Bab 1 Permulaan

Short Story Series 938

Hujan lebat membanjiri Kota Alzanxiak malam itu...

Peperangan menentang kegelapan yang ingin merebut cahaya yang meliputi kota tersebut.

Pahlawan-pahlawan yang bersayap menghunuskan pedang mereka dengan penuh keberanian dan ketangkasan menyelamatkan kota kesayangan mereka..

"HIDUP ALZANXIAK!! HIDUP KING XEXAN!! Pertahankan istana.. jangan biarkan benda itu menerobos dan menghancurkan kota kita!! " jerit Jeneral Cobros memancakkan pedangnya ke tubuh penceroboh kegelapan dan mengaum memberi kata2 semangat untuk askar-askarnya.

Darah memercik di setiap tempat dikota tersebut..
Rakyat yang lemah telah mati dan segelintirnya di rasuk oleh kuasa kegelapan untuk menentang istana serta memusnahkannya.

Mereka seperti orang yang tidak berkemanusiaan.. membunuh.. melompat dan terbang untuk sampai ke istana.

tapi tindakan mereka di cantas sebaik mungkin oleh askar2 istana.

" Jeneral, pertahanan semakin melemah, kuasa Queen Helina tidak dapat menampung benteng pertahanan lagi.. Sudah tiba masanya.. " jerit askar pertahanan.

" Kau bersabar wahai askar ku selagi nyawa dikandung badan kita mesti menyelamatkan keturunan dan keluarga King Xexan.. Hunuskan pedang kamu sebaik mungkin! mereka tahu titik kelemahan kita apabila Queen Helina bakal melahirkan zuriatnya maka Queen akan melemah.. tapi kita tak usah menyerah dgn terlalu awal "

Pedang keramat terbang mencari mangsanya.. menusuk ke dalam badan musuh dan merobeknya menjadi dua belah..

Di saat itu, tiba-tiba sayap yang besar dan lebar melebarkan sayapnya dan menghembuskan deruan angin yang kencang dan sekaligus mematikan musuh yg berada di depan..

" Salam kepada King Xexan!!! "

Ya itulah King Xexan, seorang raja yang sangat gagah.. Dengan ketinggian yang hampir 190 cm dan bertubuh tegap mempunyai sayap yang besar dan gagah terbang memasuki ke ruang udara.. terbang setinggi dan sejauh yang mungkin membawa bayi yang baru dilahirkan..

" Wahai Xexan.. kemana kau mahu bawa bayi itu.. akan ku bunuh bayi itu bersama kau sekali hahahahahahahaha!!!! " jerit Senzolour ketua kegelapan..

Kejadian kejar mengejar di ruang angkasa dengan hujan yang lebat menyimbah bumi..

Senzolour menghunuskan pedangnya sambil menembakkan kuasa kilat padu ke King Xexan.. Tapi dia pantas mengelak.. dia ingin menyelamatkan zuriatnya.. zuriatnya harus hidup untuk menyelamatkan kotanya nanti..

Tetapi King Xexan tersilap percaturan hunusan pedang kilat Senzolour terkena sayap kirinya menjadikan dia terbang tidak stabil dan mendadak jatuh menjunam kerana kesakitan pada sayap kirinya..

Dia jatuh membelakangkan tubuh badannya untuk melindungi bayi yang masih rapuh itu.. Dia berdiri dan mengikat anaknya ke bahagian belakangnya dan bersedia menanti Senzolour yang ingin menyerangnya..

Pedang masing2 dihunuskan antara satu sama lain.. Kilat menyambar menandakan betapa getirnya malam itu.. kedengaran suara tangisan bayi yang ketakutan malam itu..

zing... zing.. zing.. bammmmm!!! carr!!!

kedengaran pedang berlaga sesama sendiri diikuti petir yang menyambung-nyambung..

