BAB 4

Romance Completed 6498

“Pagi tadi ok je cuaca, asal petang ni hujan. Dah la payung tak bawak, nak balik macam mana lah.”

Aku mengumam sendiri. Hujan lebat di luar diredah oleh sesetengah pelajar lelaki aku pandang.

Takkan aku nak redah jugak, lecun la baju aku. Aku berjalan keluar. Satu-satunya tempat sesuai untuk aku tunggu sampai hujan ni reda, gerai Mak Leha. Dekat sekolah, sesak sangat dengan mak ayah masing-masing parking kereta depan pagar. Berasak woo.. kalau balik, mesti kena percikan air. Ampun tak sanggup!

Aku duduk di salah satu meja yang kosong di gerai itu. Suasana sedikit lenggang, mungkin kerana hujan barangkali.

Aku terkejut tatkala satu mug dihulurkan padaku. Milo panas. Wajah Haikal ku pandang.

“Saya tak order pun.”

Aku cuba menolak. Mungkin dia tersalah hantar. Haikal mengerutkan kening.

“Oh.”

Dia membelek buku nota yang dibawanya.

“Maaf, salah pesan. Err, awak minum je yang ni, saya belanja. Abang yang kat sana pesan teh o panas bukan milo.”

Ujarnya sambil menunjuk ke arah seorang lelaki dalam lingkungan 30 an seberang mejaku. Dia berlalu untuk membuat pesanan baru.

Milo panas itu ku hirup perlahan. Nasib baik yang salah pesan tu milo, memang kebetulan sangat aku suka milo. Aku tersenyum sendiri.

Hujan yang mulai reda ku tadah dengan tangan. Boleh kot macam ni kalau aku redah, tak ada lah teruk sangat. Takkan kau nak tunggu sini sampai hujan berhenti.

Namun, belum sempat kaki ku melangkah, ada yang menghulurkan payung pada ku. Haikal!

“Awak boleh demam kalau kena hujan tahu.”

Katanya.

“Eh, tak apa.”

Aku menolak lembut. Aku tahu dia juga mesti perlukan payung tu untuk balik.

“Saya ada payung spare.”

Jawabnya seakan mengerti tentang kebimbangan ku.

Aku mengangguk. Payung merah hitam itu bertukar tangan. Payung itu ku buka dan dengan berhati-hati aku melangkah pergi dengan senyuman yang tidak lekang dibibirku.

‘Terima kasih Haikal.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience