Rate

BAB 3

Drama Completed 514

Mak Jah menunggu Tishan dan Bibi di luar sekolah. Pintu kereta dikunci sebelum menghampiri pintu pagar. Cikgu Wan keluar dari kelas sambil ketawa kecil mendengar cerita Tishan . Bibi Cuma menumpang ketawa sahaja.

“Aunty saya dah datang” jerit Tishan . Cikgu Wan terhenti langkahnya. Wajah bersih dengan solekan nipis itu sudah cukup menyerlahkan kecantikan Mak Jah . Walaupun menutup aurat, Mak Jah tetap anggun dengan kasut tumit tinggi yang menjadi kegilaannya.

“Hai...” senyum Cikgu Wan .

“Assalamualaikum” senyum Mak Jah .

“Ops.. maaf! Saya cikgu Wan ” senyuman yang terukir di bibir itu cukup untuk Mak Jah fahami akan isi hati lelaki di hadapannya itu.

“Tak sangka Rayya dan Bibi punya makcik secantik ini” puji Cikgu Wan walaupun sedikit kekok bunyinya.

“Hmm.. terima kasih. Saya pulang dulu...” Mak Jah terus memimpin tangan Tishan dan Bibi masuk ke dalam kereta.

Kecewa sungguh Cikgu Wan pada waktu itu. dia hanya mampu berdoa agar dapat berjumpa dengan Mak Jah di lain masa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience