Ramsey duduk sendirian dibawah pondok selepas selesai menebas lalang di kebun pisangnya.
“Ya Allah!!” Ramsey terkejut dan terus berganjak ke tepi. Kanak – kanak itu datang lagi tapi kali ini wajahhnya muram. Ada seoarng wanita yang berpakaian putih sepertinya. Wanita itu menarik tangan kanak – kanak itu agar pergi dari situ. Pelbagai surah yang dibacanya. Kali ini Ramsey tidak mahu tunggu lagi. Hari semakin senja dan dia perlu pulang segera.
“Jangan bagi dia masukkkkk!!!!!!” jerit mak Raha dari tingkat atas. Terkejut Ramsey yang baru sahaja membasuh kaki di luar dapur. Kelam kabut Hani memegang ibunya.
“Mak! Apa lagi!!!” jerit Hani, dia juga sudah tidak tentu arah. Kebetulan Maksu Fina baru tiba dari Kuala Lumpur. Sebagai seorang pakar sakit jiwa lebih arif menangani situasi begini. Ubat penenang terpaksa di suntik. Mak Raha lemah di atas tilamnya.
Selepas sahaja solat maghrib, lampu rumah itu terpadam dengan sendirinya. Ramsey lantas bangun untuk mencari lilin. Tangannya yang baru mahu membuka laci terasa disentuh seseorang. Sejuk.....
Ramsey mengawal perasaannya yang semakin gundah. Terdengar esakan dari hujung bilik air rumah kayu dua tingkat itu. Ramsey cuba menggagahkan diri. Semaki lama esakan itu semakin hilang.
Mengapa semua itu berlaku selepas dua bulan dia berpindah ke kampung. Dia meninggalkan kerjanya sebagai eksekutif di bandar hanya kerana mahu menjaga Mak Raha yang semakin tenat.
“Rahmat ...”
Panggilan itu makin membuatkan Ramsey semakin takut. Rahmat nama sebenarnya. Hanya mereka di bandar sahaja yang memanggilnya dengan nama itu. Siapa pula kawannya yang datang ke rumahnya pada waktu itu?.
“Siapa?” soal Ramsey . Dia terus berlari keluar. Kanak – kanak itu berdiri benar – benar di hadapannya. Merenung tepat ke dalam anak mata Ramsey . Dia memegang tangan seorang wanita yang berpaling dari menghadap Ramsey .
“Siapa kau?” soal Ramsey . Sedar tidak sedar dia kini sudah pun berada di bawah pokok jejawi itu. Ramsey masih menanti. Kali ini rasa takutnya sudah hilang. Rasa ingin tahunya pula yang membuak – buak.
Wanita itu berpaling menghadapnya.
“Ya Allah....sayang!!!!!” Ramsey terjelepok di atas tanah. Wajahnya pucat lesi. Kanak – kanak itu memandang wanita itu.
“Sayang.. carilah aku di bawah pokok ini. dia terlalu kejam kerana memisahkan kita dengan cara begini. Ini anak kita”
Terus Ramsey menoleh ke arah tempat kanak – kanak itu berdiri tadi. Tiada!. Ada bungkusan di tangan wanita itu.
“kerana terlalu cintakan ibumu, tanpa kau tahu... kau telah menanam mayat isteri dan anakmu sendiri di pohon ini. tidakkah kau ingat tarikh hari ini setahun yang lepas?. Kau menanam aku...kau tanam anak kita....”
Ramsey mencengkam rambutnya. Terus terduduk di tanah sambil meraung.
Dia masih ingat yang mak Raha kata semua itu daging lembu busuk yang perlu ditanam pada waktu malam. Ya.. sudah tentu dia tidak tahu kerana dia tidak dibenarkan oleh mak Raha untuk membukanya langsung. Dia mengorek lubang lebih dalam dari kedalaman kubur yang sepatutnya. Mak Raha katakan padanya yang Masmona curang dan sudah lari dari rumah kerana tidak sanggup menjaganya.
Sebelum kejadian..
Bau kemenyan membuatkan Masmona semakin curiga. Sebuah bilik yang tidak dibenarkan uuntuk dia masuk, telah menarik minatnya. Terdengar hilaian tawa seperti orang berkata – kata. Suara itu suara Mak Raha . Dia yang sedang mengandung enam bulan pada waktu itu cuba juga untuk mengetahui apa yang ada di dalam bilik itu sebenarnya. Di sebalik pintu yang tertutup rapat itu, terdapat lubang kecil yang tidak disedari oleh Mak Raha .
Muka Masmona pucat lesi. Lampu suluh yang tertutup di tangannya terlepas apabila melihat Mak Raha sedang memberi sesuatu makan di atas dulang yang berisi pulut kuning, ayam dan telur. Lidah yang menjilat darah dari bungkusan di tangan Mak Raha itu sangat panjang.
Tubuh Masmona kaku. Takutnya tidak mampu dibayangkan dengan kata – kata. Sedang dia cuba keluar, tiba – tiba tangannya ditarik kasar masuk ke dalam bilik itu. Terus Mak Raha menusuk perut Masmona dengan pisau panjang di tangannya. Masmona menangis dan sebelum ajalnya tiba, dia sempat berkata walaupun dengan nafas yang semakin menghilang.
“Mak juga akan pergi pada hari kami pergi malah mak akan lebih sakit...lebih sakit..” matanya terpejam buat selamanya. Bukan niat Mak Raha untuk membunuh Masmona tetapi dia terpaksa. Bahkan selepas sebulan peristiwa pembunuhn itu, Mak Raha terus jatuh sakit dan belakang badannya berulat hingga menampakkan tulang. Matanya kadang kala berdarah tanpa henti.
Share this novel