Selonzour tahu bahawa kuasa King Xexan berkurang kerana zuriatnya baru dilahirkan.. itulah beraturan dunia ini.. jika ada yang dilahirkan maka ibu bapanya akan kekurangan kuasa kerana setiap bayi yang baru dilahirkan memerlukan 3 hari sedutan kuasa ibu bapanya untuk keluar ke bumi.. setelah 3 hari berlalu baru kuasa ibu bapanya kembali pulih sediakala..

'Ahh.. aku harus mengambil kesempatan ini ', tokok hati Selonzour.

Selonzour mengeluarkan kuasa kegelapannya dan membentuk 12 orang seperti dirinya untuk mengepung King Xexan..

King Xexan terperangkap terhadap caturan permainan pertarungan Selonzour.. Dia harus berhati2.. anaknya dipegang erat ke hadapan tubuhnya takut2 dirampas oleh Selonzour..

Kuasa King Xexan masih terlalu hebat berbanding Selonzour, walaupun dia hampir kehilangan 50% dari kuasanya tapi dia masih mampu untuk melindungi keluarganya.. Isterinya kehilangan hampir 70% kuasanya kerana itu Selonzour mudah untuk masuk ke benteng istana kerana kuasa isterinya melemah untuk melindungi istana.. Oleh itu perancangan dia harus berjaya.. Jikalau tidak nyawa isteri dan zuriatnya menjadi taruhan..

" Xexan kau harus mengaku kalah, nyawa mu menjadi taruhan disini, serahkan puterimu dan aku akan melepaskan kau.. HAHAHAHAHA "
ucap Selonzour angkuh.

" Aku tidak akan sesekali menyerahkan puteriku pada kau durjana.. Kau pembelot negara.. kau bersekongkol dengan kegelapan untuk menghancurkan negaramu sendiri.. Bangsat sungguh kau!! " jerkah King Xexan.

" Hahahaha.. kau kata aku bangsat? Kau yang bangsat.. Kau tahu aku mencintai Helina sekian lama.. Aku buat apa yang Ayahanda Maharaja (Bapa Queen Helina) inginkan untuk jadi peneraju Kota Alzanxiak, aku buat semampu mungkin pergi ke medan perang bunuh bertrillion musuh untuk perkukuhkan kuasa Kota Alzanxiak... Tapi kau mengambil kesempatan di saat aku tak ada.. Kau mengahwini Helina dan kau kata aku bangsat? Kau yang menghancurkan impian aku!! "

" Itu kesalahan kau sendiri Selonzour, kau yang tersalah aturan, kau yang tamak pada kuasa, kau menzalimi yang lemah walaupun kau kuat.. Ayahanda Maharaja dah berpesan gunakan kuasamu untuk kebaikan bukan untuk kejahatan.. kerana itu kau kehilangan tempat untuk menjadi hak Helina ".

" Arghhh persetankan percakapan kau itu, serahkan bayi kau " serentak itu kesemua 12 jelmaan Selonzour menyerang King Xexan.. King Xexan melompat ke udara dan berpusing membuat pusingan beliung dan menumbuk, menikam jelmaan Selonzour..

Kuasanya makin berkurang.. dan Selonzour hanya gelak memerhati setelah berjam bertungkus lumus King Xexan akhirnya tewas kerana kekurangan tenaga.. Selonzour menghalakan pedangnya ke arah King Xexan dan menukarkannya menjadi batu.. Dia ketawa terbahak-bahak sambil kaki melangkah ke arah bayi yang terlepas gendongan dari ayahnya dan sedang menangis itu..

Kini Kota Alzanxiak menjadi miliknya selamanya..

Sejurus dia mengambil bayi tersebut.. rupa-rupanya ianya hanyalah sebatang bongkah kayu yang dah disamarkan menjadi bayi dan kuasa magis membuatnya menangis..

Ah dia terperanjat!! Ianya Kuasa Helina.. Dia telah ditipu.. dia menjadi marah dan menukarkan semua kehidupan di Kota Alzanxiak menjadi batu..

" Arrrgghhh.. aku akan cari bayi tak guna itu!!! "

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience