ZACK masuk ke dalam sebuah kereta mewah yang sedia menunggu ketibaannya. Pintu belakang dibuka secara cermat menyuruhnya masuk dan bergabung dengan sosok yang sudah lama menunggunya. Kelihatan seorang lelaki yang sedang menghisap sebatang rokok.
“Sejak bila merokok ni?” tanya Zack penuh tanda tanya.
“Saja mencuba benda baru.” balasnya bersama senyuman manis yang dibuat-buat.
“Terima kasih atas jasa kau untuk tangkap Alex. Tanpa bantuan kau, mesti Alex masih bermaharajalela sekarang.”
“That’s the point! Mana boleh dia yang bermaharajalela. Aku sorang je boleh jadi raja dalam dunia kejam ni Zack. Bukan Aydan Karl, bukan Amsyar Riz, tapi aku..” katanya bangga.
Zack hanya tersenyum hambar. Lelaki itu lebih berbahaya dari Alex dan yang lain tapi kuasa menangkapnya bukanlah di tangan Zack. Memberkas lelaki itu bahkan terlihat mustahil. Kuasa dan pengaruhnya terlalu besar.
“Congrats on your wedding. She’s gorgeous.” puji lelaki itu jujur.
“Kau datang? Tak nampak pun…”
“Orang dah berbini lawa, manalah nak tengok kiri kanan. Aku pun singgah sekejap je. Lagipun ramai sangat wartawan dekat situ. Rimas! Raisya yang beria-ia sangat nak tengok Maira. Peminat sejati katanya.” kata Ryan datar.
“Macam mana dengan Maya dan Adri?” tanya Zack tenang.
Ryan menghembus lembut asap rokoknya.
“Aku dah buat macam yang kau suruh. Dua-dua sekali dah selamat ke alam barzakh.” balasnya santai.
Zack tersenyum puas. Ryan Lee memang boleh diharap. Lelaki itu dengan sekelip mata telah membunuh Maya dan Adri yang berada di dalam penjara. Malah, dengan mudahnya dia membuatkan semuanya nampak seperti kes bunuh diri.
Zack menyeringai. Dia bukanlah lelaki yang baik bila melibatkan hal Maira. Maya dan Adri yang cuba membunuh Maira perlu mendapatkan balasan setimpal atas tindakan mereka. Zack takkan benarkan sesiapapun melukakan Mairanya.
“Tak sangka kau masih Zack yang dulu, walaupun sekarang dah jadi pejuang negara kononnya.” perli Ryan.
“Aku memang nak cuci tangan tapi aku tak boleh biarkan orang yang cuba cederakan Maira hidup tenang.” katanya dingin.
Deringan telefon milik Zack membuatkan mereka segera melihat nama yang tertera di skrin. Ryan ketawa perlahan.
“Isteri kau dah rindulah tu. Pergilah balik cepat. Karang tak pasal-pasal ada perang dunia meletus.”
“Betullah tu. Aku pergi dulu. Apa-apa roger.” kata Zack sambil mengangkat panggilan itu dan bergegas keluar dari kereta.
“Ya sayang…”
Ryan mempamerkan reaksi hairan ketika mendengar intonasi Zack yang mendadak manja. Zack yang bengis dan sentiasa dingin boleh dicairkan hanya dengan seorang perempuan. Ryan ketawa sinis. Dia tak perlukan wanita dalam hidupnya. Kaum yang menyusahkan.
Amir yakni orang kanan Ryan, masuk ke dalam kereta bahagian pemandu dan mula menurunkan brek tangan. Belum sempat kereta itu bergerak pergi. Pintu sebelah Ryan tiba-tiba terbuka dengan tergesa-gesa. Seorang gadis yang nampak kusut masai masuk dan menggigil takut.
Ryan terkejut bercampur pelik. Siapa manusia yang muncul tengah-tengah kegelapan malam ni?
“Encik! Encik tolong saya encik! Ada orang cuba cederakan saya…..Tolong encik.” tangannya spontan memegang tangan Ryan. Air matanya lebat menuruni wajah putih itu.
Ryan kelu seketika. Dia memandang lama gadis muda di hadapannya ketika itu. Mungkin baru menginjak ke usia 20 tahun.
Tak lama selepas itu, sebuah motosikal menderum kuat dan berhenti bersebelahan keretanya.
Gadis itu semakin ketakutan. Dia menjerit sambil menutup kedua-dua belah telinganya rapat.
Esakannya juga semakin menggila.
“Amir…”
“Ya bos.”
“Kau tahu apa nak buat kan?”
“Ya bos.”
“Hurry up, aku tak nak terlepas I can see your voice kejap lagi.”
Tak menunggu lama, Amir pun keluar dari kereta.
“Shhh…you’re safe with me.” pujuk Ryan penuh kelembutan.
Gadis itu mengangkat wajahnya, memandang lama ke dalam anak mata milik Ryan.
Bunyi tembakan menyentakkannya. Dia tergamam dan menoleh untuk melihat ke luar tingkap. Namun, Ryan segera menarik dagu gadis itu sehingga mereka kembali bertatapan.
Ryan hanya tersenyum lebar. Tidak mengendahkan gadis itu yang mula menggigil seluruh badan. Mungkin baru menyedari akan bahaya lain yang menantinya.
Amir masuk semula ke dalam kereta seperti tiada apa yang berlaku. Kereta mula dipandu dengan kelajuan cepat.
“Encik siapa?” tanyanya perlahan.
Senyuman lelaki itu melebar.
“Your worst nightmare…” (To be continued…)
Hai semua, jangan lupa dapatkan ebook ini, wssp saya cepat2 ^_^ 0162441440
Share this novel