BAB 3

Fantasy Completed 4218

Siapa sangka bangsa kerdil seperti kami ini tidak mampu untuk bersaing? Berkat usaha mengumpul genius-genius di serata tanah air, akhirnya Al-Buraq, sebuah kapal angkasa yang diambil nama dari kenderaan yang telah membawa Nabi Muhammad dalam perjalanan Isra’ Mikraj telah dicipta. Mungkin berkat nama Buraq itulah mereka menjadi pendahulu perlumbaan hebat itu, selain dari berkat kepimpinan Eman.

“Baik, tapi kau imamkan, ya?” balas Azim. Eman sekadar mengangguk. Masitah menyelak rambut yang menutup matanya. Eman direnungnya dengan penuh makna, kepimpinan yang digambarkan oleh jejaka itu jelas telah lama mencuri hatinya. Eman, tahukah kau yang sudah lama hati ini menaruh rasa sayang terhadap kau? Kau ialah Prince Charming bagi semua wanita di dunia, malah kau mempunyai ciri-ciri yang didambakan untuk menjadi calon suami yang mithali; beriman, berani serta kacak.

Baru sahaja Eman mahu melangkah pergi dari kopkit itu, skrin lusuh yang sering menjadi tarikan mata kru kapal Al-Buraq tiba-tiba bercahaya, berkelip-kelip lalu menyala. Perdana Menteri Shahrin berada di dalam posisi yang seringkali menjadi bayangan dalam kotak fikiran Masitah.

“Eman! Skrin tu bercahaya!” teriak Masitah penuh keterujaan. Eman lantas menoleh ke arah belakangnya, senyuman mekar di wajah kacaknya itu. Dia lantas ‘berenang’ dalam keadaan terapung mendekati skrin komputer.

“Mas, kau panggil rakan-rakan kita yang lain, katanya yang skrin ini dah berfungsi kembali!” jerit Eman kegembiraan. Andai boleh dia melompat pada waktu iu, tidak akan dia mempersiakan-siakan peluang seperti tadi.

“Kapten Eman Abdullah, lama tak jumpa kamu, ya?”

“Assalamualaikum Datuk,” Eman melontarkan teguran secara berlapik kerana kegopohan Datuk Shahrin yang terus melulu tanpa menguntumkan salam sebelum memulakan bicara. Datuk Shahrin tersenyum, Eman memang tidak pernah berubah. Itulah sikapnya, namun ia sangat menyenangkan semua orang.

“Waalaikumusalam Eman. Bagaimana dengan perkembangan perlumbaan kita?” soal Datuk Shahrin. Senyuman lantas terukir di bibir merah Eman, ada berita gembira untuk diraikan oleh rakyat Malaysia yang tercinta; mereka ialah pendahulu kepada perlumbaan yang bersejarah itu.

“Kita mendahului Datuk!” tutur Eman dengan raut wajah yang berseri-seri. Dalam masa yang sama, semua kru kapal angkasa itu menyertai Eman di kopkit. Zulhelmi, Masitah, Azim, Amirul, Celia dan Azham.

“Bagus! Bagus! Alhamdulilah. Syukur kepada Allah!”

“Datuk…” tutur Zul, jejaka yang berambut hitam pekat, berkaca mata dan berlesung pipit itu sambil tersenyum. “Bagaimana kita boleh memperolehi teknologi canggih yang hanya dimiliki oleh Amerika dan Russia?”

“Berterima kasih pada budak kecil ni!” kata Datuk Shahrin sambil menarik seorang budak perempuan yang berusia dalam lingkungan 16 tahun. Masing-masing terpempang dengan apa yang disajikan; mustahil anak mentah seusia itu mampu menghasilkan sebuah teknologi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience