Rate

Bab 4 O_o

Romance Series 7526

Hanis mengemas rumah di bahagian dapur sambil mendengar lagu sabar penyanyi ismail izzani di telefonnya manakala Alliya mengemas di ruang tamu sambil melihat moment wechat dan Nadhirah mengemas di luar rumah.Alliya yang sedang mengemas di bahagian rak buku terus berhenti mengemas lalu menjerit.Hanis dan Nadhirah yang sibuk mengemas terberhenti lalu pergi ke arah Alliya.
“ Apahal Alliya ? " kata Nadhirah yang cemas.
“ Ada tikus ke ular ke tak pun biawak ? " kata Hanis sambil melihat sekeliling Alliya sama ada susuk tubuh haiwan yang dimaksudkannya tadi.
“ Eh ! Tak adalah.Kau ni..kalau ada pun dah lama aku panjat naik sofa dah. " kata Alliya.
“ Fuh ! Aku ingatkan ada haiwan tu.Kalau tidak ada aku join panjat naik sofa dengan kau sekali. " kata Nadhirah sambil melabuhkan punggungnya di sofa.
“ Banyak lah kau. " kata Hanis yang turut juga melabuhkan punggungnya di sofa di sebelah Nadhirah.
“ Aku terkejut pasal ni lah.Tepi - tepi..aku nak tunjukkan ni. " kata Alliya terus duduk di tengah antara Hanis dengan Nadhirah.Hanis dan Nadhirah melihat apa yang ditunjukkan oleh Alliya di telefonnya.
“ Cuba kau tengok ni..kau tengok dekat tempat komen yang name wc (wechat) ‘ Dnsh Nxufxl ’..kau tahu tak siapa dia tu ? " kata Alliya.Hanis baca komen nama wc (wechat) ‘ Dnsh Nxufxl ’ itu dengan muka pelik.
“ Sedapnya..Pandai masak ? " kata Hanis sambil memandang Alliya pelik.
“ A'ah Doktor Danish Naufal komen tu.. " kata Alliya dengan muka bangga.Alliya pun terus membalas komen dengan kata ‘ Kawan saya yang masak. '
“ Serius ar kau Alliya.. " kata Nadhirah.Alliya dengan muka senyum sampai ke telinga ! Telefon Alliya berdering menandakan chat masuk.Hanis pun curi - curi baca chat itu.Hanis terkejut ayat daripada chat itu dengan perkataan ‘ Jom kita couple. '. Alliya yang di situ bagaikan patung yang bernyawa.Hanis bangun dan terus pergi dekat Nadhirah .
“ Dahlah Nad..Jangan kacau orang yang nak mulakan hubungan tu.. " kata Hanis yang mengusik Alliya.Nadhirah ketawa sambil berjalan ke luar rumah.
“ Hah, kau jangan bergayut sangat Alliya..Sekejap lagi kita nak pergi Nirwana Maju.Cepat kemas,cepat lah kita pergi. " kata Hanis yang dari dapur.Alliya masih dalam keadaan patung.

