Rate

Bab 2 O_o

Romance Series 7526

Hanis terpaku melihat wajah lelaki itu.Hanis tenung wajah lelaki itu.Tiba - tiba lengan kanannya terasa di cubit.
“ Aww ! Sakitlah... " kata Hanis sambil menggosok tempat di cubit.
“ Kau dah kenapa tenung dia macam tu ? " kata Alliya.Doktor Harraz Haikal yang masih diri di situ mendengar perbualan Hanis dan Alliya.Hanis memandang balik lelaki itu semula.Doktor Harraz Haikal mengangkat kening lalu tersenyum sinis.
“ Miss..Saya nak lalu.. " kata Doktor Harraz Haikal yang asyik tersenyum sinis.
“ Oh.Okay.Sorry. " kata Hanis sambil memberi laluan kepada Doktor Harraz Haikal.Hanis melihat Doktor Harraz Haikal menuju ke meja makannya.Seorang lelaki berkemeja kelabu dan di lengan kanannya digantungkan kot doktornya itu sambil berjalan menuju ke meja makan Doktor Harraz Haikal dan Doktor Danish Naufal.
“ Pahal tu,bro..Aku tengok perempuan tu tenung kau semacam je.. " kata lelaki itu.
“ Entahlah Doktor Haziq Helmi.Maybe perempuan tu dah minat pada aku. " kata Doktor Harraz Haikal dengan muka yakin sambil tersenyum sinis.
“ Eh ! Kau..perasan ! " kata Doktor Haziq Helmi.Doktor Haziq Helmi memandang Doktor Danish Naufal yang sedang makan sambil menghadap telefonnya.Doktor Danish Naufal mencapai airnya sambil matanya masih menghadap telefonnya.Doktor Haziq Helmi menyucuk pinggang Doktor Danish Naufal,Doktor Danish Naufal terus tersembur.Habis telefonnya penuh dengan bekas air semburannya.Doktor Haziq Helmi dan Doktor Harraz Haikal ketawa meriah di kantin hospital itu.

Selepas merawat pesakit,Hanis pergi ke satu rak fail pesakit.Hanis meletakkan fail di rak itu lalu mengambil satu fail untuk melihat dokumen pesakit.Tiba - tiba Hanis teringat wajah Doktor Harraz Haikal mengangkat keningnya itu sampai tersenyum - senyum.Hanis terasa bahunya ditepuk.
“ Oi ! Asal kau termenung ? Siap senyum - senyum katak ni ? " kata Alliya sambil buat gaya senyum katak.
“ Tak kesah lah senyum katak ke beruk ke apa ke..Daripada kau datang tiba - tiba tak beri salam..Kau buat apa kat sini ? " kata Hanis.
“Saje je datang sini.Tak boleh ke ? Mmm..Mesti kau teringat wajah Doktor Harraz Haikal yang handsome tu kan ? Yang ala - ala muka captain Amerika dalam cerita Avengers tu.Opss ! Aku terlupa.Maybe kau dah jatuh cinta dengan Doktor Harraz,kan ? " kata Alliya sambil memandang pelik dan senyum yang menjengkelkan.
“ Eh ! Tak adanya..Dah lah aku malas nak layan kau.Boleh naik gila aku nanti.Dah lah pergi buat kerja kau sana jangan kacau aku buat kerja dekat sini... " kata Hanis sambil tolak Alliya.Alliya pun pergi dan Alliya berhenti apabila separuh berjalan dan memandang Hanis dengan tersenyum.
“ Kau buat apa tu ? " kata Alliya.
“ Tanam pokok.Kenapa ? Nak tolong ? " kata Hanis.
“ Ohh..Okay lah,aku tak nak kacau orang yang tengah tanam hati dekat sini.Bye Doktor Harraz Haikal.Opss ! " kata Alliya.Hanis berlari sambil mencuba mengetuk Alliya menggunakan fail yang dipegangnya itu.Tanpa diduga Hanis terketuk seorang lelaki berkot doktor.Hanis amat terkejut.Hanis melihat Alliya berlari sambil ketawa.
“ Balik siap aku kerjakan kau Alliya !!! " bisik hati Hanis.
“ Sorry,Doktor.Sorry sangat - sangat ! " kata Hanis sambil buat tangan minta maaf.
“ Its okay.Saya datang ni nak minta fail pesakit Sarimah Binti Mohd Salleh.Tolong carikan boleh ? " kata Doktor lelaki itu sambil senyum kalah gula melaka.Ada lesung pipit pulak tu ! Hanis melihat tag nama Doktor lelaki itu dan terus bergegas ke rak fail.
“ Hah ! Mesti dekat bahagian atas ni. " kata Hanis sambil menjinjit kakinya.
“ Hah dah tahu kau pendek lagi nak buat macam tu.." kata Hanis sambil mencapai kerusi lalu membuka kasutnya terus naik di atas kerusi.
“ Muka dah macam mix korea..Maybe semula jadi kot muka dia macam tu..Kenapa lah kat Malaysia ni ramai sangat orang yang mix.. " kata Hanis sambil mengambil fail yang di minta oleh doktor itu.Hanis mengundur kakinya ke belakang dan badan Hanis mula jatuh ke lantai,Hanis hanya mampu menutup matanya.Hanis terasa badannya bagai terapung lalu Hanis pun membuka matanya satu persatu.Alangkah terkejutnya Hanis di dokong oleh Doktor yang Hanis melihat tag nama doktor itu tadi yang bernama ‘ Dr. Haziq '.
“ Cuai.Nasib baik saya datang cepat.Kalau tidak..tak tahu lah apa yang terjadi nanti.Dah nurse terjadi pesakit pulak. " kata Doktor Haziq Helmi sambil senyum lalu menurunkan Hanis dari terus di dokong.
“ Thanks,doktor.Sorry doktor saya cuai buat kerja. " kata Hanis.
“ You are welcome. " kata Doktor Haziq Helmi sambil senyum kalah gula melaka yang menampakkan lesung pipitnya tu !
“ Tak penat ke doktor ni asyik senyum je.. " kata Hanis dengan suara perlahan.
“ Kenapa cakap sorang - sorang ni ? " kata Doktor Haziq Helmi sambil memandang pelik.
“ Aaaa..takde pape.Mmm..doktor buat apa dekat sini ? " kata Hanis.
“ Hah ! Saya tunggu fail lama sangat.Tu yang saya datang ke sini.Mana failnya ? " kata Doktor Haziq Helmi yang menggaru kening kanannya yang tak gatal.
“ Ni doktor. " kata Hanis sambil senyum menghulurkan fail itu.
“ Okay,thanks. " kata Doktor Haziq Helmi sambil senyum.Doktor Haziq Helmi terus pergi dan dia berhenti daripada jalan apabila teringatkan sesuatu.
“ Hah, saya lupa nak tanya.Can I ask you something ? I hope tak tersinggung your heart. " kata Doktor Haziq Helmi.
“ Ya.Apa dia ? Tanya je.Lagipon Doktor belum cakap apa - apa lagi. " kata Hanis.
“ Awak kan nurse yang tengok Doktor Harraz..I mean awak kan nurse yang dengan Doktor Harraz dekat kantin pagi tadi kan ? " kata Doktor Haziq Helmi.Hanis terasa panas dan seperti syaitan merasuk badannya apabila mendengar ayat Doktor Haziq Helmi.
“ Yup.Kenapa ye doktor ? Nak join sekali ke nak minta tanda tangan ? " kata Hanis sambil mengangkat kening yang menjengkelkan.
“ Eh taklah.Saya cuma nak cakap..dah macam cerita dalam novel ada..dalam drama pun ada..Okay lah take care bila buat kerja. " kata Doktor Haziq Helmi dan terus meninggalkan Hanis di situ sambil ketawa.
“ Eee..Geram betul aku dengan mamat ni ! " kata Hanis sambil gengam tangan dan hentak kaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience