BAB 2

Fantasy Completed 4218

“Azim? Kau dah solat?” Eman mengingatkan Azim. Azim tidak menjawab sebaliknya bangkit dari kerusinya dan terus terapung sambil ‘terbang’ ke arah bahagian surau yang disediakan.

“Solat maghrib hari ni, aku ingatkan nak buat berjemaah!” Eman melahirkan apa yang terbuku di dalam hatinya. Baginya solat itu sangat penting kerana merupakan medium untuk berhubung dengan Yang Pencipta. Walaupun teknologi yang dimiliki oleh Malaysia tidak sehebat Amerika dan Russia, tetapi merupakan sebuah keajaiban apabila Malaysia mampu mendahului perlumbaan tersebut, menongkah segala kemustahilan. Eman percaya resipi kejayaannya itu ialah solat. Tanpa solat, pasti Malaysia hanya akan menjadi bahan tawa dalam perlumbaan itu.

Masih tersemat di ruang ingatan Eman ketika detik Datuk Seri Shahrin Ruslan melahirkan hasratnya untuk membawa Malaysia menyertai perlumbaan ke Marikh di persidangan PBB, lelaki tua itu menjadi bahan tawa serta jenaka orang nombor satu di negara lain. Perdana Menteri Shahrin yang kini dilabelkan sebagai jelmaan Arwah Tun Dr. Mahathir meminta masa hanya selama 5 tahun untuk membuktikan keupayaan anak Malaysia terutama bangsa Melayu. Baginya, pengalah bukan selamanya kalah, pemenang bukan sentiasa menang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience