Rate

BAB 7

Other Series 1604

Pada waktu pulang, Sahira and the friends keluar dari kelas. Sambil berjalan mereka melihat beberapa orang murid lelaki sedang lepak di taman. Wanie yang pantang tengok lelaki hensem, acah-acah sopan.

Tapi sayang, diaorang sikit pun tak pandang. Alya yang perasan hal itu mula gelak terbahak-bahak.

"Kesian...". perli Alya. Sahira hanya senyum kerana ingin menjaga hati kawanya. Wanie mula terasa hati dengan Alya. Dia berjalan meninggalkan kawan-kawanya. Sahira yang perasan terus menyiku Alya disebelahnya.

Alya memandang ke arah Wanie yang mula meninggalkan mereka. Dia mula berasa serba salah. Dia memandang Sahira seolah olah meminta simpati.

"Apa? Kau jangan nak minta tolong aku. Padan muka. Lain kali tapislah dulu sebelum nak cakap apa-apa". kata Sahira yang faham benar dengan perangai Alya jika mereka bergaduh.

Alya mula tarik muka.

"Alah tolonglah...". rayu Alya.

"Yelah, nanti esok pagi pandai-pandailah aku pujuk dia". balas Sahira yang tidak selesa dengan rayuan kawanya.

"Yeyy, sayang kau!!" kata Alya seraya memeluk Sahira.

"Eh, kau jangan nak mengada ngada". marah Sahira cuba menolak Alya. Alya ketawa melihat Sahira yang cuba nak melarikan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience