BAB 1

Fantasy Completed 4218

Mempelajari sama ada kehidupan di Marikh atau belajar bagaimana alam semesta bermula, ada sesuatu yang ajaib tentang menolak kembali sempadan pengetahuan. Itu menjadi sesuatu tentangnya yang membuatkan ia menjadi sebahagian dari menjadi manusia – dan ia pasti akan berterusan sehingga ke akhirnya.

Pemilik nama Marikh, merupakan sebuah dunia yang sangat berbeza dengan bumi tempatku berpijak. Sinonim dengan gelaran tanah merah, itulah destinati kami. Perlumbaan membawa nama Malaysia tidak akan kami mempersia-siakan.

Kesempatan ini kami rangkul dan dakap dengan penuh kemas dengan semangat patriotisme yang tinggi, demi menjulang nama anak melayu dan juga Malaysia seperti kami juga mampu bersaing dengan bangsa lain di dunia. Kapal Angkasa Al-Buraq meluncur laju di cerekawala yang dihuni oleh ciptaan tuhan yang sangat mengasyikkan mata.

Tangan kanan Eman sedang erat menggengam secangkir kopi yang dibuat khas menggunakan teknologi terkini, sambil memerhatikan dua orang anak buahnya, Azim dan Masitah sedang mengawal kapal angkasa itu di bahagian kopkit Al-Buraq. Eman, seorang jejaka yang berambut hitam pekat, berjangut nipis di bahagian dagunya baru sahaja menunaikan solat di atas kapal angkasa itu sedang memantau perkembangan kapal angkasa.

“Kawan… bagaimana posisi kita?” soal Eman perlahan sambil meniup-niup kopinya yang panas itu. Masitah bergerak ke arah bahagian komputer canggih abad ke-23 itu lalu memulakan tarian jarinya di atas papan kunci, mencari maklumat yang diperlukan oleh Eman, nahkoda kapal angkasa Al-Buraq.

“Eman… kita berada pada jarak 20 juta batu lagi untuk tiba di Marikh. Alhamdulilah, kita masih mendahului perlumbaan ini. Amerika Syarikat dan Russia sedang mengejar kita dari belakang. Di ikuti oleh Perancis, Iran, China dan Jepun,” jelas Masitah panjang lebar.

“Kalau macam ni, alamatnya lama lagilah kita nak sampai ke sana,” kata Azim sambil mengaktifkan pemanduan automatiknya, lalu memusingkan kerusi rodanya itu menghadap Eman.

Masitah kembali merenung Azim. “Aku rindu keluarga kita…” kata Masitah sambil mengalihkan renungan ke arah skrin gergasi di bahagian kopkit itu.

Pada jarak yangs ejauh itu dari bumi, amat mustahil untuk berhubung secara langsung dari bumi. Malaysia tidak punya teknologi yang secanggih itu.

Walaupun setiap angkasawan di dalam Al-Buraq saban hari akan merenung skrin hitam itu dengan berharap yang imej Perdana Menteri Malaysia, Datuk Shahrin Ruslan akan menjelma sambil mengukirkan senyuman semangat sambil mengusap tangan berkedutnya. Namun, itu semua ialah sekadar angan-angan yang pastinya tidak akan kesampaian. Mereka harus berpijak di atas realiti, hidup bukan seindah yang disangka, manis bukanlah selamanya dan matahari bukan menyinar sepanjang masa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience