Bab 2

Drama Completed 64603

“Sayang, mari makan. I dah masak ni... Nanti lambat you pergi kerja "

Dia hanya memandang sepi makanan yang berada di atas meja itu. Tiada selera langsung dia mahu memakan apatah lagi menjamah nya.

“Aku dah kenyang"

Dia berjalan ke muka pintu. Kasut hitam miliknya disarungkan ke kaki.

“Sayang. You tak makan apa-apa pun dari semalam, macam mana you boleh kenyang? "Tanya nya dengan wajah yang hairan. Balik saja dari kerja, lelaki tu terus tidur. Tanpa menukar pakaian atau mandi, terus sahaja memanjat katil dan tidur.

“Kau boleh tak jangan nak semakkan fikiran aku pagi-pagi?! Aku cakap aku kenyang tu kenyang lah! Tak payah nak sibuk hal aku! "Jerkah nya. Dia diam di sana. Bukan sekali dua, tapi sudah banyak kali dia dibentak. Hati isteri mana yang tidak pedih kalau dilayan acuh tak acuh oleh suami sendiri.

Tanpa membuang masa, dia segera beredar meninggalkan isterinya yang masih lagi terpacak depan pintu rumah. Ah... Lantak lah! Nak berdiri sampai tahun depan pun dia tak kisah!

Makanan di dalam pinggan dikuis-kuis. Seleranya punah sejak semalam lagi.

Riana menghentikan suapan nya. Wajah Diandra ditenung dengan perasaan simpati.

“Dian, kau janganlah macam ni. Aku dah cakap Nazim tu nak permainkan kau saja"

Sekali lagi air matanya meluncur laju ke pipi. Makanan ditolak ke tepi. Wajahnya disembam pada tangan yang diletakkan di atas meja.

Riana cuba menenangkan Diandra dengan mengusap lembut kepala Diandra. “Dian. Kau jangan macam ni, banyak lagi lelaki di luar sana tu, bukan Nazim je"

“Buat apa aku nak cari orang lain kalau mereka semua hanya nak permainkan perasaan aku? "

“Tapi... "

“Luka yang dia beri pun belum sembuh, kau nak aku tambah luka lagi? Sudahlah, aku tak perlukan nya lagi. Aku benci! "

“Dian, takkan sebab seorang lelaki kau nak benci semua sekali? Aku tahu yang macam Nazim tu mungkin banyak tapi ada juga yang betul-betul serius dengan hubungan tu kalau mereka sayangkan pasangan mereka" nasihat Riana. “Bagitahu aku, bagitahu aku siapa yang akan sayang aku? Siapa yang akan cintakan aku? Siapa yang akan buka hati dia untuk terima makhluk hodoh macam aku?! "Hambur Diandra. Disebabkan dia bangun terlalu cepat membuatkan kerusi yang diduduki nya terbalik ke belakang.

Riana diam.

“Tiada! Aku tak macam perempuan lain di luar sana, tak macam kau, kau cantik Ana, kau luar biasa. Ada kerjaya sendiri, kau bijak. Tapi aku? Siapa nak aku? Siapa nak jadikan perempuan gemuk dan hodoh ni isteri dia? "Diandra menghambur kan semua yang terbuku di hatinya membuatkan Riana semakin tidak dapat berkata apa-apa.

“Mungkin aku tak layak untuk mencintai atau dicintai"

Dia segera berlalu ke biliknya meninggalkan Riana di meja makan seorang diri. Dia melepaskan keluhan. Pinggan nya juga ditolak ke tepi. Dia tidak jadi ingin menghabiskan makanan setelah melihat keadaan Diandra yang benar-benar terluka. Hati yang kecewa dan hancur, sahabat mana yang tenteram melihatnya?

“Bro, sampai bila kau nak duduk sini? Takkan nak biarkan syarikat kau tu? "

“Tsk, I'm the CEO, aku boleh datang atau tak sesuka hati aku"

“Aku tahu, tapi dah tiga hari kau tak masuk kerja, asyik lepak kedai aku je. Kalau ada apa-apa meeting ke, outstation ke, takkan nak suruh PA kau yang handle? "Tambah Ariffin. “Ah... Aku tak kisah, biarlah dia handel sorang. Jadi CEO lagi bagus, kerja asyik nak arah-arahkan orang" bebel nya tak puas hati.

PA merangkap isteri nya sendiri. Dia pasti wanita itu sedang tertekan sekarang. Banyak kerja yang dia suruh wanita itu buat. Tch, padan muka. Nak tunjuk caring sangat kan. Rasakan!

Ariffin Hazim sudah pun menggelengkan kepala melihat telatah adik kembar dia ni, Arif Haziq. Mereka berdua kembar tak seiras jadi senang untuk membezakan mana abang mana adik. Tak semua tahu akan status mereka sebagai adik-beradik kerana Arif memilih untuk merahsiakan nya daripada pengetahuan awam.

Arif Haziq. Siapa tak kenal? Usahawan berjaya dan termuda di Malaysia. Syarikat nya antara pengeluar minyak wangi yang paling berjaya. Selain itu, dia juga merupakan model bagi keluaran minyak wangi nya sendiri dan juga beberapa barangan lain di bawah naungan dia.

Berita perkahwinan antara Arif dan Dayana menjadi topik yang paling hangat dibicarakan oleh pelbagai media termasuklah di saluran radio. Ramai yang mengucapkan tahniah pada mereka berdua dan juga kepada Arif.

Namun, mereka tidak tahu apa yang ada disebalik perkahwinan ini. Ianya bukanlah satu ikatan cinta melainkan terpaksa. Setelah mereka berdua ditangkap basah oleh pihak Jabatan Agama Islam, mereka terus di kahwinkan tanpa sesiapa sangka.

Isu ini tidak dihebohkan kerana Arif tidak mahu nama baik nya tercemar dek kerana insiden memalukan itu.

Sejak itu jugalah Arif membenci isterinya. Dia tidak tahu apa motif wanita itu, dia tidak tahu kenapa wanita itu ada bersama dalam biliknya sewaktu dia bekerja di luar negara.

“Dik, kau tak nak beri peluang ke pada Dayana? Jangan kau seksa dia macam tu, dia pun isteri kau, kan" tegur Ariffin. “Tch, never. Aku tak perlu dan takkan sesekali beri hati aku pada dia" balas Arif tegas.

“Kenapa? Give me one reason kenapa kau tak nak beri peluang pada dia? Mungkin dia punca kau terjebak dalam perkahwinan ni tapi semua orang pernah buat salah. Aku tengok dia beria-ria nak tunjukkan cinta dia pada kau" balas Ariffin. Dia pun tidak berapa pasti kenapa adik nya sorang ni tersangat lah ego. Dia hari-hari makan ego sendiri ke apa?

“I have anything, rumah, harta, peminat, aku tak perlukan benda tu... "

Ariffin ketawa besar. Tapi kedengaran seakan-akan menyindir pada telinga Arif. Dia memandang Ariffin dengan pandangan tak puas hatinya.

“One day bro, one day. Kau pasti akan tarik balik kata-kata kau tu. Ingat, harta duniawi kau ni, takkan menjamin kebahagiaan kau"

Ariffin menepuk-nepuk bahu Arif sebelum melangkah menghampiri sekumpulan budak-budak yang sedang menunggu nya.

Arif hanya mendengar tapi tidak diambil kisah. Tarik balik? Huh, dia tidak pernah menarik balik setiap kata-kata nya. Ego is ego.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience