Rate

Bab 3

Other Series 1604

Semua guru berkumpul di tapak perhimpunan untuk merasmikan perhimpunan mingguan.

"Ah malasnya, setiap kali hari Isnin mesti ada perhimpunan.Benci. Benci. Benci". bebel Sahira dalam hati. Wanie yang faham akan riak Sahira itu hanya boleh mengelengkan kepala.

Selepas tamat menyanyi dan berikrar. Cikgu Azlin sebagai guru yang bertugas, mempersilakan guru-guru dan murid-murid untuk duduk. Cikgu Azlin meminta guru besar berada di atas pentas untuk memberi sedikit taklimat dan ucapan.

Kemudian, murid-murid dibenarkan masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pelajaran yang pertama.

Ketika dalam perjalanan untuk masuk ke dalam kelas, kami bertiga terserempak dengan Puan Sharifah.

"Alamak, guru kelas akulah macam mana ni". kata Sahira dalam keadaan risau. Mereka memandang Sahira dengan pandangan yang pelik.

"Yang kau nak gelabah sangat ni kenapa?" tanya Alya pelik.

"Entahlah" jawab Sahira sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Wanie gelak manakala Alya hanya mengelengkan kepala melihat kerenah Sahira.

Mereka pun masuk ke kelas masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience