Malam ini hujan lebat membasahi bumi, disertai bunyi guruh yang tidak mahu menandakan berhenti.
Xena termenung diluar tingkap, dia terasa sunyi tiba-tiba. Dia terfikir kejadian siang tadi masa di kolejnya, dia tak tahu sama ada kejadian itu realiti atau fantasi. Seumpama kejadian tak benar. Ah! sangat merunsingkan kepala.
Sedang dia termenung, tiba-tiba diluar ada satu lembaga bersayap merenung dari luar ke arah Xena. Matanya jelas menunjukkan kebencian yang teramat dalam. Xena perasan akan lembaga tersebut, dia cuba untuk kelipkan matanya seraya memisat-misat matanya jikalau dia hanya berkhayal tapi tidak!! Ianya benar..
Xena terasa perasaan yang aneh sekali, ketakutan menyelubungi dirinya. Dia mencuba mengeluarkan suara memanggil neneknya tapi suaranya seolah tersekat dikerongkong tidak memberinya mengeluarkan satu patah perkataan pun.
Semakin lembaga itu mendekat ke arah tingkap dimana Xena duduk, ada aura kegelapan yang mengelilinginya.. Xena tidak juga boleh berdiri untuk menyelamatkan diri, tubuhnya pegun bagai diikat oleh seseorang.
Lembaga tersebut seraya mengangkat tangannya sambil mulutnya berkumat-kamit membaca sesuatu, lalu roh Xena cuba diambilnya sedikit demi sedikit.
Arrghhhh!!! tidak!! kesakitan yang amat sangat Xena rasai, seperti tubuhnya dikoyak-rabak menjadi picisan satu demi satu..
Tiba-tiba.....
Bammmmmmmm!! bunyi guruh berdentum dengan kuat dan terdapat satu cahaya yang kuat menyinari kediaman Xena. Lembaga tersebut bagai takut dengan cahaya tersebut lalu dia lari tanpa sempat mengambil roh Xena.
' Kau begitu beruntung keturunan Xexan, lain kali kau tak akan terlepas! ' ucap lembaga tersebut berbisik seraya menghilang.
Xena jatuh sampai terbatuk-batuk, "Nenda..", panggil Xena kepada nendanya mengharap nendanya dengar dengan suara yang serak-serak.
Henra berlari mendapatkan Xena dan mendapati cucunya terbaring lesu dilantai berkarpet. Dia cuba memapah Xena duduk di sofa.
Loceng rumah dan ketukan di pintu berbunyi menandakan ada tetamu yang hadir.
Henra bergegas ke pintu selepas papah Xena duduk di ruang tamu. Dibelakang Henra ternyata ada seorang pemuda memasuki ruangan tamu di rumah Xena dan ahhhhh!! belakang pemuda tersebut bersayap.
Xena terkejut, tangannya menggeletat menuding jari ke arah pemuda tersebut, tidak semena-mena dia jatuh pengsan.
" Ah, mimpi apa tadi tu, rasa macam betul, aduhhh.. sakitnya kepala aku, " Xena bangun di tempat tidurnya seraya memegang kepalanya yang sakit itu.
Kejap... kejap.. ini bukan bilik aku!! aku di mana?
" Nenda... nenda, " jerit Xena memanggil nendanya tapi dia tak boleh bangun kerana badannya yang lemah.
Share this novel