“SAKITLAH!!!”
“Kalau sakit tu diam!!! Jangan sampai mulut kau aku jahit!” tengkingnya kembali.
Gadis itu merungut geram. Lengannya cuba direntap dari cengkaman lelaki itu yang terus menyeretnya paksa. Sepanjang berada di situ, dia sering dilayan kasar dan diherdik sesuka hati.
“You ingat boleh terlepas? I akan pastikan you mereput dalam penjara. Lepas I keluar dari tempat bodoh ni, I akan laporkan you pada polis! You heard that?!”
Lelaki itu tersenyum sinis.
“Itupun kalau kau dapat keluar dari sini hidup-hidup la….” balasnya selamba.
Gadis itu kelu seketika. Kata-kata lelaki itu berbaur ugutan. Air liur diteguk payah. Dia tak boleh mati sekarang. Dosanya terlalu banyak belum diampunkan.
Dia berhenti mengejut. Lelaki yang menyeretnya turut berhenti. “Kau apahal?”
Gadis itu mula berpeluh-peluh.
“You nak duit kan? I ada banyak duit…cakap je berapa. Tapi tolong lepaskan I. Please…..” rayunya bersungguh-sungguh.
Senyuman sinis dilemparkan lagi. Kulit putih pucat lelaki itu membuatkan dia kelihatan seperti pontianak versi barat.
“Maira Jade…”
Gadis itu mengangkat wajahnya. Cara namanya disebut lelaki itu kedengaran menggerunkan.
Ya…dia Maira Jade. Pelakon baru dengan populariti yang sedang mencanak naik ketika itu. Namun siapa sangka, kejayaannya tidak disukai ramai. Dia diperangkap dan cuba dihapuskan dari dunia ini.
“Duit?”
Maira mengangguk. Pasti lelaki itu mahukan duitnya bukan? Kalau tidak, takkanlah dia masih dikurung di tempat itu.
“Duit tak ada makna untuk aku. Kalau aku kata aku lagi kaya dari kau, kau percaya?” katanya sambil ketawa berdekah-dekah. Tawa itu langsung tidak melegakan Maira. Dia semakin menggigil seluruh badan.
“Jadi….you nak apa dengan I?”
Serentak lelaki itu menghentikan tawanya dan merenung Maira tajam. Rambut lurusnya sesekali terbang ditiup angin.
“Aku nak kau….”
Share this novel