BAB 4

Romantic Comedy Completed 451

Kedua – dua jenazah dikebumikan di tanah perkuburan yang sama. Ramsey memegang batu nisan Masmona .

“Sayang... jika abang dengar kata sayang yang dah lama beritahu mengenai rasa sangsi itu sudah pasti semuanya tidak terjadi. Abang tidak pernah mahu mempercayai sayang. Tunggu abang di sana sayang... abang pasti akan tiba sangat lewat kerana perlu ke neraka kerana menanam isteri abang begitu ... tapi abang berjanji tidak akan pernah akan mencintai wanita lain” Ramsey menangis teresak – esak. Angin lembut menyapa pipinya. Ramsey tersenyum. Dia masih ingat kata – kata Masmona ...

“Abang.. kalau misalnya Masmona pergi dahulu, ketika abang memegang batu nisan Masmona dan sebelum abang menjauhi Masmona tujuh langkah...” Masmona senyum.

“Jika ada hembusan lembut yang mendamaikan abang, percayalah Masmona mencintai dan memaafkan abang. Percayalah...... Masmona menunggu di sana dengan rasa cinta”.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience