“ZACK...” panggil Maira dengan suara terketar-ketar.
Zack sedang mengacukan senapang tepat ke arah Maira.
“Apa kau buat kat sini? Macam mana kau boleh sampai sini?” Serius suaranya bertanya.
“Boleh tak you letak senapang tu ke tepi? Kenapa you halakan kat I?” Soalan dibalas soalan.
“Oh! Sorry, aku sebenarnya tengah memburu, aku ingatkan ada rusa tadi. Rupanya manusia.” kata Zack dan terus mencampak senapang itu ke tepi.
Maira menarik nafas lega selepas melihat Zack mencampak senapang itu jauh darinya.
Namun, perkara yang lebih memeranjatkan berlaku. Zack mencapai pistol dari belakang seluarnya dan mengacukannya pada Maira. Sama seperti dia menghalakan senapang sebentar tadi. Lutut Maira sekali lagi menggigil.
“Aku tanya ni, macam mana kau boleh ada kat sini?” soal Zack lebih tegas. Mukanya nampak serius dan bengis. Sungguh, Maira tidak pernah melihat Zack dari sisi ini.
“Zack...kenapa you macam ni?”
“Perempuan degil dan menyusahkan macam kau ni, patutnya dah lama aku tembak dengan pistol. Kenapalah aku selamatkan perempuan macam kau ni?”
Maira terpempan dengan jawapan Zack. Kelu lidahnya, pertama kali dirinya diacukan pistol. Rasa macam dalam filem pula.
“I se....sesat ta...di. ” Maira sudah tergagap-gagap.
Mulutnya yang sebelum ni tak berhenti bercakap tiba-tiba menjadi bisu apabila memandang sepasang mata milik Zack yang tajam merenungnya. Zack tersenyum sinis. Rambutnya yang sedikit terjuntai menutupi mata ditiup.
“Sampai mana yang kau nampak?”
“Nam....nampak apa...?”
Sekali lagi Zack tersenyum sinis.
“Tak payah nak berlakonlah! Aku tanya baik-baik jadi jawab!!!” Zack menengking kasar.
Maira hampir menangis apabila mendengar tengkingan itu.
“Zack....”
“Kau dah tahu terlalu banyak, aku tak boleh nak simpan kau lagi.”
Serentak itu, satu das tembakan dilepaskan. Kuat bunyinya dan Maira pun rebah ke tanah.
——————————————————-
ARY berlari menuju ke arah bunyi tembakan yang dilepaskan sebentar tadi. Terkejut sungguh dia apabila mendengar bunyi tembakan yang kedengaran sangat dekat. Di pertengahan jalan, dia bertembung dengan Hariz dan Badrul yang datang dari arah yang berbeza.
“Cepat!” kata Ary tegas.
Zack menyimpan semula pistol kesayangannya. Sempat dia membuat gaya meniup hujung pistolnya sebelum mula menyimpannya.
Zack berjalan ke arah Maira yang terbaring tidak sedarkan diri. Mati ke Maira? Takkan dah tamat cerita ni? Eh! belum lagi.
Dia memeriksa keadaan gadis itu. Ary dan yang lain yang baru tiba terus terkaku setelah melihat situasi memeranjatkan itu.
“Zack....Apa ni? Apa yang terjadi?”
Hariz bertanya resah. Adakah Zack betul-betul menembak Maira. Kalau betul, hati kau kering Zack!
Ary menghampiri Zack.
“Zack? Apa yang dah jadi?”
Perlahan dia menyentuh bahu lelaki itu. Setahunya, tindakan Zack memang tidak dapat dijangka namun untuk membunuh insan yang tidak bersalah....itu bukanlah Zack.
“Aku cuma nak gertak sikit aje. Aku tembak pokok belakang tu. Tapi, dia pulak yang pengsan. Terkejut kot.” terang Zack.
Tenang saja intonasinya. Ary melihat pada pokok yang berada agak jauh dari mereka. Memang ada kesan tembakan di situ. Jadi, Zack hanya menguji Maira saja? Bukanlah menembak Maira pun? Lega hati!
“Zack! Perempuan bukan boleh gertak-gertak macam tu. Kalau dia mati terkejut macam mana? Perempuan ni, hati dia selembut baldu tau.” Badrul jelas tidak bersetuju.
Dia tidak bersetuju dengan gurauan Zack. Pistol dan peluru bukanlah barang mainan. Dia pasti Zack lebih arif dalam bab itu. Walaupun Zack merupakan penembak tepat paling mahir antara mereka berempat namun, kemalangan tidak dapat diduga.
Zack memandang tepat pada Badrul. Badrul mula menikus. Dia baru tersedar kecuaiannya dalam menjaga Maira. Semua ini tidak akan terjadi tanpa kecuaiannya.
“Kau ni Badrul, untung kita ni dah macam adik-beradik. Kalau tak.....” Badrul sudah menelan air liur.
“Kau yang gantikan tempat perempuan ni!” sambung Zack geram.
Zack segera mengangkat Maira untuk pulang semula ke rumah mereka. Melampau ke gurauan aku? Bisik hati Zack.
Dey!!! Lagi mahu tanya...Boleh sakit jantung tau ugut-ugut nak tembak ni!
Share this novel