BAB 2 -Kawin

Romance Completed 339799

Nur Qaseh kini sedang dipujuk rayu oleh sepupunya sendiri iaitu Mayah yang meminta dirinya untuk menginap terlebih dahulu di situ pada malam ini

"Qaseh tidur sini dulu please malam ni ,kau dah la jarang balik kampung nak datang sini apatah lagi "
Pujuk Mayah lagi sambil menggoncang lengan Qaseh

"Eiiiii kau ni kan ,..."
Qaseh sudah naik pusing ,kepala dipicit-picit

"Alaaaaa pleaseee ...."
Mayah terus memujuk dengan tampang comel

"Apa salahnya Qaseh kalau kamu tidur rumah Mak Long dulu malam ni ,mama kamu pun suruh kamu datang jumpa maklong kan sebab dah lama kamu tak balik .."
Puan Maimuna menjampuk sebaik tiba di ruang tamu itu ,dia juga sudah meletakkan dulang air di atas meja

Qaseh berbelah bagi bila Mak Longnya sendiri yang sudah berkata begitu

"Baiklah Maklong kalau maklong dah kata macam tu .."

Puan Maimuna langsung melebarkan senyuman panjang

"Yeayyyy "
Mayah telah melonjak riang kerana suka akan kehadiran sepupunya itu

Kedengaran detak kaki yang menuruni anak tangga ,Qaseh pantas menoleh ke belakang

Kelihatan sepupunya Luth Alfian sedang menuruni anak tangga dan tersenyum ramah terhadapnya

"Abang Luth balik bila ?"
Soal Qaseh apabila Luth sudah mula melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan ibunya

"Abang dah dekat seminggu dekat kampung ni "

"Ouhh yer ker...isteri abang mana ?"
Soal Qaseh lagi sambil matanya melilau mencari isteri kepada sepupunya itu

"Qarissa tak ikut abang balik "
Balas Luth tawar sahaja nadanya

"Ouhh yer ker .."
Sampai situ sahaja dia bertanya soal Qarissa kerana tidak berniat untuk tahu lebih dalam

"Qaseh tidur sini ke malam ni?"
Soal Luth

"Haaa aaahhhh "
Potong Mayah sebelum Qaseh membalas

"Menyampuk ajer kerjanya "
Sempat juga dahi adiknya itu dijentik menggunakan jari

"Awwwwwwwwww .."
Rintih Mayah sambil menggosok-gosok dahinya yang terasa perit

"Mama tengok alongggg "
Mayah menjerit sambil menikam tajam mata abang sulungnya itu ,bantal di sebelah dicampak ke muka abangnya

Puan Maimuna hanya menggeleng kepala perangai anak-anaknya itu

~~~~~~~```~~

"Hello Ibu ,Qaseh tak balik tau malam ni ..maklong suruh tidur dekat sini dulu malam ni "

"Haaa yer takpe ,maklong kamu tu dah bagitau ibu suruh kamu tidur dekat situ dulu malam ni "

"Ouhh yer ker ..hurmmm takpelah kalau macam tu bu ,Qaseh letak dulu yer"

"Haaaa okay ,jaga diri "

"Baik ibu "

Qaseh lalu menamatkan panggilan telefon ,dia berpusing semula untuk masuk ke dalam rumah

Tapi langkahnya terhenti apabila kelihatan maklong ya tergesa-gesa keluar dari rumah

"Eh maklong kenapa tergesa-gesa ni?"
Soal Qaseh lalu mengatur langkah menghampiri ibu saudaranya

"Ya Allah Qaseh Maklong kena pergi tengok kawan maklong sekarang ni ,dia eksiden "
Beritahu Puan Maimuna

"Maklong pergi naik apa ?"
Soalnya lagi

"Haaaa tuh Paklong kamu dah sampai .."
Jari telunjuk dihala pada kereta suaminya yang sudah tiba

"Qaseh duduk sini tau ,malam ni pun MakLong tak tau balik pukul berapa ..Qaseh jaga diri tau "
Pesan Puan Maimuna

Qaseh hanya menganggukkan kepala dan membiarkan lensa matanya tumpu terhadap kereta yang dinaiki ibu saudaranya menghilang dari pandangan

Baru selangkah dia melangkah ada jiran menyapa

"Ehemmm ..."

Qaseh tersentak dia menoleh ke arah datangnya suara itu

"Assalamualaikum .."
Jiran sebelah rumah ibu saudaranya datang menegur

Qaseh memutar langkah mendekati jiran ibu saudaranya itu di sebelah hanya terhalang oleh pagar yang menyambungkan rumah-rumah banglo di perumahan ini

"Waalaikumussalam ,yer makcik "

"Adik ni siapa ?"

"Ouhhh saya anak buah Puan Maimuna "

"Ouhh yer ker? tadi makcik nampak mak saudara kamu tu keluar ,pergi mana?"
Soalnya lagi

"Tadi maklong cakap nak pergi hospital sebab kawan maklong kemalangan "
Balas Qaseh diselangi senyuman

"Ouhh yer ker..jadi dalam rumah ni ada siapa ajer yang ada ?"

"Dalam rumah ni tinggal saya ,Mayah dan 2 orang lagi anak maklong lah ,Luth Alfian dan Luthfi,kenapa makcik?"

"Ehh takdelah saje tanya ..,hehehehe takpelah kalau macam tu Makcik masuk dululah ada kerja nak buat "

"Ouhhh baiklahhh .."
Qaseh terus membiarkan wanita itu berlaku masuk ke dalam rumahnya ,dia juga segera memutar langkah masuk ke dalam rumah kerana sudah hampir maghrib

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Malam kian menyapa ,Qaseh duduk di atas sejadah sambil berzikir sementara masuk waktu Isyak

Tiba-tiba Mayah muncul

"Qaseh kitorang nak pergi beli fastfood nak ikut tak?"
Soal Mayah di hadapan pintu

"Takepelah kau pergi jelah dengan diorang ,aku ingat nak terus tunggu Isyak "

"Ouhh okayyy ..tapi kau nak aku beli apa ni untuk kau?"

"Ermmm..."
Qaseh berfikir sejenak

"Ermmm kau beli jelah apa-apa pun aku tak kisah .."

"Okayyy ..bye aku pergi dulu "

"Byee take care "

Pintu bilik terus Mayah tutup kembali ,dia terus menuruni anak tangga ..angahnya sudah tunggu di dalam kereta

~~~~~~~~~~~~~
"Kau ni lambat lah .."
Bebel Luthfi sebagai sahaja Mayah masuk ke dalam kereta

"Bisinglah kau ni ,membebel jer"

Kereta mula bergerak perlahan keluar dari perkarangan rumah

"Ehhhh jap ..Along tak ikut ke?"
Soal Mayah sambil menoleh ke belakang kelibat Alongnya tidak terakam oleh lensa matanya

"Along taknak ikut ,dia suruh jer beli apa-apa "
Balas Luthfi

"Hahhh ? ..takpe ke kita tinggalkan diorang berdua dekat dalam rumah tu ?"
Soal Mayah serba salah

