Rate

BAB 1

Drama Completed 514

Satu persatu buku pelajaran anak buahnya diperiksa. Mak Jah .... hmmm nama macam kampung tapi kalau tengok orangnya, meraung emma maembong. Jenuh pula Kamal Adli nak pujuk.

Bibi memuncungkan bibirnya. Nampaknya banyak kesalahan matematik yang dilakukannya. Teruklah nak buat pembetulan. Mak Jah yang baru sahaja pulang dari universiti di Ireland sedikit tegas dengan anak buahnya. Ibu bapa mereka terlalu berlembut hingga tiada lagi disiplin di dalam rumah itu.

“Mak Jah bila nak kerja?” soal Tishan . Semua alat tulisnya disimpan di dalam bekas pensil. Tahu sangat Mak Jah yang dua orang anak buahnya itu memang mahu sangat dia bekerja.

“Dengar sini..” Mak Jah menarik lembut tangan Tishan dan Bibi yang merupakan pasangan kembar itu.

“Sebab Mak Jah sayangkan anak2 mak Jah ler, mak Jah nak bimbing jadi budak baik” kepala dua budak nakal berusia 11 tahun itu di gosok berkali – kali. Tishan dan Bibi terus mengucup pipi Mak Jah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience