Rate

Bab 1 O_o

Romance Series 7526

Hanis masih mengemaskan tudungnya agar menampakkan lebih kemas.Hanis membetulkan pakaian nursenya itu melihat dari cermin.Tiba - tiba satu bunyi hon kereta menyebabkan Hanis terkejut dan terus bergegas keluar dari biliknya itu.Hanis mengunci pintu rumah dan Hanis masuk ke dalam kereta berjenama HRV berwarna kelabu lalu Hanis duduk di sebelah pemandu.

“ Oi ! Lambatnya kau perempuan.Penat aku tunggu kau dalam kereta sampai berpeluh - peluh ni. " kata Alliya sambil buat - buat lap peluh kat dahinya.Nadhirah di tempat tempat duduk belakang ketawa.
“ Erk eleh..Pakai econ kn ? Dah jalan.Nanti sesak pulak jalan raya nanti.Nanti lambat pulak sampai jangan salahkan aku,salahkan pemandu.Nak kena hantar cikgu lagi.Kang lambat pulak cikgu kita ni nak gi sekolah. " kata Hanis sambil memakai tali pinggang keselamatan.
“ Eh kau...Sedapnya mulut...Tak lambat tak.Ni hakak pro yang bawa tau.Biasa pergi kerja tak sesak pun.Okey je sampai cepat,sempat singgah sarapan lagi kat kantin.Siap lepak - lepak lagi tau.Tapi yang sesak sekarang ni... " kata Alliya sambil memandu.Hanis membuat muka megomel apabila Alliya bercakap dengannya.
“ Sesak sekarang ni ? " kata Hanis yang berasa pelik.
“ Yang sesak sekarang ni aku tengok tudung kau tu.Naik lemas aku tengok.Rasa nak betulkan je,nasiblah tengah memandu.Kalau tidak nahas aku kerjakan tudung kau tu. " kata Alliya.
“ Aku kan ahli gaya tudung cantik. " kata Hanis yang makin serabut membetulkan tudungnya itu.
“ Ahli sihir aku tengok adalah. " kata Alliya.Nadhirah yang duduk di tempat belakang ketawa sakan.
“ Ketawa sakan ea kau Nad.Takpe arini hari kau Noor Alliya Syahleen,esok hari..hari aku pulak. " kata Hanis.
“ Cis ! " kata Alliya dan Nadhirah dengan serentak.

Lelaki itu terus memasang earphone ke telinganya apabila telefonnya berdering.
“ Ziq,bila kau nak sampai ?Macam biasa aku dengan Naufal tunggu kau kat kantin. " kata seorang lelaki ditelefon.Semasa lelaki ditelefon menyebut namanya dia berkata ‘ yup ' sambil memandu mencari parking kereta di hospital.
“ Okey,Raz.Aku kejap lagi sampai kantin.Aku tengah parking kereta ni. " kata lelaki itu sambil parking keretanya di tempat letak kereta.
“ Okey. " kata lelaki ditelefon itu terus mematikan panggilan telefon.

Hanis diheret oleh Alliya menuju ke kantin.
“ Cepat weyh...Aku dah lapar ni. " kata Alliya.
“ Ye..Ye..Tapi jangan heret aku macam ni kang boleh koyak baju aku nanti,tak pun tertanggal jugak baju aku ni.Terkoyak takpe kalau tertanggal macam mana,dah aku jadi perempuan hot kat hospital ni. " kata Hanis sambil lengan bajunya ditarik oleh Alliya lalu Alliya pun melepaskan lengan baju Hanis apabila mendengar kata - kata Hanis.
“ Okey.Cepat jalan lah weyh..Kau ni time jalan cepat,cepat sangat.Time jalan lambat,macam siput. " kata Alliya.
“ Sedap kau je panggil aku siput ea..Aku cili kang mulut kau tu baru tahu. " kata Hanis sambil tarik pipi Alliya.
“ Bro,aku nak pergi basuh tangan kejap. " kata Doktor Harraz Haikal kepada kawan baiknya itu Doktor Danish Naufal yang sedang menghadap telefonnya melihat moment wechat.Doktor Danish Naufal hanya memberikan respon ‘ hmm '.Selepas selesai Doktor Harraz Haikal membasuh tangan,Doktor Harraz Haikal pon berjalan menuju ke meja makannya.
“ Weyh nak duduk mana ni ? " kata Hanis sambil memandang sekeliling kantin yang sudah ramai orang.
“ Kita duduk sana tu... " kata Alliya sambil menunjukkan tempat duduk kosong.Hanis melihat apa yang ditunjukkan Alliya,manakala Doktor Harraz Haikal yang membetulkan lengan hujung bajunya yang basah dilipat.Tanpa Hanis sedari berjalan lantai yang dilaluinya licin dan tanpa disedari jugak tangan Hanis mencapai lengan kiri Doktor Harraz Haikal yang berjalan berselisih dengannya.Alliya yang melihat kejadian itu sampai ternganga mulutnya.
“ Fuh ! Nasib baik tak jatuh kalau tidak habis lh aku. " kata Hanis sambil mengusap dadanya itu.
“ Hanis... " kata Alliya sambil jari telunjuknya mengisyaratkan Hanis melihat apa yang ditunjukkannya.Hanis melihat apa yang ditunjuk oleh Alliya.Hanis terkejut lalu melepaskan lengan itu.Hanis malu dengan perbuatannya itu.Hanis mendongakkan kepalanya mahu melihat siapa punya lengan itu.Hanis terpaku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience