Selepas pulang dari menoreh, hati Ramsey beriya – iya mahu pergi ke tempat yang ditujuinya semalam. Anak siapakah itu? Mengapa perlu dia ada di sana pada waktu – waktu malam begitu.
Sebaik sahaja tiba di situ, Ramsey tersenyum. Kanak – kanak tadi menghampirinya dan berlari – lari di sekelilingnya.
“Adik ni anak siapa?” soal Ramsey . Kanak – kanak tadi tidak menjawab sebaliknya terus berlari semula ke arah pokok jejawi itu. Terdengar hilaian tawa kanak – kanak itu. Dia berlari lagi dan terus pergi meninggalkan Ramsey . Selendang putihnya terjatuh dari kepala dan jatuh di kaki Ramsey yang sedang berlari mengejarnya.
“Orang bunian ke?” Ramsey mula berkira – kira.
“Ah... mungkin anak orang asli” fikirnya lagi. Ramsey pulang lagi. Dia duduk di sebelah ibunya, Mak Raha yang terlantar sakit. Sejak setahun lepas, Mak Raha tidak mampu bangun. Makan pun perlu disuap. Kasihnya Ramsey pada maknya tidak terhingga.
“Kenapa bawa balik dia?” soal Mak Raha . Matanya membulat memandang pintu yang terbuka luas.
“Mak ni makan ubat banyak agaknya sampai berfikir bukan – bukan” senyum Ramsey .
“Dia selalu datang sini tapi tak masuk” kata Mak Raha lagi. Tidak lama kemudian Mak Raha menjerit seperti diserang histeria . kelam kabut Ramsey dibuatnya. Mujurlah Hani, adiknya yang baru habis belajar ada sekali. Jenuh dia menenangkan Mak Raha ,. Bulu tengkuk Ramsey meremang. Dia menoleh ke belakang. Memandang tepat kea rah pintu yang terbuka.
DUM!
Pintu tertutup dengan sendirinya. Ramsey dan Hani berpandangan sesama sendiri. Hani tunduk. Dia juga takut. Sudah banyak kali setiap selepas azan Zuhur, pintu itu akan terkatup dengan kuat. Ramsey sahaja yang tidak tahu.
Share this novel