BAB 6

Romance Completed 6498

1 BULAN KEMUDIAN.

Aku tergelak kuat dengan celoteh Khairul. Hampir sebulan mengenalinya, sikapnya menyenangkan aku. Selepas peristiwa dirumah Haikal, aku bertekad untuk melupakannya dan memulakan kehidupan baru. Permulaannya ialah menyambut huluran perkenalan Khairul yang telah lama aku abaikan.

“Awak tak letih ketawa?”

Khairul memandangku yang ketawa dari tadi.

Aku menggeleng. Perut yang senak ku tekan. Natasya yang turut bersama kami juga tidak henti ketawa, mukanya yang putih berubah merah.

“Tak letih kawan dengan saya?”

“Tak.”

Jawab ku selamba.

“Tak bosan dengan lawak saya?”

“Tak.”

“Tak benci saya?”

“Tak.”

“Tak letih sayang saya?”

“Tak.”

Ohoh! Mulut ku tekup. Amboi, main perangkap aku boleh la.

Natasya ketawa. Dia lah insan yang paling gembira bila aku mula bersahabat dengan Khairul. Dia tak nak aku bersedih macam dulu lagi bila kejadian sebulan lepas aku ceritakan pada dia.

“Eh, aku nak pergi beli air.”

Natasya meminta diri. Nak bagi ruang untuk aku dengan Khairul la kononnya. Drama betul dia ni. Lengannya ku tarik.

“Tak payah mengada sangat.”

Ujar ku separuh berbisik.

Kami sama-sama ketawa dengan rancangan Natasya yang gagal. Aku tahu Khairul menyukaiku namun, hati ini masih sakit. Beri aku masa Khairul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience