Bab 1
Flashback
Seorang budak perempuan yang berumur 9 tahun bersama dua orang budak lelaki yang berumur 11 tahun sedang bermain masak masak..
"Masukkan pasir dekat dalam bekas tu Kash..nanti Ya nak masak..buat jadi nasi"
"Okeh"
"Pastu Fad pula tolong letakkan air paip dekat dalam jug tu Ye...nanti Kash buat air..Lepas Fad siap letak air..Fad tolong Ya masak ye"arah anak gadis kecil itu
"Beres tapi Fad tak pandai masak..ya tolong ajarkan boleh tak"soal budak lelaki yang bernama Fad itu
"Boleh aje Hehe"
"Oh Ye sebelum tu Kan..malam ni Kash Nak tidur mana,rumah atok ke..ke rumah Kash?"soal gadis kecil itu..sambil duduk bersila di atas rumput depan rumah atoknya itu
"Kash tidur rumah atok lah..boleh main sama - sama dengan Ya..tengok tv..Hehe"ujar budak lelaki yang bernama Daniel atau lebih manje dipanggil Kash itu sambil matanya ralit memandang wajah Aliyah
"Ermm Fad Nak tidur rumah atok juga boleh ke"soal Fad dengan wajah tahan air matanya..sedih hatinya apabila Aliyah hanya bertanya Kan Kash sedangkan dia pun Nak tidur rumah atok juga
"Haha boleh je..kenapa tak boleh pula"
Tapi kebahagiaan anak anak kecil itu hanya sementara..apabila mereka semakin membesar..semakin mereka rapat..semakin banyak halangan untuk mereka bertiga..
"Mak dah cakap Kan jangan rapat sangat dengan Aliyah..kau memang tak paham bahasa ke Kash..mak tak suka kamu asyik berkepit dengan anak dara orang...dia tu dah darjah enam..kamu pula dah masuk tingkatan 2..dua - dua dah baligh..tak boleh bersentuhan..tak boleh tidur sama sama..kau paham tak" Marah Mak Nab aka ibu kepada Kash
"Alah mak ni..Kash rapat je pun..tu Nak marah.."jawap remaja lelaki itu lagi..
"Hey kau dengar sini Eh..sekali lagi aku tengok kau rapat dengan anak si Izah tu..jangan harap aku bagi kau duit belanja..jauh Kan diri kau dari dia..dia tu pembawa nasib malang..satu lagi..kau jangan Nak suka dia..aku tak suka.."ujar Mak Nab sebelum berlalu pergi manakala Kash hanya tunduk memandang lantai dengan air mata yang bertakung..baginya langsung tidak adil..hatinya memang sudah terpaut dengan gadis yang bernama Aliyah iaitu sepupunya sendiri..
Dan tanpa mereka sedar..setiap perbualan mereka didengari oleh gadis itu sendiri..terus Aliyah berlalu pergi..hajat hatinya ingin mengajak Kash bermain sekali..tapi apabila mendengarkan perbualan mereka berdua..dia tak rasa kehadiran dia akan disambut dengan baik..patut lah selama ini apabila dia pergi ke rumah Mak Nab..mak Nab asyik berkata Kash tiada di rumah..
"Takpelah Kalau Kash tak Nak kawan dengan dia..Fad masih ada.."bisik Aliyah sambil kakinya mula berjalan ke arah rumah Fad
*************************
"Abang"panggil mak Ani...aka ibu kepada Fad
"Ye ibu" jawap Fad sambil tangannya mula ingin mencedok nasi..letih bermain bola bersama kawan kawannya masih belum hilang..pikirnya nanti lepas habis makan nasi.dia ingin membawa Aliyah jalan jalan dalam kampung..
"Boleh tak jangan terlalu rapat dengan Aliyah..ibu takut nanti kamu tersuka dia...kamu pun tahu Kan..dalam keluarga kita..berkahwin atau bercinta sesama sepupu atau saudara mara tidak dibenarkan.." ujar mak Ani manakala Aliyah yang baru hendak masuk rumah Fad dari pintu dapur terus berhenti..walaupun dia baru darjah enam...tapi dia masih faham apa yang mereka kata Kan..tapi yang dia tak faham kenapa semua orang tak nak kawan dengan dia...kawan kawannya di sekolah pun bergitu juga..
"Ala ibu..kitorang rapat je pun..kenapa Nak larang bagai.." ujar Fad sambil menahan barannya itu
"Sebab ibu tahu kamu suka dia lah ibu larang..ibu tak Nak perasaan kamu tu makin dalam..Kalau kamu Nak suka orang lain boleh..tapi jangan dia.."ujar Mak Ani sambil berlalu pergi begitu juga Aliyah..melangkah pergi dengan hati yang terluka..tidak sedar bile masa air matanya menitis..tapi sungguh sungguh dia terasa...manakala Fad hanya mampu menggenggam tangannya menahan perasaan...
Dalam masa satu hari..3 buah hati yang hampir bersatu itu terluka
Share this novel