Kerepek di tangan dibuka lalu disuap ke mulut. Mata masih ralit memandang kaca televisyen. Sesekali tangan menyapu tepi bibir yang sudah terkena serdak kerepek tadi. Sesekali juga dia ketawa mengekek menonton rancangan kesukaan nya.
“Ya Allah! "
Dia menoleh.
Riana, kawan merangkap housemate nya sudahpun bercekak pinggang sambil sebelah tangan menepuk dahi.
“Kau dah kenapa? "
“Kau tu yang dah kenapa, cubalah makan tu beradab sikit, kau tu perempuan... Jangan jadi pengotor sangat! "Bebel Riana sambil tangannya lincah mengutip plastik jajan yang di buang begitu saja di atas lantai.
“Ala... Nanti aku bersihkanlah, kau tu asyik nak membebel je. Bukan aku ni pemalas sangat. Yang kau ni balik je terus marah orang kenapa? Stres? "Ujar nya sedikit geram. Riana menjeling sahabat nya. Dia angguk sedikit.
“Itulah kau, pilih lagi nak kerja office, kan dah stres. Cubalah kau pilih kerja yang senang, sapu sampah ke, cuci pinggan ke, buat blog ke... "Cadang nya. Lantas Riana membaling sebiji bantal tepat di muka sahabat nya.
“Ana! "
Kecik besar kecik besar je dia tengok Riana ni. Habis kerepek nya tumpah ke lantai. Dah lah itu kerepek terakhir nya.
Riana dengan selamba nya berjalan masuk ke dalam bilik dengan muka tak bersalah. Sedangkan dalam hati dah terbahak-bahak dia mengetawakan sahabat nya itu. Padan muka. Siapa suruh, makan je kerja. Kan dah kena bagi makan bantal.
WAKTU MALAM
Minyak wangi jenama White Musk Eau De Toilette disemburkan pada pakaian nya. Lip balm dioles sedikit pada bibirnya. Senyuman keterujaan meniti di bibir merah itu.
“Amboi... Lawa nya, bau haruman tu, fuh, dua batu setengah boleh bau" perli Riana yang sedang bersandar pada daun pintu.
Dia menjeling tajam ke arah Riana. Sibuk je!
Setelah selesai, sliding bag di ambil lalu mengatur langkah menuju ke pintu.
“Kau nak jumpa dia? "
“Habis tu, kau ingat aku nak keluar dengan siapa malam-malam ni? "Ujar nya sebal. Dah tahu bertanya pula.
“Tak lah. Aku cuma rasa tak sedap hati dari tadi, kau kena ingat bukan semua lelaki dapat dipercayai" perkataan dipercayai itu ditekankan sedikit. Dia melepaskan satu keluhan. Dah mula dah kawan dia seorang ni. “Aku tahu, tapi dia lain. Hanya dia yang mampu terima aku seadanya "
“Kau pasti? Kau pasti dia tak sama macam lelaki-lelaki lain di luar sana? Yang hanya nak mempermainkan perasaan kau? "Tegas Riana. Wajah sahabat nya direnung. Cuba mencari kepastian pada wajah itu. “Tak, aku akan buktikan dia bukan macam tu. Aku sayang dia, aku tak nak hilang dia Ana. Hanya dia saja"
Dia berjalan melepasi Riana. Riana diam membatu di sana. Dia bukan nya apa. Dia hanya beri nasihat. Dia cuma takut akan perasaan sahabat nya itu. Yang mudah rapuh dan kecewa. Semuanya setelah satu kejadian...
Dia turun dari bas setelah membayar wang tambangan.
Dia melihat kiri kanan sebelum melintas jalan menuju ke arah sebuah restoran yang terletak di seberang jalan.
Restoran mewah itu dipandang dengan penuh kagum. Namun tidak lama setelah dia melihat akan seseorang. Seseorang yang dia kenal dan dia percaya.
“Nazim... "Perlahan nama itu meniti di bibirnya. Tidak sedar air mata mengalir ke pipi.
Kelihatan Nazim bersama seorang perempuan sedang bergelak ketawa bersama-sama. Sesekali itu tangan mereka bersentuhan. Membuatkan hati yang sedia sakit bertambah sakit. Dengan pantas dia masuk ke dalam restoran dan menghampiri meja mereka.
Kelihatan perempuan itu agak terkejut namun Nazim hanya berlagak biasa. Sepertinya sudah mengagak akan kedatangan dia ke sini.
“Apa semua ni? "
“What? "Tanya Nazim bersahaja tanpa sedikit pun memandang ke arah nya.
“I tanya apa semua ni? You dah kenapa Nazim... Sanggup you buat I macam ni?! "Air matanya semakin lebat membasahi wajah nya.
“You, siapa perempuan hodoh ni? "
“Ini? Entahlah, dari ceruk mana pun I tak tahulah. Tiba-tiba je datang sini" balas Nazim tanpa sekelumit rasa bersalah atas ayat yang dilontarnya.
Dia yang mendengar terasa hampir pitam. Betulkan apa yang dia dengar? Dia tidak pekak kan?
“Hey, ugly girl, jangan datang sini lagi. Jangan ganggu boyfriend I, you tahu tak you dah malukan I dengan dia " marah gadis itu. Mana tak nya. Tangisan yang tercetus itu membuat kan semua mata-mata memandang ke arah mereka bertiga.
“I takkan pergi selagi you tak beritahu apa semua ni! I ni girlfriend you, tapi kenapa you sanggup dua kan I? "Dia sudah terduduk sambil menangis tersedu-sedan. Mujurlah dia tidak memakai make-up kalau tak pasti nya orang ingat cik ponti yang menangis dalam restoran ni.
Nazim segera bangkit dari kerusi. Tangan gadis itu ditarik dan segera keluar dari restoran. Cukuplah dia dan kekasih nya dipermalukan. Huh!
“You! You! "Dengan pantas dia berlari keluar mengejar Nazim yang sudahpun keluar dari restoran.
“You! Tunggulah kejap, I tak habis cakap lagi ni" Tangan Nazim ditarik nya.
“Kau nak apa lagi?! "Nazim menarik kasar tangan nya dan mengelap tempat gadis itu pegang tadi pada bajunya. Dia terasa jijik.
Dia yang melihat agak terkesima.
“Apa lagi?! "
Jerkahan Nazim itu membuatkan dia terkejut.
“I... I nak tahu, kenapa you buat semua ni? Apa kurangnya I Nazim? Tak cukup ke segala cinta yang I dah bagi pada you? "Kendur sahaja suaranya. Nazim tersenyum sinis. Perempuan di sebelahnya sudah tergelak. Gelak sinis.
“Diandra Asyitah, sebaris nama yang tak pernah langsung ada dalam hati aku"
ZAP!
Lemah lutut dirasakan. Namun dia cuba bertahan. Walaupun hati nya sudah hancur lebur dengan kenyataan yang keluar dari mulut lelaki bernama Nazim Azman. Ya Allah, kau kuat lah hati ku untuk menerima semua ini. Doa nya.
“K... Kenapa? Kenapa Nazim? Adakah saya tak layak untuk masuk ke dalam hati awak? "Tanya Diandra. Empangan air mata yang bila-bila saja hendak pecah ditahan dahulu.
“Kau bukan saja tak layak. Tapi memang takkan pernah! Hati lelaki mana yang akan sukakan perempuan gemuk macam kau? "Sindir nya. Diandra terdiam. Ya, dia bukanlah seperti perempuan-perempuan lain. Yang cantik, yang menawan, yang seksi. Dirinya hanyalah seorang wanita gemuk, hodoh dan bodoh. Bodoh kerana terlampau mempercayai kata-kata manis lelaki ini.
“Look at her. Cantik dan hot, kulit putih berseri, kaya. Inilah perempuan idaman aku, perempuan idaman semua orang" sengaja dia memuji kekasih nya agar Diandra lebih terluka lagi.
Gadis itu pula sudah kembang kempis dipuji sebegitu. Pinggang lelaki itu dipeluknya. Bibir bawah digigit tanda menggoda. Kepala nya disandarkan pada dada Nazim.
Diandra yang melihat aksi itu sudah tidak mampu menahan nya lagi. Lantas dia mengundurkan diri pergi dari sana membawa sekeping hati yang hancur itu.
Betul cakap Riana. Semua lelaki sama saja, suka mempermainkan perasaan gadis sepertinya.
Assalamualaikum, kembali lgi dengan novel baru. Alhamdulillah, F.N dah habis exam jdi blh lah mengupdate seperti biasa. F.N tidak draft setiap novel yg dibuat, semuanya hanya ikut idea yg dtg dri dlm kepala. F.N tak tahu lgi klu novel ni blh ditamatkan atau tidak. Bergantung kpd idea jga. Apa-apa pun enjoy reading ^^
Share this novel