“ Kau tak cakap pun ko punya tu nak join sekali ? " kata Hanis sambil berbisik dengan Nadhirah.
“ Mana lah aku tahu..Dia yang tiba - tiba datang.. " kata Nadhirah yang berbisik juga.Hanis memandang geram pada Nadhirah sambil memuncungkan mulutnya.Nadhirah terus pergi ke arah Alliya yang membelek ikan.
“ Kau nak masak apa arini Alliya ? " kata Nadhirah.
“ Aku pun tak tahu nak masak apa arini..Aku fikir dari tadi, tak tahu nak masak apa. " kata Alliya yang melihat semua bahan basah di sekeliling di situ.
“ Cuba kau tanya Hanis dia nak masak apa - apa tak arini. " kata Nadhirah.Alliya terus pergi ke arah Hanis yang memilih sotong.
“ Kau nak masak apa arini ? Kau lah masak.Aku dengan Nad tak tahu nak masak apa arini. " kata Alliya dengan muka berfikir.
“ Eh ! No..No..No..Kenapa pulak mesti aku masak arini ? Kan arini giliran kau. " kata Hanis.
“ Kawan aku kan masak sedap..Tu yang aku tak ada idea nak masak apa. " kata Alliya.
“ Banyak lah kau punya alasan.Tak ada idea ke tak ada mood.Mood kau sekarangkan tengah bermuah - muah dengan Doktor Danish Naufal. " kata Hanis yang menyindir.
“ Hehehe.. " kata Alliya.
“ Hehehe..hehehe.. " kata Hanis yang mengejek.Nadhirah dan Zulhahaqem pergi ke arah Hanis dan Alliya.
“ Zul ajak makan luar je. " kata Nadhirah.
“ Baguslah macam tu,tak payah lah aku nak masak.Jimatlah tenaga aku sikit arini. " kata Alliya.
“ Eh ! Kau...Tadi beria suruh aku masak. " kata Hanis.
“ Hehehe.. " kata Alliya.
“ Semua setuju,macam tu saya belanja semua makan. " kata Zul.Muka Alliya terus tersenyum lebar.
“ Hah,sebelum tu aku nak cari makanan ringan sekejap.Kat rumah kalau tengok tv boleh lah buat macam popcorn. " kata Hanis.
“ Macam tu aku ikut kau. " kata Alliya.
“ Okay, aku dengan Zul tunggu kat kereta. " kata Nadhirah.
Hanis dan Alliya terus pergi ke tempat makanan ringan.Tiba - tiba seorang lelaki keluar dari tempat makanan ringan,Alliya terkejut melihat lelaki itu Doktor Danish Naufal berada di Nirwana Maju.
“ Awak buat apa kat sini ? " kata Alliya.
“ Saje je datang sini sebab awak bagitahu saya nak pergi Nirwana Maju.Saya terus pergi sini dengan kawan - kawan saya.Saya just nak lepaskan rindu kat awak bila jumpa kat sini. " kata Doktor Danish Naufal.
“ Yelah lah tu rindu saya.. " kata Alliya dengan muka dah merah.
“ Err..Okay lah.Korang borak lah dulu kat sini.Apa - apa Alliya kau tunggu aku kat pintu depan supermarketlah. " kata Hanis terus meninggalkan Alliya dengan Doktor Danish Naufal.
“ Eee..nak baldi aku dengar ayat jiwang karat dia tu.. " kata Hanis sambil buat nak muntah.Hanis terus teringat kata - kata Doktor Danish Naufal ‘ pergi ke Nirwana Maju dengan kawan - kawan saya ’.
“ Apa - apa je lah.. " kata Hanis sambil mencapai jajan Super Ring dengan banyak terus letak ke dalam troli.Semasa Hanis mahu mengambil jajan Super Ring Hanis terdengar perbualan dua orang lelaki yang baru masuk ke kawasan makanan ringan.
“ Bro, amikkan aku jajan Mamee. " kata lelaki berbaju biru tua yang menyorong troli.
“ Okay. " kata lelaki berbaju merah itu.
“ Macam pernah dengar suara ni..mmm..lantaklah. " kata Hanis.Hanis dan lelaki berbaju merah itu mengambil jajan Mamee dengan serentak.
“ Opss.Sorry,miss amik lah dulu. " kata lelaki berbaju merah itu.Hanis melihat lelaki berbaju merah itu terus sejuk satu badannya.
“ Eh ! Awak buat apa kat sini ? " kata Doktor Harraz Haikal.
“ Mmm..Saya beli...ni.. " kata Hanis yang tiba - tiba gagap.Doktor Harraz Haikal pandang semua jajan yang ada di troli Hanis sambil mencapai jajan Mamee.

“ Banyaknya..Jajan tak baik untuk kesihatan tau ! Okay lah bye. " kata Doktor Harraz Haikal sambil kenyitkan mata kirinya dan terus pergi.Tersenyum lebar Hanis di situ sambil mengosok tapak tangan berkali - kali.Tiba - tiba...

“ Ehem..Ehem.. " kata lelaki berbaju biru tua itu.Hanis terus memandang pemilik suara itu.Lelaki berbaju biru tua yang menyorong troli itu Doktor Haziq Helmi.

“ Bagi telefon. " kata Doktor Haziq Helmi sambil menghulurkan tangan dengan senyuman kalah gula melaka dia tu !

“ Nak buat apa Doktor Haziq ? " kata Hanis dengan muka pelik.

“ Adalah.. " kata Doktor Haziq Helmi yang asyik tersenyum - senyum.

“ Macam mana pesakit boleh cepat sembuh kalau Si Doktor Haziq ni bagi ubat racun penenang senyuman manis ada lesung pipit dia ni tu yang cepat baik " bisik hati Hanis sambil memandang Doktor Haziq Helmi sambil mengangkat kening sebelah kiri.

“ Tak penat ke orang ni senyum je.. " kata Hanis sambil bagi telefonnya pada Doktor Haziq Helmi.Hanis terus menjijitkan kakinya melihat Doktor Haziq Helmi menaip nombor telefon dengan nama ‘ Haziq Helmi ' dan terus menelefon nombornya.Telefon Doktor Haziq Helmi berdering dengan lagu Love yourself - Justin Bieber.
“ Nah,telefon awak. " kata Doktor Haziq Helmi terus menghulurkan telefon Hanis.

“ Nak buat apa Doktor save no fon doktor kat telefon saya ? " kata Hanis yang pelik.Doktor Haziq Helmi terus berbisik di telinga Hanis.

“ Saya tahu awak suka Harraz.Harraz suka girl yang macam..mmm..kalau nak tahu saya ws (whatsapp) awak malam nanti okay. " kata Doktor Haziq Helmi.Kata - kata Doktor Haziq Helmi membuatkan Hanis terdiam.Doktor Haziq Helmi memanggil Hanis berkali - kali lalu Doktor Haziq Helmi menarik pipi Hanis baru Hanis tersedar.

“ Mmm..Belum apa - apa lagi dah berangan. " kata Doktor Haziq Helmi sambil tersenyum geram.

“ Aww ! Sakitlah..Tak ada pipi sendiri ea nak tarik pipi orang. " kata Hanis sambil menggosok pipinya.

“ Orang cakap dia berangan pulak.Pipi tu jangan tembam sangat nanti ada orang nak tarik je pipi pau tu.. " kata Doktor Haziq Helmi.

“ Eh,mamat ni cakap pipi aku pau pulak.. " kata Hanis dengan perlahan.

“ Okay lah.Minta diri dulu.Malam nanti saya ws ( whatsapp ) awak.Bye.. " kata Doktor Haziq Helmi sambil melambai tangan tanda ‘ bye '.

Hanis terus pergi ke kaunter bayaran sambil mencapai cadbury dairy milk di sebelah kuanter terus bayar di kaunter dengan makanan ringannya.Hanis terus keluar dari supermarket pergi ke arah Alliya yang sedang rancak berbual dengan Doktor Danish Naufal.Hanis berdiri di sebelah kanan Alliya terus mengeluarkan cadbury dairy milk,membuka plastik coklat terus mengigit coklat sambil melihat Alliya.Hanis megoyakkan plastik coklat lebih besar sedikit.Doktor Haziq Helmi dan Doktor Harraz Haikal yang baru habis membayar di kuanter terus pergi ke arah Hanis,Alliya dan Doktor Danish Naufal.Hanis yang makan coklat tanpa melihat sekeliling dengan muka kanak - kanak makan coklat comot.Hanis mahu mengigit dengan pantas Doktor Haziq Helmi mengigit dahulu.Hanis yang terkejut terus menjeling Doktor Haziq Helmi.Doktor Harraz Haikal,Doktor Danish Naufal dan Alliya yang melihat kejadian itu dengan muka pelik.
“ Hei mamat ni yang sibuk nak join makan coklat aku pahal.. " kata Hanis yang tak puas hati.
“ Apa ? Sedap tau. Tak tahan saya tengok. " kata Doktor Haziq Helmi dengan muka tak bersalah.Hanis yang geram sambil mengigit bibir bawahnya.
“ Jangan gigit bibir..seksi.. " kata Doktor Haziq Helmi terus mengigit coklat di tangan Hanis.
“ Merepek betul mamat ni.Tak makan ubat ke apa ni.. " bisik hati Hanis yang geram.Hanis terus makan lebihan coklat semua ke dalam mulutnya.
“ Terima kasih. " kata Hanis sambil menarik tangan Helmi meletakkan sampah coklat cadbury dairy milk kepada Doktor Haziq Helmi.Hanis terus meninggalkan Alliya di situ walaupun Alliya memanggilnya berkali - kali.

Share this novel

Noor Hayati
2022-08-29 17:02:23 

bila nak update niii


NovelPlus Premium

The best ads free experience