BAB 3

Romance Completed 6498

Dia menyusun pinggan, mangkuk yang ditinggalkan pelanggan tadi ke atas dulang. Meja yang sedikit kotor dengan makanan yang tumpah dibersihkan dengan kain sehingga bersih. Dulang diangkat untuk dibersihkan pinggan mangkuk itu namun tiba-tiba satu tangan telah membantunya mengangkat dulang itu.

“Saya tolong.”

Damia yang membawa dulang itu ke dalam. Haikal terkedu.

“Awak buat apa sini?”

Haikal menyoal lembut meski rasa geram tetap bertandang dalam hatinya.

“Awak marah saya lagi?”

Damia memandang tepat ke arah mata Haikal.

“Put yourself in my shoes and it would be weird is not get angry.”

“Ok. Saya mintak maaf.”

Damia cuba memujuk.

Haikal bangun dari kerusi. Dua tiga orang pelanggan yang masuk ke dalam gerai dipandang.

“Saya kena kerja. Kalau dah selesai, awak boleh balik.”

Ujarnya perlahan. Buku nota kecil dan pen dikeluarkan dari poket dan dia bergerak ke arah pelanggan yang mula duduk di meja untuk mengambil pesanan. Damia ditinggalkan termanggu-manggu.

Damia mengeluh berat. Peristiwa yang menyebabkan pergaduhan mereka 1 tahun lalu kembali berlegar dalam kepalanya.

“Awak, kenapa tak angkat call saya?”

Haikal menyoal.

“Saya tengah bercakap dengan kawan, yang awak call masa tu kenapa?”

Damia menjawab endah tak endah.

Bukan dia tidak sayang akan Haikal namun dia perlu buktikan pada kawan-kawannya bahawa Haikal yang tergila-gilakannya. Siapa tidak bangga dapat menambat hati jejaka yang terkenal dengan kepintaran dan juga kacak. Hanya dia yang berjaya menawan hati Haikal.

Desakan kawan-kawannya untuk membuktikan Haikal memang amat menyayanginya membuatkan dia terpaksa menunjukkan Haikal yang sibuk mengejarnya dan meyakinkan mereka bahawa Haikal tidak akan memandang perempuan lain.

“Awak dah berubah semenjak dua ni kenapa? Saya ada salah dengan awak?”

Haikal cuba mengalah meski itu bukan salahnya.

“Awak nak putus?”

Soal Damia tiba-tiba. Niatnya hanya untuk mendengar Haikal merayu seperti biasa. Dia suka berasa diperlukan.

Tuutt..tuutt..tuuttt..

Talian dimatikan. Damia kaget, tidak biasanya Haikal seperti ini. Haikal biasanya akan memujuk dan merayu agar dimaafkan silapnya. Merayu dan merayu supaya ikatan mereka tidak akan berakhir begitu.

Damia ingin menelefon kembali namun niat itu dibatalkan. Egonya harus dijaga.

Teettt..teetttt

Satu mesej yang diterima daripada Haikal cepat dibuka.

‘Bagi awak, semua perkara adalah mainan tapi bagi saya bila berkait soal cinta, hati dan perasaan, itu semua perkara penting. Tak ada istilah mainan dalam cinta saya. Tapi apa yang awak mintak selama ni, saya akan tunai kan kalau tu yang awak nak dan boleh bahagiakan awak. Kita putus.’

Damia terpampan. Mesej yang diterima cukup membuat hatinya kaku. Tangannya sejuk. Dia cuba mendail nombor Haikal beberapa kali namun tidak diangkat. Disitu lah pengakhiran hubungan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience