18 tahun kemudian...
' Tolong kami princess , tolong selamatkan kami '
' Ayahanda mahu kamu dan ibu selamat, maafkan ayahanda '
' Tolong , tolong , tolong '
' Anak ibu... anak ibu '
" Tidakkkkkk!!!!! Jangan pergi !!! "
" Xena bangun sayang... Xena?... kamu mimpi lagi ni sayang... nenek ada ni.. bangun.. bangun " , kejut Henra pada cucunya...
Xena bangun dengan badan dipenuhi peluh.. mengeletar dengan tubuhnya.. mimpi itu datang lagi..
Setelah sekian lama, mimpi itu datang lagi.. yaa mimpi yang dia dapat 10 tahun dahulu.. dia melihat neneknya.. lalu memeluknya.. dia ketakutan dan sedih.. perasaan sedih tu tak tahu dia hendak gambarkan bagaimana.. seolah-olah mimpi itu benar..
" Sabar sayang.. tak ada apa2 akan berlaku.. tenang2 " pujuk neneknya, Henra..
Di meja makan,
" Nenda, ada sesuatu ke yang nenda tahu tapi Xena tak tahu ?" soal Xena
" Benda apa pula sayang, dah cepat bersiap kamu lambat pergi kolej pulak nanti ", jawab neneknya acuh tak acuh.
Di desa Hethrow, hanya perkampungan kecil yang dihuni oleh golongan manusia.. hasil utama mereka adalah bercucuk tanam. Tidak kiralah lelaki atau perempuan. Masing-masing mempunyai kedai sendiri yang besar dan cantik.
Hasil tanaman tersebut akan dieksport ke bandar untuk tujuan jual beli.. Begitulah kehidupan seharian penduduk di sana.. Kaya, harmoni serta kesemua penduduknya cantik-cantik belaka.
Yang lelaki bertubuh sasa, tinggi sekitar 180cm keatas, mata yang mempesona dan galak dan mempunyai kulit yang sawo matang kerana sering bekerja mengangkat barang berat, manakala yang perempuan bertubuh langsing, berkulit cerah kemerahan, tinggi sekitar 165cm ke atas.
Di bandar tempat pusat pendidikan dibuka.. Disana anak seusia 4 thn dihantar ke sekolah adab iaitu permulaan bagi persekolahan.. mereka akan berada di sana sehingga mencecah umur 11 tahun.. mereka akan di ajar adab-adab sahaja tentang menghormati orang tua, menjaga kebersihan dan alam sekitar, menjaga tutur percakapan yang sopan dan sebagainya..
Seusia 12 tahun mereka akan melalui persekolahan pemilihan, dimana mereka akan memilih apa yang akan mereka minat untuk ceburi dan melakukan training di sana sehingga menjadi pakar dalam bidang yang mereka ceburi..
Setelah berumur 17 tahun, mereka akan ke kolej dan belajar selama 2 tahun untuk menduduki peperiksaan.. Seusia 18 tahun seperti Xena, tahun ini dia akan mengambil peperiksaan mengenai Penstrukturan Pembinaan Kota ( bahasa mudah dia ala2 macam pemerintahlah tapi sebab sini khayalan so baca jelah.. ada kaitan tu hehehe)..
Tetapi sejak akhir-akhir ini Xena terasa lain dengan dirinya.. Dia merasa setiap hari badannya seperti ada sesuatu yang sukar untuk dia tafsirkan.. Kadang2 dia terbang secara tiba-tiba, kadang-kadang dia boleh membaca fikiran orang lain.. ada masanya jugak.. barang yang jauh dia boleh kawal dan mendekat kepadanya.. semuanya seolah-olah magis.. ada masanya dia boleh menghilang dan kawannya tidak tahu yang sebenarnya dia ada disitu.
Apabila dia memberitahu pada neneknya, neneknya hanya berkata ianya mainan ilusi.. Tapi dia pelik dengan tingkah laku neneknya..
macam bila dia terbang di halaman rumahnya secara tiba-tiba.. dia jadi panik.. neneknya nampak tapi dia hanya tenang dan suruh Xena bertenang baru boleh turun kebawah.. Pelik kan..
Dan bahagian belakangnya sangat pelik.. Dia selalu segan bila hendak menukar baju di sekolahnya.. Belakangnya seolah ada lebihan tulang seperti sayap.. Ianya tidak sakit, tapi keras..Seolah ada sesuatu benda di situ? Apakah?
Bersambung
Share this novel