Rate

BAB 4

Other Series 1604

Pada waktu rehat, mereka beratur untuk membeli makanan. Alya membeli makanan, Wanie membeli minuman dan Sahira mencari tempat untuk di duduk. Maklumlah bagi kami pelajar bukan senang nak cari tempat kosong, susah tau macam cari jodoh. Just kidding.

Apabila jumpa, cepat-cepat Sahira duduk dan menjaga tempat untuk kawan-kawanya.

"Cepat kau jumpa tempat kosong". kata Wanie. Alya datang membawa tiga bungkus plastik berisi sandwich.

"Tengoklah orangnya". puji Sahira pada dirinya sendiri. Wanie hanya mencebik sedangkan Alya sudah menjamah sandwich yang baru dibelinya.

"Dah baca doa ke belum?" tanya Sahira. Alya hanya tersenyum malu.

Selepas habis menjamah sandwich dan air sirap, kami pun masuk ke dalam dewan. Sekolah kami telah meminta setiap pelajar untuk ke dewan selepas rehat untuk mengelakkan sebarang insiden berlaku.

Kemudian, kami bertiga pun bersurai masuk ke dalam kelas masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience