BAB 4 - Wina

Romance Completed 339799

Keretanya berhenti di hadapan sebuah banglo 2 tingkat mewah

"Kita dah sampai .."
Ujar Luth Alfian seraya melirik wanita di sebelahnya

"Bila masa abang Luth beli rumah ni?"
Soal Qaseh

"Sebenarnya abang memang dah lama beli rumah ni ,abang memang dah lama ada dua rumah dekat KL ni cuma dirahsiakan jer"
Balas Luth Alfian

"Ni alang -alang dah ada dua bini berguna la jugak rumah ni "

Qaseh terjegil di situ ,naik geram jugak dibuatnya ..ingat orang perempuan ni suka ke kalau laki dia ada perempuan lain

Ishhhhhh apa la perasaan Wina sekarang ni ..risau dibuatnya

"Jom keluar .."
Ajak Luth Alfian

Pintu kereta lalu dibuka ,mereka berdua lalu keluar dari kereta menuju ke pintu masuk utama

"Cantik jugak rumah ni ,.."
Getus hatinya

Luth Alfian lalu membuka pintu menggunakan password yang melekat di pintu

2 buah bagasi ditarik masuk ke dalam rumah .

Qaseh hanya mengikut langkah suaminya itu yang sudah meloloskan diri masuk ke dalam rumah ,dia terpegun dengan keadaan di dalam rumah itu

Cantiknyaa
Desis hatinya

Matanya melilau ke dalam rumah itu ,cantik sangat hiasan dan design rumah itu ,sangat mewah dan elegant

Luth Alfian terus menarik tangan Qaseh masuk ke dalam lift walaupun hanya dua tingkat tapi rumah ini agak besar dan tinggi ..

Qaseh hanya membuntuti langkah suaminya itu hinggalah lift berhenti di tingkat 2

Tangan Qaseh kekal dipegang dan ditarik masuk ke dalam sebuah bilik yang digelar 'Master Bed Room'

Bagasi lalu diletakkan di sebelah almari

Qaseh melangkah masuk ke dalam bilik itu dan menyaksikan sendiri keindahan di dalamnya so nice and clean

"Mulai hari ni ,inilah bilik kita .."
Ujar Luth Alfian ,dia menarik tangan isterinya lalu mereka bersama -sama duduk di birai katil

Qaseh hanya diam tidak bersuara ,dia merasakan dia sudah terjebak ke dalam sesuatu yang tidak dia inginkan

"Abang Luth memang taknak ceraikan Qaseh ke?"
Berbalik kepada permasalahan yang sama

Luth Alfian menarik nafas lalu menghembus nafas itu dengan panjang ,wajah dihadapannya ditenung lama

"Boleh tak Qaseh stop cakap soal cerai,...stop sebut perkataan cerai "

"Abang Luth tak kesian kan Wina ke?Dia isteri pertama abang mesti dia akan kecewa dengan semua ni"

"Itu urusan abang dengan dia dan Qaseh tidak perlu masuk campur "
Tegas Luth Alfian lagi

Qaseh terpempan ,dia lalu berdiri dan duduk berhadapan dengan suaminya ..matanya merenung tajam si suami tangannya juga sudah disilangkan

"Apa abang cakap ? Qaseh tak perlu masuk campur ?abang sedar tak masalah ni akan berpunca dari Qaseh ,ramai orang akan cemuh Qaseh ..reputasi kerjaya Qaseh akan terjejas teruk sebabka benda ni abang tahu tak?
Soal Qaseh ,
Wajahnya berbirat urat kerana ketegangan

"Pedulikan apa yang orang cakap Qaseh ,dia tak tahu apa yang jadi sebenarnya cukup Allah tahu kita tak buat salah "
Balas Luth Alfian ,dia terus merebahkan badan di atas katil

Qaseh berasa sungguh tertekan ,dia terus berpusing dan memilih untuk keluar dari bilik mereka berdua ,dia perlu bertenang saat ini

"Qaseh nak pergi mana ?"
Soal Luth ,kepalanya diangkat sedikit namun dipalau oleh isterinya sendiri

Dia lalu merebahkan badannya kembali di atas katil ,baru beberapa saat dia terlelap ,di ebali terjaga kerana telefon bimbitnya berbunyi

Dengan malas panggilan itu dijawab

"Nak apa?"
Soalnya sambil menahan kantuk

"I nak you balik rumah kita sekarang jugak ..atauuu i akan bunuh diri "
Ugut si pemanggil

"Besok la Wina ..i penat lah malam ni"

"You memang tak sayang kan i kan ..i benci youuu"

"Wina i sayang you sebab you isteri i but please la i penat malam ni "
Ujarnya lagi

"Ooooo penat ke you tengahh ' sedappp' dengan betina tu?"
Perlinya lagi

"Wina stopp it .."

"Fine ..you nak sangat kan tengok i mati ..okay fine i buat sekarang .."
Talian terus mati

"Wi-naa ..win-aaa"

"Arghhhhhhhhhh .."
Dengan perasan gelisah ,dia terus bangun dari pembaringan dan turun semula ke tingkat bawah

Kunci kereta di capai lalu dia tergesa-gesa ingin keluar dari rumah ,kelibat isterinya di ruang tamu telah berjaya membuat dia memutar langkah mendapatkan isterinya terlebih dahulu

Qaseh memandang kosong ke arah tv yang tidak dibuka itu , fikirannya kosong saat ini tiba-tiba dia kaget apabila ada ciuman mendarat di pipinya dengan agak lama

"Sorry abang kena pergi malam ni"
Ujarnya seusai ciuman

Dia paling kesamping dan wajah mereka bertemu antara satu sama lain
Tiba-tiba detak jantungnya bergerak dengan sangat laju
Dia tidak pasti perasaan apa yang muncul yang pasti dadanya berombak kencang

"Sorry abang kena pergi .."
Luth Alfian kembali memberi ciuman di pipi isterinya
lalu dia tergesa-gesa keluar dari rumah itu

Sebaik sahaja pintu terkatup kembali dia memegang dadanya yang masih berombak kencang

Ya Allah jauhkan aku dari perasaan itu ,aku mohon padamu
Titip Qaseh kepada yang Esa

~~~~~~~~~~~~
Luth Alfian memecut laju keretanya membelah jalan raya di malam hari itu

Dia cuba hubungi Wina tapi tidak berangkat ,hatinya risau saat ini ,dia risau Wina benar-benar melakukannya

30 minit perjalanan keretanya selamat masuk ke dalam garaj sebuah rumah lebih kurang seperti rumah tadi

2 tingkat dan pasti serba mewah

Dia terus meluru masuk ke dalam rumah ,tangga terus didakinya hingga ke tingkat 2 ,kakinya dibawa terus kedalam bilik

"Winaaaa.."
Panggilnya sebaik kaki melangkah masuk ke dalam bilik

Langkahnya terus berhenti apabila melihat isterinya itu berpusing ke arahnya dengan senyuman

Allahuakbar ..Fuhhhh serasa lega dan lapang dadanya tika ini ..dia lalu membuang keluh dan menstabilkan pernafasannya yang terasa mengah

"Tak sangka you masih sayangkan i .."
Ujar Wina yang mula mengorak langkah menghampiri suaminya

Pinggang suaminya dirangkul menggunakan tangan ,bibirnya mengoyak senyuman

"Wina ..stop it "
Arah Luth Alfian yang mula rasa tidak selesa ..sudahlah pemakaian isterinya itu cukup menggoda walaupun mereka adalah suami isteri tapi sudah lama tidak dia rasai saat begitu ..sudah berbulan-bulan mereka tidak bermesra kerana Win selalu mengelak

"Sayangg ..maafkan i ,i tahu i selalu mengelak sebelum ni bukan sebab i tak sudi tapi i tak boleh "
Ujarnya dengan suara lemah gemalai ,dada suaminya yang terdedah juga dia sentuh perlahan

Luth Alfian makin tak tenteram ,dia masih cuba berlagak tenang

"Apa maksud you tak boleh?"
Soalnya kemudian

Wina tersenyum lalu dia menarik tangan suaminya hingga ke atas katil ,ada sampul surat di atas katil itu lalu dia serahkan pada suaminya

"Bukalah "
Pintanya kemudian

Dengan perlahan sampul itu dirobek lalu dia membaca isi yang terkandung ..terus terbeliak biji matanya

"Youuu...."
Tidak terkata dirinya saat ini

"Tapi i dah sembuh lepas jalankan sesi rawatan kimoterapi dan i dah bersedia untuk kembali jalankan tanggungjawab i ..dan i harap you boleh lupakan pasal penceraian kita ,i dah sedia untuk bagi you anak "
Ujar Wina lagi , bibirnya digigit untuk merangsang syahwat suaminya

Air liur ditelan perit , sungguh Luth Alfian tidak sangka dengan semua ni

Ya Allah hatinya mula membelah bagi

"Kenapa you tak bagitau i semua ni?"
Soalnya lagi

"I bukan takknak bagitau cuma i taknak you risaukan i ,masa tu i harap you bencikan i sebab i taknak you menderita kalau i dah takde ..tapi i tak sangka selepas berbulan-bulan ni i jarakkan diri dari you dan dapatkan rawatan di hospital i akan sembuh sepenuhnya ,i nak kita teruskan perkahwinan kita sayang "
Ujar Wina lagi ,pipi suaminya disentuh lembut
Tangan juga perlahan-lahan turun ke bawah dan mula menanggalkan butang baju kemeja suaminya sendiri

"Jom kita mulakan .."
Wina membisik di cuping telinga suaminya

"You tak kisah kalau bermadu "
Soalnya lagi

"I tak kisah ..asalkan i tetap isteri you "
Ujarnya lagi ,bibir juga kembali dia gigit

Meremang terus bulu roma Luth dengan semua ni ,dia menelan air liur .Pesona isterinya pada malam ini benar-benar membangkitkan syahwatnya

Di terus sahaja menyambar bibir itu lalu dilumat sepuas hati ,sesi pemanasan dia mulakan sehinggalah keduanya sudah bersedia untuk bersenggama

Dengan lafaz Bismillah dan iringi doa akhirnya mereka menyatu kembali setelah sekian lama

~~~~~~~~~~~~
Hampir seharian telefon dimatikan akhirnya dia buka juga ,dia pasti kawan-kawannya amat risaukan dirinya saat ini

Selepas telefon di on kan perkara pertama pasti dia perlu menghubungi kawan-kawannya untuk mengabari bahawa dirinya baik-baik sahaja

"Hello Assalamualaikum"
Ujarnya di hujung talian

"Ya Allah babe ..finally muncul pun kauu ,weiii kau pergi mana kenapa off phone ,risau kitorang tau tak "
Bebel Lily di hujung talian

"Ala sorry la weiii ,aku serabut giler sekarang ni "

"Hahh satu lagi betul ke apa yang tengah hangat dekat media sekarang ni?"
Soal Lily

"Betullah tu .."
Balasnya agak kendur suaranya

"Hahhh ..waitt ,apa jadi?"

"Panjang ceritanya Lily aku pun tak tahu macam mana nak mula .."

"Pendekkan please .."

"Nantilah tak syok la kalau cakap phone macam ni"

"Hurmmm yerlah ..eh jap kau dekat mana sekarang ni ?".

"Dekat KL dah ..baru sampai tadi"

"Hahh habistu kenapa tak balik rumah ni?"
Soal Lily lagi

"Aku dekat rumah suami aku ..dia cakap lepasni aku kena dalam rumah ni"

"Habistu macam mana kita nak kerja kita ,YouTube ,IG ,tiktok ,live ..tak syok la kalau kau takde "
Ujar Lily hampa

"Jangan risau nanti aku mintak izin dia untuk balik sana lagipun dia tak selalu ada dekat sini "

"Ouhhhhh ...ermmm takpelah kalau dah kau cakap kau okay legalah sikit hati kitorang ni ,dari semalam risaukan kau tau tak?"

"Yer aku tahu ..aku okay jer ni ,"

"Baguslah kalau macam tu ,bolehlah lena sikit malam ni"

"Okaylah aku letak dulu k .. ngantuk nak tidur dah ni"

"Okayy ,see you soon"

Talian terus dimatikan di situ ,dia memerhati segenap rumah itu . Sangatlah luas tapi sayang hanya dirinya yang menghuni di situ

Sunyi rasanya pada saat ini

Ini kali pertama dia merasa sebelum ini kerana sebelum ini dia akan meluangkan masa bersama kawan-kawannya di rumah mereka

Sunyi sangat hatinya ketika ini , terpaksa dia akur jika beginilah takdirnya hidup bermadu .

Dia hanya kemam senyum menahan sebak di dada.

Bukan ini yang dia impikan jika berumah tangga ,dia inginkan suami yang sentiasa boleh menemani harinya yang boleh mengisi kekosongan hatinya yang boleh jadi tempat dia bercerita yang boleh memeluknya dikala dia keharuan

Air mata keluar setitis demi setitis ,dia lalu membaringkan tubuhnya di atas sofa itu

Rasa sedih hatinya ketika ini sehingga menghalang kudratnya untuk naik ke bilik mereka

Akhirnya dia tidur bertemankan air mata

~~~~~~~~~~~~`~`

Silalah memberi komen sepatah dua kata heheheheheheh Muahhhhhh

Share this novel

Nur Azlina
2022-01-27 16:53:46 

memang sedih hidup bermadu segalanya2 berkongsi bertambah lagi sisuami tidak adil.


NovelPlus Premium

The best ads free experience