Di saat ku menjadi pilihan
Kau menjadikanku yang pertama
Di saat ku dalam kesedihan
Kau menyanyikan lagu irama
Ku mampu tempuhi halangan
Tapi tidak akan ku mampu tanpamu
Kerana kau berikanku bahagia
Bila kau menyatakan cintamu
Kerana kau membuatku terlena dalam rindu
Aku cinta padamu
Di saat ku memikul bebanan
Kau memberikanku kekuatan
Oh kehadiranmu hanya satu
Sentiasa menemaniku
Lagu Kerana kau oleh Daiyan Trisha dinyanyikan oleh nya bersama dengan petikan gitar yang merancakkan lagi lagu itu.
Saat sepasang kaki melangkah masuk ke dalam kedai muzik milik abang kembarnya, perkara pertama yang dia tangkap adalah suara nyanyian itu. Matanya digerakkan ke kiri ke kanan, cuba mencari dari mana datangnya suara merdu itu.
Takkanlah Ariffin bawa perempuan ke sini? Getus hatinya. Tapi suara itu membuatkan dia terbuai. Satu perasaan mula menjalar ke dalam hatinya. Aneh. Dia tidak pernah merasai nya sebelum ini.
Kaki nya mula bergerak mengikuti suara itu yang semakin lama semakin dekat hinggalah dia terpacak di hadapan pintu.
Baru hendak membuka...
“Bro! "
Terkejut dirinya.
“Kau kenapa datang tak bagitahu aku, main masuk je... Mujur aku tak suruh Dian kunci pintu tadi" kata Ariffin. “Dian? Siapa tu? Pekerja baru kau? "Tanya Arif pelik. Setahunya, hanya abang nya saja bekerja di kedai muzik ni. Mana pernah dia nampak sesiapa melainkan abangnya.
“Dian tu dah lama di sini, cuma dia pemalu sikit orangnya. Dia jarang nak tunjuk wajahnya pada orang lain selain budak-budak yang datang ke sini" balas Ariffin. “Tapi kenapa aku tak nampak dia semalam? "Tanya Arif lagi. Adakah Dian yang Ariffin maksudkan itu seseorang yang berada di sebalik pintu ini?
“Oh, dia... Ada urusan sikit, itu yang dia tak datang tu. Ala... Kau janganlah risau, pekerja aku, tahulah aku" balas Ariffin. Dia menarik tangan Arif agar jauh dari bilik Diandra.
Setelah memastikan tiada bunyi, Diandra menghela nafas lega. Mujur Ariffin sampai tepat pada masanya. Tapikan, siapa lelaki tu? Bro? Kawan dia ke? Atau family dia?
Sepanjang dia bekerja di sini, Ariffin tak pernah sebut apa-apa pun tentang lelaki tadi. Ah... Dia peduli apa, bukan urusan dia.
Disinilah dia bekerja. Disini jugalah dia melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Bernyanyi sendiri membuatkan dia tenang. Ariffin tahu tentang apa yang terjadi pada dirinya. Tiada rahsia antara mereka. Hanya Ariffin lah lelaki yang sudi menerima dirinya. Hanya lelaki itu yang dia boleh percaya.
Dia cuba melupakan semuanya. Kisah duka nya. Tidak mahu terus terluka lagi. Namun, apalah sangat khudratnya? Hanyalah seorang insan yang kerdil berpijak di bumi ciptaan-Nya.
Kunci diserahkan pada Ariffin sebaik sahaja pintu kedai dikuncinya.
“Thanks"
Diandra sekadar tersenyum paksa. Tidak mahu menampakkan kesedihannya.
“Hey, what's going on? "Tanya Ariffin. “Tiadalah" balas Diandra. Ariffin menarik nafas. “Dian, aku bukan kenal kau sehari dua, dah lima bulan. Aku faham apa yang kau rasa, tapi kau tak perlulah nak seksa diri kau sendiri" nasihat Ariffin. “Aku okay. Aku sedar diri aku siapa, tak layak nak berganding dengan dia" kata Diandra sayu.
Ariffin geleng.
“Bukan kau tak layak, tapi dia yang tak nampak. Dian, manusia itu sudah dicipta berpasang-pasang. Kau patut bersyukur dia tinggalkan kau, sebab mungkin dia bukan jodoh yang Allah dah aturkan untuk kau. Remember, segala yang terjadi ada hikmahnya, kita sebagai hamba Allah kenalah bersabar. Sebab... Sabar itu indah"
Diandra senyum nipis. Mungkin betul apa yang Ariffin cakap. Mungkin dia perlu redha, yang dia dan Nazim tidak ada jodoh.
“That's my teddy bear " hidung Diandra dicuit manja. Suka dia melihat senyuman gadis di depannya ini. Mereka yang lain mungkin membenci Diandra, tapi bagi dia, dia suka berkawan dengan Diandra, gadis ini unik bagi dirinya. Mungkin juga boleh jadi lebih dari kawan...
“Urm... Kau free tak? "Tanya Ariffin secara tiba-tiba. “Kenapa? "Diandra sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Urm... Nak keluar bersama-sama? "Ariffin menggosok belakang tengkuknya. Dia terasa malu sekarang ni apabila Diandra memandang dirinya agak lama. Walhal selalu je bersama-sama.
Diandra agak terkejut dengan ajakan itu lantas melarikan pandangannya.
“Sorry, kau bawalah orang lain. Aku tak nak malukan kau depan orang lain" tolak Diandra. “Dian... Please, aku tahu kau masih sedih tapi sekali je, aku merayu sangat " kedua-dua telapak tangan sudah dicantum bersama.
Diandra mengemam bibir. Ini bukan ajakan, ini rayuan ni. Haih...
“Okay, tapi sekali saja"
Mata Ariffin sudah bersinar-sinar mendengar nya.
“Thank you Dian! Thank you! "Dia tidak dapat menyembunyikan keterujaan dirinya membuatkan Diandra ketawa. Umur dah 28 tapi perangai macam budak umur 8 tahun.
Apa-apalah. Asal kau bahagia.
Share this novel