bab 9

Romance Series 1555

Hampir setengah jam Aliyah meneroka biliknya pagi itu...Nak turun Kan...dia masih malu dengan kejadian semalam...baju sekolah bersama dengan tudung siap dipakai...semua kelengkapan sekolah siap dia sediakan...terus di memandang jam biliknya...waktu itu hampir pukul 7.20 menandakan dia harus cepat berlalu...

Terus dia mengambil beg dan membawa turun...belum pun sempat dia kearah pintu...namanya di panggil...

"Aliyah,kenapa turun lambat...kau tahu tak lama aku tunggu kau...confirm nanti aku kena denda..." marah Aiman sambil mengambil kunci motor nya di atas yang berdekatan dengan pintu utama rumah tersebut..tegang sahaja wajah lelaki itu...menunjukkan ia betul betul menahan marah....berbeza dengan Aliyah yang masih kaku berdiri di hadapan tangga tanpa berniat untuk Bergerak...

" Kau buat apa lagi berdiri dekat situ...nak suruh aku dukung ke apa....aku takde masa nak layan kau lah bodoh "marah Aiman sambil mencarut...apahal manusia ni suka menyusahkan aku...gumam Aiman sambil mendegussss... dinaiknya motor itu lalu berkata...." 2minit...kalau kau lambat aku tinggal " ujar Aiman sambil mengSTARTkan motornya itu....

Laju sahaja kaki Aliyah Bergerak memakai kasut...tak sampai seminit pun dah siap..." Emm saya dah siap...jom lah.."ujar Aliyah lagi sambil menundukkan wajahnya...masih terasa dengan Aiman kerana lelaki itu memanggil dia bodoh sebentar tadi...

"Nah pakai helmet ni...CEPAT" arah Aiman tanpa memandang...malah sengaja dipulasnya motor itu agar berbunyi dengan kuat...tanda amaran bahawa dia akan meninggalkan gadis itu bila bila masa sahaja jika gadis itu lambat bertindak.....

Cepat cepat Aliyah menyarungkan helmet tersebut...sebelum menaiki motor lelaki itu...letak sahaja punggung terus motor itu bergerak laju...dan tanpa sedar tangan Aliyah terus memeluk pinggang lelaki itu takut dia terjatuh...mata pula dipejamkan....dalam fikiran Aliyah hanyalah mati...gila dia kalau tak fikir mati...Aiman bawa motor seperi sudah takde hari esok...

Entah kenapa dia rasa motor itu telah berhenti....apabila dibukanya mata..rupanya mereka dah sampai...dan hampir separuh daripada pelajar sekolah itu memandang Mereka...lebih kepada Aliyah sebenarnya...

" awak,saya takut..." ujar Aliyah manakala kakinya laju sahaja mengejar langkah Aiman..takut dan malu bercampur baur apabila banyak mata yang memandang..

"Abaikan..takde maknanya kau nak takut...dah..kau pergi pejabat...daftar kan diri..Tapi aku rasa pejabat belum buka...takpalah...kau tunggu je dekat situ...sebab aku nak pi beratur ni...."ujar Aiman lagi sebelum berlalu kearah kawan kawannya yang sudah mula membuat barisan...

"Aiman tunggu saya"panggil Aliyah sebelum berlari terkedek kedek mengejar langkah lelaki itu

Terus Aiman melepaskan keluhan berat...geram pun ye juga " apalagi kau ni...tak habis habis menyusahkan" marah Aiman...sungguh dia geram dengan gadis itu...rasa nak bagi penampar pun ye juga....

"Eek...saya tak tahu dekat mana pejabat..."jawap Aliyah sambil menunduk...

"Hishhh kau ni...suka sangat menyusahkan aku..."bebel Aiman...terus lelaki itu meliarkan pandangan...nampak aje seseorang yang dicari...laju sahaja di memanggil..." Aina...Woiii Ainaaa" jerit Aiman apabila melihat rakannya atau boleh di panggil "GIRLFRIEND" nya itu seperti tidak dengar akan panggilannya..

Terus aina melangkah kearah Bf nya apabila dipanggil..."ceh tak sweet langsung...dahlah ngepom dengan betina mana entah"bebel Aina sambil melangkah kearah Aiman...gadis yang berada disebelah Aiman itu sengaja dijeling...tidak berpuas hati mungkin...

Sesampai aje dia disitu...terus dia Bertanya.." Awak nak apa Aiman....dahlah tak sweet langsung...kasar je bahasa...huh" marah Aina manja...sambil pinggannya sengaja digoyangkan....sesungguhnya dia tergedik yang melampau...

"Tak payah nak banyak bunyi...kau tolong bawa dia pergi pejabat...nak daftar masuk"arah Aiman lagi sebelum berlalu pergi...manakala Aliyah hanya men diam kan diri...

"Jomlah pi pejabat...kang lewat aku nak beratur...btw Nama kau apa...Nama Aku aina..."ujar Aina pada Aliyah yang berjalan disebelahnya...

"Ha erkk saya Aliyah..."jawap Aliyah perlahan...ditundukkan kepalanya...

"Kau dengan pakwe aku takde pape kan...eh Tapi umur kah berapa eh" soal Aina laju...

" saya dengan Aiman tak lebih pun dari kawan...saya umr15"jawap Aliyah lagi...terasa macam jauh pula pejabat sekolah ini...

"Oh baguslah kalau takde pape...kirenya kite sama umur..jadi kawan ah...aku dekat sini pun tak ramai kawan...berapa kerat je" ujar Aina yang mula menjadi ramah..manakala Aliyah menghembuskan nafas kelegaan...dia ingat gadis itu sombong...tengok dari bercakap dengan dia tadi serupa macam nak ajak gaduh pun ada...

"Nah dah sampai...kau tunggu dekat sini sampai Pejabat buka...jangan pergi mana mana tau....budak budak lelaki sekolah ni bukannya boleh dipercayakan sangat....hati hati ye...aku pergi dulu "jawap Aina sebelum berlalu pergi...

Tersenyum Aliyah melihat gadis itu...mata Aliyah yang hitam mula bertukar hijau..tanda dia sangat sangat menyenangi gadis itu...ya...takda sesiapa tahu tentang keadaannya melainkan Kash dan Fad....mamanya sendiri pun tidak dimaklumkan tentang ini...dan matanya mula bertukar hitam apabila terasa aura negatif daripada tangga...matanya langsung tidak dikelipkan daripada memandang kearah tangga...

Merah muka Aliyah apabila dia dapat mengecam wajah yang membawa aura negatif itu...sapa lagi kalau bukan Aiman....di pasti lelaki itu menahan marah pada seseorang...Tapi yang pasti bukan dirinya...

Terus lelaki itu mendekati Aliyah dan menarik gadis itu untuk turun kebawah..."eh kenapa ni..." soal Aliyah mule ketakutan...muka ditundukkan bagi menyorokkan matanya yang berubah warna...ye...matanya berubah menjadi kelabu..."aku kena Cari penderma lain secepat mungkin"bisik gadis itu...

Langkah Aiman mula berhenti dihadapan motornya....terus dia start motor tersebut sebelum mengarahkan Aliyah naik...manakala mata mata yang memandang diabaikan..

"AIMAN KAU NAK PERGI MANA...NI SEKOLAH...JANGAN NAK PONTENG..."jerkah seorang lelaki yang sedikit tua...langkahnya makin dekat dengan mereka...namun Aiman lebih cepat bertindak...dipusingkan motornya lalu ZUPPPP perkarangan sekolah ditinggalkan....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience