Bab 2
END FLASHBACK
TOK TOK TOK
Terus Aliyah tersedar dari termenung apabila Tingkap biliknya dibaling batu..kuat pula itu..kerana bimbang tingkap biliknya itu rosak...terus Aliyah membuka tingkap biliknya..tak perlu dipikirkan siapa yang membaling batu batu tersebut..dia dah lali dan dia dah kenal si pembaling terhandal itu..
"Apa.."soal Aliyah jengkel sambil menyilangkan tangannya memeluk badan sendiri..
"Jom ikut Kash..kita pergi jalan jalan jom..Fad pun ikut.."ujar Achik tersenyum mesra
"Tah Aliyah..asyik duduk dalam rumah je..dah bertahun kita tak lepak sama sama..Aliyah asyik mengelak je dari kitorang"..ujar Fad sambil memuncungkan mulutnya dan dijeling manja Aliyah yang berada di tingkap rumahnya itu..
"Tak payah lah..Aliyah tak Nak keluar..mama saya tak bagi.."ujar Aliyah lagi sambil tangannya mula menutup tingkap..lepas menutup tingkap terus Aliyah bersandar pada tingkap tersebut..sungguh dia rindukan jejaka jejaka tersebut..dah bertahun mereka tidak bertemu kerana Aliyah menjauhkan diri..dalam masa bertahun itu jugalah Kash dan Fad tidak berputus asa ingin membawa Aliyah iaitu gadis kesayangan mereka jalan jalan..bagi mereka..Aliyah ikut mereka sekali pun jadilah..
Diluar rumah Aliyah pula lain pula situasinya..
"Fad..kau bawa tak tangga yang aku suruh tu.."soal Kash sambil matanya masih tidak dilarikan daripada tingkap bilik Aliyah..Fad yang juga tidak berkelip mendongak memandang tingkap bilik tersebut terus menjawab "ada aku bawa"
"Kau Nak buat apa dengan tangga tu.."soal Fad lagi..pelik juga dia apabila Kash meminta dia membawa tangga yang biasa digunakan mereka untuk memanjat atap rumahnya itu..atap tempat mereka melepak dan juga memandang bilik Aliyah..melepaskan rindu..
"Mana"soal Achik sambil kepalanya mula meliar mencari tangga
"Tu Ha...dekat bawah rumah atok..aku sorok dekat situ petang tadi..takut ibu pelik pula nanti kalau aku bawa ke luar tangga tu malam malam Macam ni.."ujar Fad
"Oke jom pi ambik"
*****************
BAMMM..
Aliyah yang ralit bermain telefon pintarnya itu hampir jatuh dari katil apabila terdengar bunyi yang kuat di luar tingkapnya itu..
"Ah sudah..bunyi apa pula tu"bisik Aliyah dalam hati..
Manakala Fad dan Kash hampir tercabut jantung Kerana tersalah menghempas tangga tersebut begitu kuat pada dinding rumah Aliyah..Automatik kepala mereka memandang kiri dan kanan...takut kantoi ingin mencuri masuk bilik Aliyah..
"Line clear tak" soal Kash
"Clear bro"jawap Fad lagi
Terus Kash mule memanjat tangga tersebut dan mengetok tingkap bilik Aliyah..manakala Fad mengekori dari belakang..
TOK TOK TOK
Ah sudah..sapa pula ketok tingkap bilik aku ni..bisik Aliyah perlahan sambil kakinya berjengket jengket Pergi ke Arah tingkap..
Buke saja tingkapnya hampir terduduk Aliyah apabila muke Kash betul betul depan tingkapnya..laju saja tangannya ingin menutup kembali tingkap itu..namun ditahan oleh tangan berurat Kash itu..
Laju sahaja Kash masuk kedalam bilik Aliyah begitu juga Fad yang menyusul dari belakang..
"Eh korang ni dah kenapa" soal Aliyah marah sambil tangannya mencekik pinggannya yang tak berapa nak ramping itu..
Manakala Fad dan Kash langsung tidak gentar dengan Aliyah..malah terus diterpanya gadis tersebut..dipeluk mereka berdua erat..melepaskan rindu yang menggebu di dalam hati...manakala Aliyah pula terkedu..terkejut dengan situasi yang Melandanya itu..
"Hey apa yang korang buat ni.."marah Aliyah sambil menolak mereka daripda memeluknya
"Korang berdua dah tingkatan 5 tau tak...saya pula dh tingkatan 3..sama sama dah baligh..haram tau kite bersentuhan"marah Aliyah lagi..membara hatinya sekarang ini
"Aliyah makin cantik sekarang"ujar Fad langsung tidak heran dengan kemarahan gadis tersebut..baginya marah lah macam mana sekali pun..asalkan rindunya terubat..
"Aliyah kenapa jauhkan diri dari kitorang..bertahun kitorang cari sebab kenapa Aliyah asyik menjauhkan diri dari kitorang..tapi langsung tak dapat..kitorang rindu Aliyah tau tak.."ujar Kash pula sambil matanya bergenang menahan air matanya daripada jatuh.."kalau kitorang tak buat macam ni..sampai mati pun kitorang tak dapat jumpa Aliyah"sambung Kash lagi dengan air matanya yang mula menitis..bergitu juga Fad yang kepalanya sengaja ditundukkan bagi menyorok air mata sedihnya itu..
Aliyah yang sudah boleh bertenang itu kembali duduk di tepi katilnya..sayu apabila mendengar kata kata Kash..
"Kita tak boleh rapat lah Kash,..Kan Mak Nab dan Mak Ani dah larang korang daripada rapat dengan Aliyah..tapi kenapa mesti cari Aliyah lagi" soal Aliyah sayu
Fad yang mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Aliyah terus bangun..merapatkan dirinya dengan gadis itu..lalu di dudukkan badannya di atas lantai..PAP..kepalanya jatuh di atas paha Aliyah..tindakan refleks apabila dia berasa sedih dan rindu pada seseorang..itulah yang akan dibuatnya apabila dia berasa sedih akibat dimarahi atau memarahi..dia akan meletakkan kepalanya di atas paha ibunya..pasti..
Terbutang mata Aliyah dan Kash apabila melihat kelakuan Fad itu..
Hey tak bol..tergantung ayatnya apabila Fad menyampuk..
"Sekejap je..nanti kita dah payah Nak jumpa..Fad dan Kash kena masuk asrama esok"ujar Fad lagi sambil menutup matanya itu..Terus terdiam Aliyah mendengarnya
Terus Kash juga bangun..mendekati Aliyah dan Fad..kepalanya juga diletakkan diatas paha Aliyah..
"Kash tahu apa yang Fad dan Kash buat ni tak baik..tapi kitorang dah tak tahan rindu..kitorang terpaksa buat juga.."ujar Kash
"Bagi kitorang tidur sekejap..Pastu nanti kitorang balik Ye.." jawap Fad pula
"Ermm..tidurlah.."ujar Aliyah sambil menggosok rambut Kash dan Fad itu..
"Esok Aliyah dah takde dekat sini...Aliyah kena pergi Dungun..dah tak duduk sini"bisik Aliyah perlahan sambil tersenyum memandang kedua dua jejaka yang lena di atas pahanya itu..
TOK TOK TOK
"Aliyah..bunyi apa yang bising tadi..mama dengar macam ada benda jatuh" soal mamanya lagi dengan suara yang bimbang..
Erkk terkedu Aliyah..dahlah dia tak boleh Nak bangun sebab pahanya sedang menampung dua buah kepala...
"Takde pape mama..Buku Aliyah jatuh tadi"ujar Aliyah yang terpaksa menipu..Sorry mama..tipu sunat Takpe Kan..bisik Aliyah dalam hati...
"Ha Yelah..ingatkan kamu jatuh katil tadi..takut juga kamu ada sakit dekat mana mana.." ujar mama sambil menunggu balasan gadis itu
"Takde lah mama..goodnight mama...kakak dah nk tidur ni..selamat malam" ujar Aliyah yang terpakse menjerit sedikit...kerana jarak katil dan pintu biliknya sedikit jauh..
"Ya lah" ujar Mak Izah aka mama sambil berlalu pergi..
Fuh selamat..bisik Aliyah lagi..
Bala yang satu dah takde..bala yang ni pula ada..bisik Aliyah lagi..macam mana ni...aihhhh
"Fad ooo Fad..bangun ya..tidur atas katil Aliyah..sakit pinggang dan punggung nanti.."ujar Aliyah..Nak disuruhnya balik..jarak rumah mereka memang agak jauh berbanding rumah Fad dan Kash yang hanya bersebelahan..
"Hermm ya" jawap Fad dalam mamai sambil bangun dan DEBISHHH diterjun nya atas katil gadis itu..
Runtuhlah katil aku..bisik Aliyah sambil mengelengkan kepalanya..
"Aihhh yang ni sorang lagi...aihhh.."keluh Aliyah
"Kash..bangun ya..tidur atas katil Aliyah...nanti lenguh tengkuk tu..."ujar Aliyah sambil mengoncang lengan jejaka tersebut..kalau Fad mudah untuk dikejutkan..lain pula Kash....dia kalau dah tidur..rumah terbakar pun belum tentu dia terkejut...
"Herm"Jawap Kash sambil bangun berdiri dengan wajah mamainya terus dia berjalan ke arah pintu..Aliyah yang melihat keadaan tersebut terus belari ke arah Kash
"Eh eh Kash nak pergi mana?"soal Aliyah pelik
"Nak balik lah..tidur atas katil"...jawap Kash lagi dalam mamai...terus Aliyah menepuk dahinya..geram pula dia dengan Kash ni..
" tak payah..tidur je atas katil Kash..dah lewat sangat ni kalau Kash nak balik.."ujar Aliyah lagi dengan suara jengkel..ditariknya Kash itu menghala ke arah katil..
"Oh oke"jawap Kash sambil terus berbaring di atas katil Aliyah dengan enak..Aliyah yang melihat kedua dua jejaka kesayanggannya ada dalam bilik itu terus tersenyum....terubat sedikit rindunya itu..
Arghh mengantuknya...bisik Aliyah sambil menggeliat..sumpah dalam sejarah dia tidur pukul 1 Pagi malam ini...biasanya pukul 10 dia dah tidur...
Terus mata Aliyah meliar di sekaliling biliknya itu untuk mencari tempat dia tidur...tap mata dia terhenti dekat sofa yang menghadap ke arah katil itu.."sofa pun sofalah"bisik Aliyah
Eh Tapi sebelum aku tidur...terus dia memandang ke arah tingkap bilik yang tidak ditutup itu..perlahan je Aliyah berjalan...takut pun ada..sesampai aje dia dekat tingkap biliknya itu..dia ternampak tangga.."aduihh mana nak sorok tangga ni ek.."bisik Aliyah pening
Hah..terus idea muncul..nasib kepala otaknya terlebih geliga...tariknya tangga itu kedalam bilik...masuk sahaja kseluruhan tangga tersebut..separuh je lagi tingkap biliknya ingin ditutup...terus dia ternampak Kereta polis peronda lalu dihadapan rumahnya..TAP..tingkap ditutup dengan laju.."nasib sempat"bisik Aliyah dengan jantung yang berdebar kencang...
Dengan mata yang mengantuk..kakinya terus diarahkan ke arah sofa..dan sebelum dia melelapkan mata..sempat dia memandang ke arah Kash dengan Fad yang tidur dengan nyenyak itu... tersenyum kecik Aliyah melihat mereka sebelum matanya kian tertutup...
Share this novel