"Ala takpe kut sebab kita keluar kejap jer ni"
Balas Luthfi

Mayah hanya diam sahaja tapi hatinya gelisah

~~~~~~~~~~~~~~

Seusai menunaikan solat Isyak ,Qaseh mengambil kesempatan untuk merehatkan diri di atas katil

Telekung dilipat bersama sejadah lalu diletakkan di atas rak

Telefon bimbitnya di capai lalu dia membuka Instagram ,profile miliknya dibuka dan dengar serta merta matanya terbuntang luas apabila followers di Instagram sudah mencecah 10 juta

Dia menekup mulut tak percaya

"Alhamdulillah syukur kepadamu Ya Allah "

Dia lalu screen shot profile itu lalu mengupdatenya di IGSTORY

Rambutnya dibetulkan sedikit kerana perlu buat video

"Hello guys , Alhamdulillah syukur sangat dah 10 juta followers dekat IG Qaseh ,tq pada yang support Qaseh and of course Qaseh akan buat Giveaway untuk korang .. giveaway apa? nantikan okayy ,nanti Qaseh update dekat korang ,.."

Tingg tamat pun video itu ,dia terus menghantar ke IGSTORY

Dia tersenyum lebar apabila membuka whattsap group ,ucapan tahniah telah berhamburan di dalam group itu daripada kawan-kawan nya

-Wow wow congratulation to kawan kita Qaseh atas kejayaannya dengan mencapai 10 juta followers di IG....wowww congratulation babe -Fazira

"Congratulation to Qaseh atas 10 juta followers di IG and jangan lupa belanja makan hahahahahahahaah-Lily

"-Congratulation Qaseh i'm happy for you ,keep going -Emely

Dia lalu membalas ucapan itu dengan

"Awwwwww tq korang .. muahhhh"
Taip ya di ruangan chat

Dia lalu meletakkan telefon bimbit di sisi , rambutnya yang disanggul diuraikan dan cardigan di tubuh dilepaskan begitu sahaja

Baru sahaja dia mengambil kembali telefon bimbitnya

Pintu diketuk bertalu-talu

Dia pelik ,dah kenapa macam tu sekali Mayah mengetuk pintu

Mahu tidak mahu dia terpaksa mengorak langkah menuju ke pintu lalu pintu dibuka

"Ma..yah..aikkk "
Dia menggaru kepala melihat beberapa wanita di hadapan pintu bilik itu

"Maaf Cik kami daripada jabatan agama Islam ,kami mendapati ada kes bersekedudukan di rumah ini berdasarkan laporan yang kami terima "
Ujar wanita itu .

"Waitt tak mungkin saya sorang jer dalam rumah ni "
Bantah Qaseh ,wajahnya sudah pucat

"Cik sila pakai baju dan ikut kami turun sekarang "
Arah wanita itu

Lutut Qaseh terasa menggeletar untuk melangkah
Ya Allah dugaan apa ni Ya Allah

Qaseh melangkah menuruni anak tangga

"Allahu .."
Mulutnya ditekup apabila melihat Luth Alfian sepupunya ada di situ bersama beberapa orang lelaki yang tidak dia kenali

"Cik sila duduk .."

Qaseh menelan air yang terasa perit

Dia dan Luthfi saling berbalas pandangan ,wajah itu tampak risau

"Haaaa apa benda ni Encik Luthfi ?kata hanya berseorangan dalam rumah habistu perempuan ni siapa ?"
Soal seorang lelaki

"Tapi Encik saya tak tahu pulak yang dia tak ikut adik-adik saya keluar tadi "
Balas Luth Alfian.

"Saya takknak dengar sebarang alasan ,awak berdua call ibu bapa masing-masing sekarang dan bagitau diorang datang ke pejabat agama sekarang jugak ..awak.berdua perlu dinikahkan pada malam ini jugak "

"No ..saya takknak "
Qaseh membantah air mata sudah mula mengalir keluar

"Saya tak bagi sebarang pilihan dan itu berupa arahan"

Qaseh terkedu ,dia dan Luth Alfian membalas pandangan dan Luth Alfian hanya membuang keluh dan telefonnya dibuka lalu dia melekapkan ke telinga

Qaseh terpinga-pinga dengan kelakuan Luth Alfian

Akhirnya setelah dipaksa dia turut menghubungi ibu bapanya dengan menangis teresak-esak ibunya sangat terkejut

"Ibu tolong Qaseh .."
Rayu Qaseh dihujung talian nadanya sudah tersekat-sekat

~~~~~~~~~~~~~~
"Aku terima nikahnya Nur Qaseh Emelda binti Ismail dengan mas kahwin 200 ringgit tunai "
Lafaz ikrar lancar disebut Luthfi

Sementara Qaseh dibelakang ditenangkan oleh Puan Maimuna yang sudah sah menjadi ibu mertuanya dan ibunya juga sudah tiba

Air mata sudah kering ,dia terkedu secepat ini dia sudah menjadi seorang isteri?bukan sekadar isteri tapi isteri kedua ?

Ya Allah bantulah aku

Luth Alfian memejamkan mata seraya melirik ke arah wanita di belakangnya yang kini sudah sah menjadi miliknya

Kelihatan mata wanita itu sudah sembab dengan air mata

Setelah semuanya selesai mereka dibenarkan untuk balik ,Qaseh hanya mendiamkan diri ..dia tidak percaya akan semua ni

Wajah lelaki itu tampak tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku

Qaseh seolah dipukul tukul yang berat dia kepala yang tiba-tiba terasa kelam ,matanya berpinar dan hampir rebah di situ tapiiiii

"Allahu ...Qaseh "
Luth Alfian menyambar tubuh isterinya itu ke dalam dakapan

Ditepuk lembut pipi wanita itu merangsang deria tapi wanita itu tidak memberi tindak balas

"Luth angkat dia masuk kereta cepatt .."
Gesa Puan Maimuna

"Baik Ummi "

Tubuh itu dicempung lalu dibawa masuk ke dalam kereta

sorry kalau hambar hope korang enjoy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience