua sebagai menantu. Tapi malah awak berdua sekarang melempar lumpur ke muka Dato dan isteri nya.” Wanita itu merasa marah kerana lamaran mereka di tolak mentah mentah.
“Dah tau papa mama saya lempar lumpur kat muka Dato, apa tunggu lagi? Balik je lah pergi lap muka Dato awak tu takut nanti dia termakan pulak lumpur tu” Sya muncul tiba tiba dari tempat persembunyian nya dan membalas perlakuan kurang sopan wanita itu terhadap mama dan papa nya
“Sya,,,,” panggil Dania.
“Baik lah kami pergi. Bersyukur sangat sebab si Qayyum tak jadi kawin dengan gadis kurang ajar ni.” Tunjuk wanita itu ke arah Sya dan segera melangkah meninggal kan yang lain nya yang masih terpinga pinga.
“Dia yang kurang ajar malah tuduh orang lain pulak kurang ajar. Balik nak belajar la tu.” Gumam Sya sambil mencebik kan bibir nya. Sementara itu Qhusairy sudah mengangkat dua thumbs up buat anak gadis kesayangan nya dan di tatap tajam oleh Dania.
“Bapak ngan anak sama jer perangai” marah Dania di dalam hatinya.
Share this novel